" Kau memang nak kena tindakan disiplin ke Tengku Mikayla ? "
Sebaris ayat Coach Ismadi itu membuatkan Mikayla menundukkan kepalanya.
" Masuk kali ni dah empat kali kau lambat. Apa nak jadi kau ni ? " Sambung Coach Ismadi lagi.
" Kalau kau perform macam mana pun dalam tour tapi disiplin takde... grade kau pun hauk la ! " Naik satu oktaf suara jurulatih itu.
Kini bukan sahaja Mikayla tetapi seisi kelas mula memandang lantai.
Tidak dinafikan pelajar lain pun ada juga yang buat kesalahan disiplin lebih teruk dari Mikayla tapi nasib yang baik menyebelahi mereka.
" Aku paling malas nak naik angin. Kau tau aku memang strict pasal disiplin kan ? Kalau kau tak boleh ikut rules aku sila keluar dari Sprinter "
Mikayla terus geleng kepala. Keluar dari Sprinter ? Oh memang tak lah !
" Taknak coach... " Perlahan suara Mikayla berkata.
Rakan sekelasnya memandang simpati.
" Ramai lagi berkebolehan dalam kelas ni. Bukan kau sorang je yang pro kat sini tapi ramai. Jangan sebab disiplin kau yang satu tu buat kau terduduk kat bawah. Beringat sikit " Kata Coach Ismadi lagi.
Kepala diangguk laju. Pandangan mata sudah kabur dek air mata.
" Mulai hari ni kau, Mikayla akan ditambah 2 jam tambahan masa latihan. Kalau aku rasa perangai kau dah elok aku akan fikir nak teruskan ke tak "
Mikayla telan air liur.
" Cctv ada. Jangan kau goyang kaki pula bila dah sorang sorang dalam ni. Boleh pergi training kat padang tapi pastikan training. Faham ? "
" Faham coach.. "
Jurulatih yang tegas itu kemudian berlalu pergi. Tetapi sebelum dia masuk ke dalam biliknya dia sempat berkata.
" Langgar rules kali ni, bukan setakat potong grade tapi kau akan digantung dari Sprint Runner "
Pelajar lain juga turut telan air liur. Memang takleh brain. Coach Ismadi terkenal dengan sifatnya yang tiada empati.
Dia buat apa yang dia nak tapi itu semua untuk kebaikan anak didiknya.
Keluhan dilepaskan. Mikayla teruskan latihannya dengan wajah muram.
Semua berlatih macam biasa.
*****
Waktu rehat tiba.
Mikayla berjalan ke cafeteria masih dengan wajah muramnya.
Bahunya ditepuk kuat oleh seseorang.
Dia melemparkan pandangan kosong kepada kembarnya. Dari tepukan tu pun dia dah tahu tu Amanda.
" Aik kau asal ? Monyok je "
Mikayla geleng kepala. Padahal orang sebelah ni pun punca dia lambat. Tapi malas nak marah marah, tenaga dah habis even tak sampai petang lagi.
" Coach marah kau sebab lambat lagi ke ? Dia denda kau apa harini ? Jangan cakap sapu mop kelas macam haritu ah " Kata Amanda.
Melihat Mikayla menggeleng kepala dia tahu mesti kembarnya kena lebih teruk dari haritu.
Dia meninggalkan Mikayla di meja manakala dia pergi membeli makanan.
" Nak apa ? Milo dengan roti coklat boleh ? "
Mikayla hanya angguk lemah.
Amanda mengeluh. Rasa bersalah pun ada.
Dia membeli dua milo kotak dan dua roti gardenia coklat. Tahu dah, kalau badmood takde maknanya nak makan main menu.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...