Balik je dari kelas, Amanda terus tergesa-gesa pulang ke dorm.
Sepanjang hari dia memikirkan tentang ' nota ' yang Najmi katakan.
Kebetulan pula dia yang terakhir keluar dari dorm harini, jadi kunci dorm ada padanya.
Pintu dibuka, dia masuk ke dalam dan menutup pintu itu. Kasut dengan cepat dibuka dan dibiarkan begitu sahaja.
Dia menuju ke bakul sampah di tepi meja makan.
Beg plastik McD dia ambil. Harini semua pergi kelas lambat, tak sempat buang sampah.
Nasib aku la kut harini.
Mata Amanda menangkap sehelai kertas bersaiz tapak tangannya.
Handphone-nya berdering diminta diangkat.
Iphone 11 diambil di dalam beg yang masih digalas.
Abang Ayyan 😍
Butang hijau di-slide. Terus terukir senyuman di bibirnya.
" Assalamualaikum, Ayyaaa " Sapa Rafael di hujung talian.
" Waalaikummussalam... eee rindunya dekat abang Ayyan "
Dah mula dah suara mengada yang dipersembahkan oleh Thurayya Amanda.
Punya ralit bercakap, sampai kaki pun melangkah naik ke tingkat atas.
Dalam setengah jam macam tu Amanda bercakap, dengan tidak sengaja handphone di tangan terbaling dan jatuh ke atas lantai.
" Amandaaaaa!!!"
Amanda telan air liur kelat. Aku buat apa pula kali ni??
Handphone di lantai di ambil.
" Dengar macam suara Feen, dia mengamuk pasal apa pula? Ayya buat apa kat dia? " Soal Rafael.
Amanda gigit jarinya. Dia pun taktau apa dia buat nyah.
" Mana Ayya tahu, aduh nanti la call balik. Bye " Terus dia meletakkan panggilan.
Kaki laju menuruni tangga.
Langkah terus terhenti melihat Hazel yang berdiri di muka pintu dengan muka menahan geram.
Mikayla dibelakang buat tak tahu sambil makan Milo Nugget.
Diam jela, kang back up dia sekali kena.
Hazel membuat isyarat mata. Dia menunjuk kepada kasut dan stokin Amanda yang berselerak di muka pintu.
Amanda telan air liur sekali lagi. Habisla aku...
" Kau ni dah kenapa? Biar je kasut ni berselerak kat lantai ni? Rak kasut ada kan? Apa yang susah sangat nak masukkan dalam tu, takde tangan? Kudung? Haa??"
Amanda garu kening.
" Ss-sorry Zel, aku ada hal tadi nak buat "
" Ada aku tanya kau ada hal ke tak?"
Amanda cepat-cepat ambil kasut tu dan masukkan dalam rak kasut. Stokinnya dia ambil.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...