Mikayla kerut kening. Plastik coklat McD itu dia tengok. Dah pahal pula murah hati dia nak bagi aku McD ni?
'' Ambil la cepat, saya tak boleh lama kat sini '' Kata Najmi.
Terus Mikayla capai plastik itu. Belum sempat dia nak tanya kenapa, Najmi dah blah dari situ. Mikayla tutup pintu dan menuju ke meja makan dengan plastik coklat McD itu di tangan.
Hazel yang keluar dari tandas itu bertanya kepada kembarnya.
'' Siapa tadi? '' Dia mengambil tempat di meja makan yang hanya muat untuk kembar tiga itu.
Mata meliar melihat cabinet di sebelah. Haih takde makanan ke, patut minah tu cakap dia lapar. Call Amanda suruh dia beli makanan ah.
Baru nak selut poket ambil handphone, satu plastik berwarna coklat diletakkan di atas meja. Hazel pandang atas.
'' Kau beli ke? ''
'' Kau pikir aku Ying ke kejap betul pergi beli semua ni?'' Jawab Mikayla.
'' Larian laju~'' Kata Hazel perlahan. Mikayla tenung Hazel. Sawan ke?
Dia mengambil tempat di sisi Hazel.
'' Dahtu?'' Hazel mula melihat apa ada di dalam. Nampak je menu kegemarannya terus dia buat keluar.
'' Si kembar tu yang bagi ''
Hazel angkat kening.
'' Kembar mana lak? ''
'' Tiga orang tu lah. Syahmi kut yang bagi tadi. Tah, aku pun takde pula nak hafal nama diaorg '' Kata Mikayla.
Hazel hanya angguk. Pape jela janji ada makanan. Anda rasa saya ada masa untuk rasa?
Bismillah dibaca dan terus burger digigit.
Mikayla ambil beg plastik nak tengok apa kat dalam. Mukanya masam. Hazel disebelah dipandang.
'' Yang kau rembat semua dah kenapa? '' Kepala Hazel diluku.
Hazel sengih sambil meneruskan gigitannya.
'' Kau tanya la Syahmi tu apasal beli satu set je '' Tukas Hazel.
'' Bapak ngau ''
Mikayla merampas burger itu dari tangan Hazel. Hazel biarkan je. Dah tinggal separuh pun dia makan. Fries pula dia bedal.
Selesai mereka makan, meja dilap bersih.
Dalam masa yang sama, Amanda mengetuk pintu dari luar.
Dua pasang mata merenung masing-masing. Belum sempat Mikayla nak buka mulut, Hazel menolak dirinya. Nasib je tak guna kaki.
'' Buka sana ''
Mikayla merenung Hazel tajam. Ya tuhan sabarnya aku dengan pendek ni.
Hazel tayang senyum jahat. Ye kawan-kawan inilah Hazel. Suka membuli adik kembarnya iaitu Mikayla.
Okay mari kita belajar siratan bukan makanan. Tapi siratan Evilragazza.
Hazel gaduh dengan Amanda sebab Amanda yang akan cari pasal dulu. Amanda pula akan selalu memanjakan Mikayla manakala Hazel membuli Mikayla.
Paham? Ko tak paham ko tanya mak ko.
'' Kau dah kenapa muka masam je '' Soal Amanda kepada Mikayla.
Melihatkan Mikayla yang hanya diam, dia dah tahu kenapa. Siapa lagi puncanya kalau bukan Hazel?
Hazel dah naik ke tingkat atas. Mereka berdua juga sama. Ingin memebersihkan diri sebelum masuk waktu maghrib.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Novela Juvenil[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...