Hazel menyedut Caramel Macchiato Starbucks-nya di balkoni sambil melihat gelagat student yang sedang beriadah pada waktu petang.
Amanda datang join kembarnya.
" Oi air aku mana?"
Hazel angkat kening sebelah.
" Mana aku tau, ni coach aku belanja tadi "
" Ak alamak ai, alang-alang tu minta la lebih bagi aku "
" Otak kau, suruh la coach kau yang belanja "
Amanda cebik bibir.
Hazel berpaling ke luar balkoni semula. Kedua-dua tangan diletakkan di palang balkoni sambil menyedut air.
Hazel terpandangkan sebuah lori berwarna hijau gelap yang berhenti di hadapan sekolahnya.
" Tu ada orang nak ambil kau " Kata Hazel sambil bibirnya dimuncungkan ke arah lori tadi.
Amanda berpaling ke arah itu.
Yang dia lihat ialah lori sampah berwarna hijau.
Amanda blur. Macam biasa.
" Tu kan lori sampah?"
Hazel pandang kembarnya.
" Yela, kau kan sampah"
Muka Amanda mula berubah. Minah ni sumpah cari pasal.
Mata Amanda melihat senyuman jahat Hazel itu.
Dan bermula lah aksi berlari berkejaran, seindah bunga di taman.
Hazel terus masuk ke dalam dorm dan berlari ke bilik air. Dia memulas tombol pintu tetapi terkunci.
Kepala ditoleh ke belakang dan melihat Amanda datang ke mari.
Dengan gelak tawanya, Hazel mengetuk pintu tandas itu dengan kuat sambil berkata.
" Woi! bukak pintu HAHAHA bukak pintuuuuu "
Mikayla yang berada di dalam terkejut beghok. Ape benda dua ekor ni buat kat luar tu.
Dia cepat cepat selesaikan hajatnya dan terus membuka pintu tandas itu.
Terus Hazel merempuh dirinya.
" Makcik kau. Terperanjat aku"
Hazel yang berada dalam shower room itu dia pandang.
Lidah dijelir kepada Amanda yang berada di depan Mikayla.
" Kau kenapa Manda?" Soalnya.
" Minah tu sumpah buat aku rasa nak blend kepala dia"
Hazel tayang joget punggung kepada kembarnya sambil ketawa mengejek.
Mikayla tergelak.
Amanda mahu masuk ke dalam tetapi di halang Mikayla.
" Eh dah dah, kau pergi sana. Hazel keluar, bodo ke menari tiang dalam tu "
Hazel tersengih kambing melihat Amanda menjeling dirinya. Dia keluar dari shower room.
EvG kemudian duduk di sofa untuk menonton tv.
" Haih korang ni aku nak berak tak senang, nasib baik lepas " Kata Mikayla.
Hazel geleng kepala manakala Amanda tergelak kecil.
" Ha ni nak bagitau. Esok aku balik lambat sikit, extra training memandangkan lusa aku dah kena gerak stadium " Mikayla berkata.
Amanda berpaling ke sebelah.
" Kau stay hotel sampai habis tournament la kira? "
Mikayla angguk kepalanya.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...