CHP 41

539 69 11
                                    

Ambulan sampai selepas beberapa minit menunggu. Ramai pelajar berkerumun di dalam dormitory itu.

Hazel yang tidak sedarkan diri itu diangkat oleh pihak bertanggungjawab dan dibawa masuk ke dalam ambulan.

Amanda cepat-cepat berlari ingin masuk sama, dia mahu menemani kembarnya itu.

Mikayla pula dia suruh tunggu Tengku Laura yang ambil.

Tak lama selepas itu, ambulan itu bergerak pergi.

Riak wajah Mikayla yang tadi penuh dengan kerisauan kini bertukar beku. Hanya satu di dalam fikirannya..

Rachel.

Sewaktu dia sedang duduk di bawah khemah, Noah memanggilnya untuk melihat apa yang berlaku di dalam dormitory.

Dia hanya menurut, yela takkan Noah pulak nak masuk.

Dari luar, walaupun cermin itu bertinted gelap tetapi dia dapat dengar bunyi bingit dari dalam.

Pintu utama ditolak dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hazel yang pucat lesi terbaring di hadapannya.

Darah banyak mengelilingi Hazel.

Dia terus berlari ke arah Hazel yang ditemani Haq di sebelah.

" Haq apasal ni? " Dia bertanya cemas.

Haq baru selesai menghubungi pihak ambulan memandang Mikayla di hadapan.

" Rachel.. Rachek tolak Hazel. Call Madam Laura cepat " Katanya.

Mikayla mengangguk. Dia sempat melihat ke atas dan ternampak Rachel yang berlari ketakutan.

Kepala ditoleh kebelakang.

" Noah, tolong aku. Kejar Rachel, dia pergi hujung sana "

Noah angguk dan laju sahaja mengejar Rachel.

Telefon di dalam poket seluarnya berdering. Panggilan diangkat.

" Rooftop " Kata Noah sepatah.

" Haq, jom dia dah jumpa " Ajaknya.

Haq yang masih ada sisa ketakutan itu hanya menurut.

Pintu rooftop itu dibuka oleh Noah dan diikuti oleh Mikayla dan Haq dari belakang.

Rachel yang sedang berpeluk lutut itu terkejut.

Dia terus mengundur ke belakang. Dia tahu kenapa mereka bertiga mencarinya.

Dia tahu dia salah.

Dia tahu dia akan dihukum.

Mungkin nasib yang sama atau lebih daripada itu.

Kerana itu, dia takut untuk berhadapan dengan semua orang.

Mikayla dengan wajah bengisnya berjalan laju ke arah Rachel. Dia menarik lengan Rachel menyuruhnya bangun.

Rachel bangun tetapi menunduk. Takut untuk memandang muka Mikayla yang menakutkan itu.

" Kau nak lari mana? " Tanya Mikayla.

Rachel menggeleng. Tidak tahu geleng untuk apa, dia hanya ketakutan.

Rambut yang panjang itu ditarik kuat dan wajahnya mendongak memandang Mikayla.

" Kau kalau ada masalah dengan Hazel, bagitau jela terus. Yang kau sampai nak bunuh dia apahal?! " Tengking Mikayla kuat.

Terhinjut bahu semua disitu.

Rachel geleng kepala laju.

" Aku taknak bunuh dia.. aku taknak bunuh dia.. aku tak sengaja tolak dia.. "
Kata Rachel dengan nafas tersekat.

" Tak sengaja bapak kau. Kalau aku tolak kau dari atas ni agak2 sengaja ke tak sengaja?" Balas Mikayla marah.

Rachel pandang tepi. Hanya ada dinding separuh yang hanya setaraf pinggul sahaja menghalangnya daripada jatuh ke bawah.

Dia memandang pula ke bawah, walaupun dormitory ini hanya 5 tingkat tetapi ketinggiannya menakutkan.

Terus kepala digeleng laju dan memandang Mikayla merayu supaya dia tidak ditolak.

Mikayla gelak sinis.

" Taknak? Kau taknak? Tapi aku nak " Senyuman yang sinis lagi menakutkan itu membuatkan Rachel menangis ketakutan.

Dia tidak mahu mati. Dia takut. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa sekarang, dia hanya seorang diri.

Mikayla boleh buat apa sahaja yang dia mahu tanpa mendengar kata darinya.

Mikayla menolak badan Rachel ke arah dinding itu.

Kini, lebih separuh badan Rachel sudah kebelakang. Dia menjerit ketakutan.

Mikayla menampar Rachel kuat sehingga terhenti jeritan itu.

" Jangan bising la sial "

Seluruh badan Rachel menggigil saat ini. Mata dia mula melihat sekeliling lalu ternampak Haq.

" Haq.. tolong i, i tak sengaja tolak Hazel. I tau i salah, i mengaku. Tolong i please "

Haq hanya dengan muka tiada perasaannya. Dia melihat Rachel dengan tiada secalit rasa empati.

Giliran Noah pula Rachel meminta tolong.

" Noah, please tolong i. I janji takkan kacau Haq lagi. Tolong, tolong halang Mikayla, dia nak bunuh i "

Noah menjeling perempuan itu.

" Baru nak buat baik dengan orang ke? Lambat ah, aku takde niat pun nak tolong kau datang sini. Saja teman abang aku "

" Kayla, tolak ah dia bising ah " Sambung Noah lagi.

Terus mata dilihat ke arah Mikayla yang  memang sedia untuk lakukan niat awalnya.

" No, Kayla no.. tolong lahh--" Dia menangis hingga tiada suara lagi mahu keluar.

Haq melangkah ke hadapan.

Wajah Rachel yang penuh dengan air mata itu di tenung.

" I know all shits you did behind me. I regret being nice to you and loved you, even worse. " Kata Haq.

Rachel terkejut dengan kata Haq.  Dia menelan air liur.

" I don't need your dumb explanation. Do not even look at me after this, It's over for us.  "

Rachel cuba menggapai tangan Haq itu tetapi Haq mengelak dan dihalang oleh Mikayla .

Tangan kirinya digenggam kemas oleh Mikayla.

" Die. Can you? "

Belum sempat Rachel membalas, Mikayla menolak perempuan itu kuat.

Rachel terkedu dengan matanya meluas saat badannya sedang jatuh ke bawah.

*****
Air mata Amanda dari tadi tidak berhenti mengalir.

Dia risau akan Hazel. Dia tidak bersedia untuk kehilangan kembarnya.

Terus diusir fikiran yang negatif.

Rafael disebelah terus menjemput adiknya ke dalam pelukan. Dia faham apa yang Amanda rasa.

Amanda pula hanya membiarkan abangnya membelai rambutnya supaya bertenang.

Sudah 3 jam mereka menunggu Hazel yang sedang dirawat itu.

Azan subuh tidak lama lagi akan berkumandang. Walid dan bonda pulang ke rumah sebentar, siang nanti mereka akan datang balik.

Kasyaf pula outstation manakala Dylan di kolej. Mereka berdua sudah dimaklumkan dengan apa yang telah terjadi kepada Hazel.

Hanya dia dan Amanda yang mampu menemani Hazel saat ini.

Rafael memejam mata seketika. Semoga adiknya dalam lindungan Allah.

Nafas dihembus berat. Tidak sangka seteruk ini adik-adik kembarnya harus hadap dengan kebencian dan sifat cemburu manusia.

Amanda yang menangis tadi sudah tertidur dalam pelukannya. Kepala itu dicium sekilas.

Kasihan adiknya.

" Please, be strong Hazel. We are here waiting for you "

Triplets T&NWhere stories live. Discover now