CHP 11

1.2K 128 8
                                    

Mikayla memandang Rachel tajam. Cari pasal betul minah ni.

" Tak yang kau nak heret mak bapak kitaorg asal? Kau nak gaduh ke apa sial?" Ucap Mikayla.

Amanda gelak sinis.

" Sebelum kau nak cakap pasal adab dengan kitaorg, tengok diri kau tu dulu. Wujud ke adab dalam diri kau selama ni ha lembab?"

Wajah Rachel berubah. Dia merenung kedua-dua kembar yang membuatkan darahnya naik.

" Mulut kau berdua ni macam longkang kau tau tak?!" Jerit Rachel.

" Perangai kau tu pula macam iblis!" Balas Amanda kembali.

Seraya itu badan Amanda ditolak oleh Rachel. Nafas Rachel turun naik.

Semua pelajar perempuan mula membanjiri tempat mereka berdiri.

Mikayla menahan Amanda dari jatuh.

" Aku tanya kau dah tadi kan.. kau nak gaduh ke? Kalau nak hadap sini la anjing!"

Mikayla melangkah satu tapak ke hadapan.

Rachel melihat bakul yang dipegangnya.

Bakul Hazel yang dipegang Rachel dibaling ke dinding. Habis berterabur baju ke atas lantai.

Nurin menangkap isyarat mata oleh Rachel. Air coklat chip ditangan terus dituang pada baju-baju Hazel di atas lantai itu.

Ternganga EvG dibuatnya.

" Kurang ajar!" Jerit Mikayla lalu ingin menampar Nurin tetapi ditahan oleh Hazel.

Hazel memandang wajah Mikayla kemudian menggeleng.

Mikayla menahan amarahnya. Dia tahu pasti ada sebab mengapa kakaknya tidak membenarkannya.

" Asal? Nak tampar? Tampar lah! Kau fikir aku kisah?" Kata Nurin.

Mikayla hanya mampu ketap gigi dan berundur.

" Eh perempuan, kau kenapa nak curi baju aku eh? Kau miskin sangat ke? Kenapa tak suruh tiga jantan yang korang berkepit haritu belikan? Ke diaorg guna korang nak buat maksiat je?" Kata Rachel sambil menolak-nolak bahu Hazel.

Rahang Hazel bergerak. Sedang menahan marah.

" Yang kau tengah fitnah tu, abang aku. Abang tiga perempuan depan kau ni. Lain kali nak tuduh dan sebar cerita tu siasat dulu betul ke tak, kau faham tak perempuan?" Jawab Hazel sambil menolak kembali bahu Rachel.

Rachel telan liur. Nampaknya dia sudah salah sangka. Tapi dia kisah apa?

" Hah! Malu ke... ha perempuan tak cukup kain?" Amanda mencelah. Matanya melihat cara Rachel berpakaian.

Siksa betul mata!

Rachel berdehem. Dia memandang Hazel kembali.

" Abaikan pasal abang kau tu. Aku tanya kau ni miskin sangat ke sampai nak curi baju aku?"

Hazel senyum.

" Alhamdulillah keluarga aku dikurniakan nikmat rezeki yang tak terhingga. Parents aku pun tak pernah ajar nak curi baju orang lain, kalau nak minta kat diaorg takpun usaha beli sendiri. Jadi.. jawapannya, aku tak miskin dan aku tak curi baju kau, puas hati?"

Rachel gelak. Kemudian dia menjeling Hazel.

" Eh bodoh, kalau kau tak curi kenapa baju aku ada dalam bakul kau?" Soal Rachel.

Hazel pandang baju yang dikatakan dia curi itu sebelum dia angkat bahu.

" I don't know. Kalau ye pun aku nak curi, aku pilih yang kena dengan taste aku and baju yang sopan.. bukan baju takde lengan and yang boleh buatkan mata-mata memandang macam ni" Tukas Hazel.

Rachel melihat bajunya. Dia merengus, kurang ajar punya perempuan.

Mikayla jalan kedepan.

" Ke kau yang sabotaj Hazel? Haritu pun kes baju juga kan dengan Tasneem? Kau sabotaj juga ke?"

Semua sudah mula memandang TG dengan pandangan ragu. Termasuk VS yang sudah menjadi mangsa tuduhan TG beberapa hari lalu.

TG sudah mula kebelakang. Muka mereka jelas menunjukkan apa yang dikatakan Mikayla benar.

Senyuman sinis diberikan kepada TG oleh EvG.

" Nak menipu tapi tak pandai. Nak kenakan aku supaya orang benci aku tapi bodoh tak reti" Kata Hazel kepada Rachel.

Rachel yang geram menarik rambut Hazel kuat.

Hazel mengeluh. Dah start dah.

Hazel memegang lengan kanan Rachel yang menarik rambutnya itu lalu menggengamnya kuat.

" Arh! Sakit la bodoh" Genggaman di rambut Hazem terlepas.

Hazel senyum sinis kepada Rachel sebelum dipusingnya lengan itu sekuat hati.

Gaya melepaskan geram pun ada bila pusing lengan si Rachel tu.

Dipusingnya sehingga puas hati sebelum dia melepaskan lengan itu kasar.

" Kau jangan cari pasal dengan kitaorg. Kau faham tak? Alyssa dengan Nurin, kau faham?" Soal Amanda.

Mikayla datang memberikan bakul yang penuh dengan baju bersama air coklat yang  dituang dengan sengaja oleh Nurin tadi.

Hazel mengeluh perlahan. Dah kena basuh balik. Dahla air coklat argh!!

" Berterima kasih sikit yang kakak aku ni tak suruh kau buat kerja part time cuci baju dia yang kau dah kotorkan" Kata Mikayla sambil merenung tajam Rachel dan Nurin.

Ketiga-tiga mereka berjalan menuju ke laundry room semula.

Satu hal pula nak kena basuh balik.

" Hazel!" Panggil Rachel kuat.

Hazel cepat sahaja berpaling. Apa? Apa lagi yang kau tak puas hati ni hah?

Jari telunjuk ditunjuk ke arah Hazel seakan memberi amaran.

" Kalau hal tadi tak jalan. Aku akan buat kau merana dengan plan aku yang lain pula. Kau faham?"

Hazel mencebik.

" I understood dear but you can't defeat me. It won't happen "

Seusai berkata Hazel memasuki laundry room.

Rachel juga pergi dari situ sambil memegang lengannya. Macam nak tercabut je rasa.

Pelajar yang lain sudah beransur masuk ke dorm masing-masing.

Baru sahaja Amanda dan Mikayla hendak masuk ke dalam laundry room bahu mereka dipegang oleh Alyssa dan Nurin.

" Kau jangan ingat, kau lepas kali ni" Kata Alyssa.

Amanda menepis tangan itu.

" Kau ada ikat aku ke nak cakap pasal lepas lepas? Takde kan? One more, jangan nak sentuh aku dengan tangan kau. Aku geli"

Wajah Alyssa bertukar merah. Berani betul kau kata macam tu kat aku?

Amanda sinis sebelum dia memegang tangan Mikayla untuk pergi dari situ.

Tetapi kata dari Nurin membuatkan Mikayla berpaling semula ke belakang.

" Mulut korang ni memang macam sial eh?Elok mampus je korang bertiga ni. Tak layak hidup "

Mikayla tolak Nurin kasar. Kau memang betul-betul buat aku panas.

" Kau tu yang elok mampus. Nak suruh aku bunuh ke? Sekarang ni, bukan mulut kitaorg yang sial tapi 'kau' yang sial" Balas Mikayla dengan perkataaan 'kau' ditekankan.

Sebelum Mikayla mengikut langkah Amanda dia berkata dengan muka sinis.

" One more thing, jangan sentuh aku. Aku jijik!"

Alyssa dan Nurin dijeling tajam oleh Mikayla sebelum dua kembar itu melangkah pergi.



House Tour or Dorm Tour? 💲
Leave the comment below

































Hit the vote button please....

Triplets T&NWhere stories live. Discover now