CHP 27

960 101 12
                                    

Mata mereka merenung sesama sendiri. Jantung juga berdegup laju.

Kelipan mata Hazel membuatkan mereka tersedar dari renungan tadi.

Haq yang masih memegang pinggang Hazel supaya gadis itu dapat berpegang kepadanya terus sahaja melarikan tangannya itu laju.

" Eh jangan lepas " Kata Hazel.

Terus dia memegang bahu Haq. Nasib baik tak peluk.

Haq pandang Hazel yang hanya berjarak sejengkal dengannya.

Hazel yang faham dengan pandangan pelik Haq itu terus gelabah.

" Tak, i mean jangan lepas sebab.. takut lemas lagi.. aku tak pandai berenang "

Haq angguk perlahan.

Kemudian, Haq berjalan pergi ke tangga kolam sambil memegang Hazel yang seakan memeluk dirinya.

Hampir sahaja dengan tangga kolam, Hazel terus berpegang pada tangga dan terus melepaskan bahu Haq.

Hazel menaiki tangga dan mencari tuala milik Haq di dalam beg galas adidas-nya.

Belum sempat dia menggunakan tuala itu dia memandang Haq.

Air liur ditelan.

Baru dia perasan Haq hanya memakai seluar pendek renangnya dan tidak berbaju.

Nasib baik tutup aurat. Keep it ✨ halal ✨ sistur.

Terus Hazel menundukkan pandangannya.

Haq yang perasan Hazel seakan mahu mendiam diri dan wajahnya kelihatan bertukar warna.

Tak tak bukan hijau onde-onde. Warna merah macam tomato.

Dia tunduk memandang dirinya. Terus beristighfar.

Kaki berjalan laju pergi ke almari yang penuh dengan tuala untuk pelajar Swimmer.

Dia mencapai sehelai tuala untuk menutup badannya dari pandangan Hazel.

" Sorry, I've to use this. Again. " Kata Hazel kemudian membalut dirinya dengan tuala Haq yang besar gedabak itu.

Hazel mengambil beg galasnya dan berkata

" Esok aku pulang balik. Bye "

" Nanti" Haq menahan.

Hazel berhenti melangkah dan berpusing ke belakang. Haq berjalan ke arah Hazel.

" Kau datang nak pulang tuala ni ke?" Tanyanya.

Hazel mengangguk.

" Takpe, tuala ni aku punya. Kalau Swimmer punya aku dah lama minta dekat kau " Katanya.

Hazel hanya meng'oh'kan sahaja.

" Aku pergi dulu. Sorry susahkan kau " Tukas Hazel kemudian berjalan pergi.

Haq kemudian pelik.

" Macam mana kau boleh masuk sini?"

" Aku invisible!" Jerit Hazel.

Mulut Haq ternganga sedikit.

Invisible....?

" This woman "

Haq tergelak kecil selepas itu.

*****

Kaki pantas berlari dari SA hingga ke Women's Dormitory.

Dari jauh dia nampak kelibat kembarnya yang sedang bercakap dengan abang rider Food Panda.

Mengorat ke apa?

Triplets T&NWhere stories live. Discover now