Amanda dan Mikayla bergegas ke ward dimana kembar mereka ditempatkan.
Pintu ditolak kuat.
" Uhuk uhukk " Tersedak Rafael yang sedang minum air itu.
Dylan terus tolong tepuk belakang dia. Kemudian semua kepala berpaling ke arah tuan yang tolak pintu macam kat luar ada kebakaran.
Amanda cebik bibir. Mikayla pula dah membulat mata.
" Feen ! " Mereka berdua berlari ke arah katil dan menolak dua lagi abang mereka dari situ.
Kuat tak kuat lah sampai jatuh Dylan yang tengah berdiri tu.
Hazel tersenyum kemudian menyambut pelukan kembarnya erat. Lama mereka berpelukan siap menangis lagi.
Hazel pun sama naik, dah menangis sekali.
" Aku rindu kau " Mikayla berkata.
Tengku Khaleed tersenyum melihat tiga anak kembarnya itu.
Kasyaf yang baru masuk itu menggeleng kepala sambil tersenyum. Tadi dia pergi cari parking dekat bawah. Budak dua orang tu tak sabar nak jumpa Hazel jadi Kasyaf terpaksa drop dekat gate entrance.
Pelukan dilepaskan.
" Kau okay ? Nak air tak ? " Tanya Amanda kepada Hazel.
Hazel angguk. Padahal dia dah minum lepas bangun tadi tapi disebabkan kembarnya yang tanya dia angguk saja.
Seusai air diminum, Tengku Laura duduk disebelah Hazel.
" Feen kena banyak sabar ye ? Nanti bonda dengan walid cari jalan macam mana nak sembuhkan tangan Feen tu. Tapi Feen pun kena kuat jugak. Baru cepat sembuh, ye ? "
Hazel mendengar tapi matanya melihat ke arah tangan kanannya yang berbalut dari tapak tangan hingga ke siku.
Semua yang berada disitu perasan dengan air muka Hazel yang berubah sedih. Simpati mereka terhadap Hazel.
" Insyaallah Feen boleh sembuh. Alah kejap je. Kita pergi buat rawatan apa semua okay ? Anak walid kan kuat " Tambah Tengku Khaleed pula.
Kasyaf menggosok kepala adik kesayangannya itu tanda memberi semangat.
Hazel memberikan senyuman hingga menampakkan gigi. Walaupun hatinya sedih tetapi apabila mendengarkan sokongan daripada ahli keluarga sendiri, dia seakan mendapat semangat yang baharu.
" Kitaorang kan ada. Kitaorg jaga kau jugak. Always " Amanda menyampuk disertai anggukkan dari kembar bongsu mereka.
Hazel senyum dan mengangguk.
" Terima kasih " Kata Hazel ikhlas. Air mata ditahan.
Sokongan daripada keluarga lah yang paling bernilai apabila kita tiada semangat untuk meneruskan hidup dan apabila kita berada di titik yang terendah.
Kawan atau orang luar tidak menyalurkan sokongan, kita boleh terima dan kuat untuk diri sendiri. Tapi apabila ada keluarga yang turut menyokong sama terasa ada semangat yang kuat untuk berdiri semula.
The power of family is supporting each other.
*****
" Alhamdulillah " Syukur diucap.Haq baru lepas menerima panggilan daripada Amanda yang mengatakan Hazel sudah sedar dari koma.
Terasa bagai beban yang hinggap di hatinya selama ini sudah diangkat. Dia rasa tenang dan bersyukur dengan berita itu.
Teguran dari Noah menyentakkan lamunan Haq itu.
" Sapa call ? "
" Amanda. Dia cakap Hazel dah sedar "
Noah juga turut mengucapkan syukur. Bukan abangnya saja yang merisaukan tentang Hazel, tapi dia juga sama.
Perkara yang berlaku 2 minggu lepas berlaku di depan matanya meski tidak dapat dilihaf dari awal.
" Kau nak pergi tengok dia ke ?
Soalan Noah itu membuatkan Haq terdiam.
" Tak kot. Aku jumpa dia bila dia masuk Acy balik jelah "
" Eleh selama ni boleh dikatan setiap hari kau pergi jenguk dia. Risau betul eh ? Ni dia dah sedar taknak pergi jenguk pulak. Tak takut rindu ke ? " Usik Noah.
Haq menolak bahu Noah.
" Kesitu pulak kau. Takde kerja aku "
" Memang takde kerja pun kalau hari hari pergi tengok Tengku Hazel " Balas Noah kemudian bangun dan laju kaki melangkah ke tingkat atas.
Kang lama lama duduk situ kena smackdown dengan Haq.
Haq buat tak layan. Remote tv dicapai dan button netflix ditekan. Masa untuk tonton movie.
Sambil dia menonton movie pilihannya, kepala jauh memikirkan Hazel. Dia tersenyum.
*****
Ketukan di pintu mengalihkan perhatian Hazel yang sedang termenung itu."Masuk lah "
Pintu dibuka kemudian dua kembarnya masuk ke dalam bilik Hazel sebelum menutup pintu itu semula.
Mereka berdua duduk di atas katil.
Hazel angkat kening tanda kenapa ? Ada apa masuk bilik dia ?
" Kau okay ? " Tanya Amanda prihatin.
Hazel kerut kening.
" Okay je ? Kenapa tanya macam tu ? "
" Kitaorang ni kembar kau tau. Setakat kau diam dalam lima minit pun kitaorang ada benda yang tak kena " Jawab Amanda.
Mikayla letakkan kepala di bahu kiri Hazel.
" Aik aku senyap pun salah ? " Tanya Hazel balik.
Mikayla berdecit. Peha Hazel dia tepuk.
" Tak salah pun. Tapi muka kau tu obvious sangat macam ada masalah. Lepastu, takde cari pasal dengan aku pun "
Hazel tergelak.
" Aku baru je sedar 2 hari lepas. Body and mental aku baru nak adapt dengan dunia luar. Otak pun baru nak breakfast. Memang la aku tak buli kau lagi "
Mikayla juling mata ke atas. Menyampahnya !
" Kau rindu aku buat kau jadi hamba abdi aku ke ? " Tanya Hazel. Mula la tu nak kenakan adik dia.
Sekali lagi peha Hazel ditepuk.
Hazel mengaduh kesakitan. Sakit siak. Macam kena tampar.
" Kau risau pasal prestasi kau ke nanti ? "
Soalan dari Amanda itu membuatkan Hazel diam. Dilihat tangan kanannya yang patah itu.
Satu keluhan dilepaskan. Harapan boleh sembuh itu tinggi tetapi memakan masa yang lama.
Dia sebagai pelajar Taekwando Fighter amat terkesan dengan kecederaan yang terjadi terhadap dirinya.
Mesti susah nak practice balik. Pasti tangannya akan jadi lebih 'sensitive' selepas ini.
Amanda menggosok kepala Hazel lembut.
Hazel angkat muka. Matanya dah berair tetapi tetap menayangkan senyuman.
" Aku gerenti kau boleh sembuh. C'mon you are the unbeatable fighter in your class and the excellent Taekwando student in Acy. Takkan nak give up ? I know you can do it " Kata Amanda dan diselitkan kata-kata semangat buat kembarnya.
Kepala Hazel dah angguk macam burung belatuk. Dia terharu sebenarnya.
Kemudian tiga kembar itu berpelukkan.
EvG is back everybody !
VOTE TAU !
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...