Hai,Assalamualaikum!
I hope everyone stay healthy dan semangat untuk Ramadhan kita😊😊
And..yes,thank you so much for enjoying my story.Feel free to comment.I love comments.Pss,I keep reading comments when I had time.😀
Anyway,enjoy!
***
Lay memberi signal 'ok' kepada seorang pegawai dari bawah.
Lay berhati-hati memijak tangga sebelum dia menapakkan kakinya ke atas tanah.Lay melepaskan nafas lega.
Mike datang menghampiri Lay lalu mengetuk perlahan topi keselamatan Lay sambil tersenyum.
"You finished an impressive task,dude."Ujar Mike dibalas anggukan kecil Lay.
"Hey,budak.Come one,let's go."Seorang lelaki cina melaung.Encik Yusof yang berada di suatu sudut mengangkat tangan ke arah anak buahnya untuk beredar.
Lay mendekati keretanya sebelum dia pantas memasuki perut kereta itu.Pantas,Lay menanggalkan topi keselamatannya.Peluh yang mengalir dilapnya dengan tuala yang bersih yang tersedia di dalam keretanya.Air mineral juga diteguknya laju.
Lay akhirnya melepaskan nafas berat.
Dia benar-benar keletihan.Hari ini adalah hari terakhir pasukannya ditugaskan dalam projek mengalihkan sektor antena di menara telekomunikasi sebagai alternatif sementara untuk memastikan semua kawasan menerima liputan internet yang stabil.Menjadi seorang jurutera di dalam syarikat telekomunikasi,Lay bertanggungjawab menjalankan tugas ini.Setelah beberapa lama melepaskan lelah,Lay mula bersedia untuk pemanduannya.Lay menempatkan dokumen projeknya di ruang penumpang bersebelahannya.
Sewaktu Lay meletakkan barangannya,dia terpandangkan telefonnya di sebalik helaian kertas itu.
Lay berdecit.
Dia lupa membawa telefonnya dek kesibukannya bertugas.
Lay pantas memeriksa telefonnya.
Dilihatnya terdapat beberapa panggilan tidak terjawab.Panggilan daripada Iman.Lay cuba untuk menghubungi Iman semula namun panggilannya tidak berbalas.Lay mencuba lagi namun masih tiada balasan.Lay mengetap bibirnya.
Iman selalunya akan menelefonnya sekitar waktu kerjanya tamat.Itu pun sekiranya Iman perlu.Tidak setiap hari.Namun,hari ini Iman menelefonnya lebih awal.
Terbit perasaan risau di dalam hati Lay.Lay mengambil keputusan untuk meneruskan pemanduannya ke rumah.Hujan yang turun dengan lebat membataskan penglihatan Lay di luar kereta.Memandangkan sekarang waktu tamat kerja,banyak kereta kelihatan di atas jalan raya daripada kebiasaan.Inilah mengapa Lay lebih senang menaiki LRT kalau tidak kerana dia ditugaskan di tapak menara telekomunikasi.
Di dalam perjalanan,fikiran Lay mula melayang,memikirkan pernyataannya terhadap Gina pada suatu ketika.
"I will tell her why I'm marrying her."
Tanpa disedari,Lay menghembus nafas berat.Lay juga teringat emel yang dikirim Daniel mengenai perkara yang dimintanya kepada Daniel untuk disiasat.
Lay letih berfikir tentang ini.
Lay cuba mengalihkan perhatiannya dengan meninjau keadaan di jalan raya bagi membolehkan dia sampai ke rumah dengan lebih cepat.Bip.
Pintu rumahnya dibuka setelah kata laluan dimasukkan.
Lay menapak masuk ke dalam rumahnya sambil menjengukkan kepalanya di dalam rumah.Dia perasan akan keadaan rumahnya yang gelap.Selalunya,rumahnya cerah kerana Iman sudah menghidupkan lampu pada jam sebegini.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...