CHP 2

1.8K 146 5
                                    

Academy Sport Highschool

" Dengar cite anak-anak Madam Laura akan sekolah kat sini " Kata pelajar A.

" Anak-anak? Ramai ke anak Madam Laura yang nak masuk sini? " Tanya pelajar C.

Pelajar B pula bersuara.
" Hesh, kau tak kenal ke si kembar tiga yang tengah viral sekarang ni?"

Pelajar C menggeleng.

" Slow betul la kau ni. Kau duduk dalam gua ke apa? Si kembar tiga tu evilragazza atau orang panggil diaorg EvG. Diaorg la anak Madam Laura" Kata Pelajar A.

Pelajar B mengangguk sebelum menyambung.

" Evilragazza viral sebab diaorg menang first place dalam acara sukan diaorg. Tournament tu diadakan dekat Maldives, tahun lepas. Diaorg dah banggakan nama negara kita bhai. Dapat medal gold babe.. kau ada? "

Pelajar C ternganga. Bagai tidak percaya dengan apa yang didengari sekarang.

" Diaorg senior kita ke?"

" Yep, diaorg 18 tahun tapi still kena tinggal dekat dorm juga. Yang bestnya, takpayah susah-susah nak hadap buku macam kita ni.. best betul diaorg dah habis zaman hadap exam time sekolah "

Ketiga-tiga mereka mengangguk.

*****

Bisikan pelajar dihiraukan EvG. Mereka seperti sudah biasa dengan suasana dimana mereka menjadi tumpuan orang ramai.

Langkah dituju ke dorm.

" Weh tu ke evilragazza? "

" Ye tu la diaorg. Seram seh muka diaorg"

" Fuh cun melecun bhai muka masing-masing. Aku cop yang mata hazel tu"

Dan pelbagai lagi mereka bualkan.

Pintu dorm dibuka. Mereka terpegun dengan keluasan bilik dorm yang bakal mereka duduki.

" Fuyyo... bonda reka khas dorm ni untuk kita ke apa siot"  Tukas Amanda dengan mulut ternganga.

" Eee sukanyaa.. thanks bonda!" Jerit Mikayla pula.

Hazel tersengih melihat sekeliling bilik dorm itu. Bonda mereka memang sengaja agaknya hias dorm ini mengikut warna dan barang kegemaran masing-masing.

" Dah jom, kita ada perhimpunan ni. Kang lambat masak kita" Ujar Hazel kepada adik-adiknya.

Mereka keluar dari bangunan dorm perempuan dan menuju ke dewan.

Skip

EvG berbaring di atas katil masing-masing. Selepas sahaja tamat perhimpunan mereka bertiga dipanggil oleh guru sukan masing-masing untuk diberikan jadual latihan.

Sejam nak kena hadap coach membebel sampai sakit pinggang oii. Sampai sahaja di dorm terus mereka mengambil masa untuk rehat seketika.

Latihan EvG akan bermula esok tetapi hari ini mereka harus menyediakan segala barang untuk persediaan menjalani latihan. Ia termasuklah mental dan fizikal.

Setelah dua minggu berehat, EvG kembali semula dengan semangat yang baru. Tahun baharu dan akan mereka cipta kenangan yang baharu pada tahun ini.

Tahun dimana mereka berumur 18 tahun.

*****

Mikayla memandang kakak kembarnya yang sedap betul bergolek atas katil. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Jangan jatuh sudah.

" Feen...." Panggil Mikayla panjang.

Hazel toleh ke tepi.

" Pe?"

Triplets T&NWhere stories live. Discover now