Pintu office Madame Laura dia tutup.
Tangan dimasukkan ke dalam poket sweater kemudian berjalan ke lift untuk turun ke lobby.
Hazel baru lepas update situasi setelah 3 hari menjalankan 'shift malam' yang diarah Tengku Laura.
Lift terbuka, tangan merapikan rambut untuk mengikat tocang.
Getah rambut dia gigit di gigi.
Tiba-tiba bahu dirempuh. Nasib tak terpelanting je budak ni.
Hazel pandang tepi.
Rachel.
" Eh perempuan" Panggil Rachel.
Hazel mengambil getah rambutnya yang jatuh di lantai akibat kena rempuh dengan lori balak depan ni.
Dia bangun dan Rachel dia pandang. Kening sebelah diangkat.
" Kau ni memang cari nahas dengan aku kan?"
Hazel kelip mata sekali.
" Nahas aku tak cari, kau pun lagi la aku tak cari " Jawab Hazel.
Rachel menjeling mata ke atas. Menyampah dengan jawapan Hazel.
" Eh kau tak payah nak main-main dengan aku la. Kau memang nak kena tampar ke dengan aku?"
Tangan dimasukkan ke dalam poket sweater semula.
" Tampar ah "
Selamba Hazel berkata.
Rachel hentak kakinya.
" Kau jangan cabar aku la Hazel. Kau ni memang tak kenal aku siapa kan?"
" Wah dah tak menggedik nak meng 'you i' dengan aku sekarang eh" Balas Hazel.
Hazel pandang Rachel atas bawah.
" Aku kenal je kau. Tengku Sial Rachel "
Meluas mata Rachel apabila mendengarnya.
Senyuman sinis Hazel tayang.
" Rachel sial. Terpaling sial "
Ternganga luas mulut si Rachel. Tidak dia sangka Hazel akan berkata begitu kepadanya.
" Aku tak kisah la kau siapa dan aku taknak kenal kau pun "
Kaki melangkah ke hadapan.
" You the one who should know me " Kata Hazel lagi.
Rachel diam tak berkutik. Tiba-tiba mulut lancang itu tidak dapat memberi kerjasama.
Hazel ikat rambutnya menjadi tocang sambil mata tak lepas memandang Rachel.
Jikalau tadi pandangannya tiada perasaan kini bertukar dingin.
Berada di bawah renungan mata hazel yang bertukar sedingin ais itu sangat menakutkan.
Pada satu masa, dia merasa menyesal mengenali gadis di hadapanya, Hazel.
Hazel diam sebentar.
Rachel takut.
Peluh di dahi mula menitik.
Kemudian, Hazel mula membuka mulut.
" I repeat, it's hell if you mess with Tashfeen Hazel "
Kaki melangkah pergi selepas mata coklat kehijauan itu menjeling Rachel.
Rachel telan air liur.
Lama dia renung Hazel yang berjalan pergi itu. Kepala digeleng seolah mengabaikan larangan suara hatinya.
" No one can ever get my Haq from me "
YOU ARE READING
Triplets T&N
Подростковая литература[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...