CHP 8

1.3K 137 5
                                    

Amanda mengangkat kepala apabila namanya diseru oleh Coach Hisyam. Dia pergi ke arah guru itu.

" Ye Coach. Ada apa?" Soal Amanda lembut. Coach Hisyam menggeleng kepala sebelum berkata.

" Awak memang suka buat masalah ke, Amanda? Haritu first day of the class awak buat masalah kehadiran datang lambat and now? Awak buat apa sampai kena denda? Join de'men dengan TB bertumbuk ke?"

Amanda hilang kata. Nak jawab apa? Takkan nak kata. Eh takde lah coach saya memang sengaja nak didenda sekali walaupun saya takde buat salah.

Macam tu?

Tak pasal kena kata gila.

Baru hendak menjawab,  Najmi datang mencelah.

" Coach. Puan Rina cari Coach kat bilik" Kata Najmi. Dia baru sahaja keluar dari bilik ofis Coach Hisyam dan Puan Rina di dalam class memanah ini.

Coach Hisyam memandang Najmi kemudian Amanda silih berganti.

" Ha Najmi seronok buat pentas WWE semalam? " Kena perli sedas.

Najmi tersengih sumbing. Dipandang Amanda di sebelah. Amanda buat muka ' apa? '.

Coach Hisyam berdehem.
" Saya akan sentiasa memerhati awak berdua"

Setelah Coach Hisyam beredar pergi, Amanda dan Najmi saling berpandangan.

Amanda memerhati setiap sudut wajah Najmi. Hm.. handsome juga mamat ni.

Eh kau dah kenapa nak tenung dia Manda? Bangun woi bangun...

Najmi senyum sehingga menampakkan lesung pipit yang kecil di pipi kirinya.

" Saya Najmi. Awak?" Soal Najmi walaupun nametag Amanda tu terang lagi takyah suluh ada depan mata.

Amanda teguk air liur. Mak aii suara dia sedap namampos. Ni kalau nyanyi tepi telinga aku boleh tidur sampai subuh esok. Eh melalut lagi kau Manda. Bangun hanat bangun.

" Amanda " Jawab Amanda sepatah. Dia malas nak beramah mesra dengan Najmi. Tapi Amanda ni terkenal dengan sifatnya yang peramah jadi tetap layankan si Najmi ni juga.

" Amanda.." Sebut Najmi perlahan bagai untuk mengingati nama indah itu. Dia tersenyum lagi.

" Saya minta maaf pasal kes semalam" Kata Najmi dengan senyum pahit. Sungguh dia rasa bersalah.

Akibat tidak dapat menahan amarahnya orang yang tidak bersalah juga kena. Bukan  sorang tapi sampai empat orang!

" Takde apa lah. Yang penting saya tak bersalah, saya minta kena denda tu pun sebab nak teman adik saya kena denda sekali" Jawab Amanda.

Mereka berjalan ke padang memanah.

" Pelik betul awak ni"  Komen Najmi.

Amanda senyum senget. Ada betulnya juga tapi sayang sangat dekat adik punya pasal.

Langkah Najmi terhenti apabila teringatkan sesuatu. Amanda menoleh.

" Kenapa berhenti?"

" Adik awak yang kena tampar tu.. okey ke?"

Amanda mengerut dahi. Bila masa pula Mikayla kena tampar? Dia yang nak tampar orang adala.

Hazel.

Lahh dia ingat Hazel adik aku? Wah tua sangat ke muka aku ni?

" Bukan adik saya tapi kakak saya. Dia okey je dah biasa kena tampar bagai ni. Rilek la bossku"

Najmi gelak kecil. Kakak dia rupanya.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now