CHP 12

1.2K 122 3
                                    

Amanda dan Mikayla memasuki dorm mereka dengan keletihan. Muka pun tak rupa muka dah.

" Mak aii, penat gila training harini" kata Amanda.

" Yedo, nak patah kaki aku" sambung Mikayla.

Dua beradik itu kemudian berbaring di atas katil. Apabila memejam mata, wajah bengis kakak kembar mereka muncul.

Terus terbuka mata mereka berdua. Kemudian mereka bangun dari katil dan cepat-cepat masuk ke bilik air untuk bersihkan diri untuk solat asar.

Asal jadi macam tu?

Hazel memang tak suka adik-adiknya baring bodo macam tu je atas katil lepas balik dari latihan.

Mandi dan sembahyang dulu okay?!

Selesai Amanda dan Mikayla solat asar berjemaah, Hazel memasuki dorm.

Tangan penuh dengan beg plastik McDonald's.

Auto perut berkeroncang tanda lapar.

" Waahhh, kau lambat balik sebab pergi beli makanan ke?"

Hazel memandang Amanda yang bertanya.

" Eh tak ah pergi kaji sejarah McDonald's"

Dah tahu tanya pula.

Amanda mencebik.

Mereka duduk di meja makan sambil menjamu selera.

Hazel menyuap kentang ke dalam mulut sebelum berkata.

" Weekend ni bonda suruh balik. Anak kembar siam dia nak kahwin"

Kembar siam?

Aunty Delina ialah jiran sebelah rumah mereka. Merangkap kawan baik Tengku Laura.

Mikayla terbuntang mata.

" Kau jangan cakap crush aku yang nak kahwin weh"

Amanda tergelak.

" Bukan Zayn kau la bodoh, Zharif yang nak kahwin" balas Hazel.

Mikayla menarik nafas lega.

Hazel dan Amanda memandang sesama sendiri kemudian menggeleng.

Zayn tu bukan crush pun, alah saja saja minat. Macam korang tak pernah pula erk. Macam korang suka dekat kpop idol korang tula halah halah halah.

Selepas mereka habis menjamu selera, EvG kemas dorm mereka supaya tak gelabah nak kemas weekend nanti.

Mereka naik ke tingkat atas untuk berehat.

*****

Hujung minggu tiba.

" Amanda...!! Mikayla.....!! Bangun!! Siapa ajar kau tidur lepas subuh ha..?!"

Kedengaran laungan singa satu dorm milik evilragazza.

Amanda dan Mikayla yang lena di atas katil itu dilihat geram oleh Hazel.

Ko memang nak kena kan?

Hazel menampar punggung Mikayla.

Piak!

Canne bunyi dia?

Piak!

Terus terbuka luas mata Mikayla akibat tamparan itu.

" Sakit la anak anjing. Kau takde punggung ke nak main punggung aku?" Kata Mikayla dengan muka basi.

Hazel hanya senyum.

Amboi mulut....

" Kau bangun pergi siap sekarang. Sejam lagi nak gerak balik rumah dah. Dah lupa ke?"

Triplets T&NWhere stories live. Discover now