Hi,Assalamualaikum!
Lama kan author tak update?Sorry...Thanks tau untuk korang yang tinggalkan komen dan vote.Thank you...:>
Sebagai tanda maaf,author update 2 (i will upload one more chapter tonight)chapter hari ini!
Anyway,enjoy!
***
"Hud!Aipppp!"
Iman memincingkan matanya,melihat ke arah Hud yang sedang berusaha mencapai kotak tisu di atas sofa.Badannya yang gempal menyukarkan pergerakannya yang membuatkannya kelihatan sedikit termengah.Maklum sahaja,merangkak pun belum lepas,ada hati hendak memanjat sofa.
"Mommy cakap tak boleh.Jangan main tisu lagi.Membazir."Iman mencerlungkan matanya ke arah Hud.Iman sudah penat mengutip tisu kerana ini bukan hanya kotak tisu yang Hud berkenan.Sudah berkotak-kotak tisu yang dikerjakannya.Tisu itu pun sudah Iman alihkan sebentar ke atas sofa memandangkan Hud boleh mencapainya di atas meja ruang tamu.Di rumah Bella sewaktu Iman meninggalkan Hud pun,tisu di sana pun menjadi mangsa.
Hud yang melihat ibunya berbuat demikian terus mengerutkan mukanya.Mukanya berubah cemberut.Sedih dimarahi barangkali.
Tangisan Hud mula bergema.
Iman menghela nafasnya.Dia sedang memasak dan dia tidak boleh meninggalkan Hud sendiri.Baju yang perlu dilipatnya juga menanti.Tidak termasuk dengan dengan bahagian rumah yang perlu dibersihkannya lagi.
"Meh dekat mommy.Hud sedih ya,mommy marah?I'm sorry,sayang."Iman segera mendekati Hud lalu mengendong bayi itu.Sakan Hud menggesel kepada ibunya walaupun tangisannya masih berbaki.
"Upps,you berak?"Iman yang mula mencium bau yang kurang menyenangkan memandang Hud.Hud serta-merta berhenti menangis.Dia memandang Iman sepi. Iman tidak dapat menyembunyi ketawanya. Wajah Hud kelihatan sangat serba salah.Tahu agaknya dia melepas di waktu Iman sedang sibuk.
"Oklah,kita basuh you punya sheeshee dulu.Daddy Hud ni pun satu,keluar pergi kedai macam pergi buat kedai."Iman menggomol sebentar pipi Hud yang kemerah-merahan sebelum dia memberhentikan perbuatannya apabila bauan yang tidak enak itu dihidunya.
"The wheel on the bus go round and round...!All...through the...town!"Iman menyanyi kecil sambil memandikan Hud.Tujuannya bagi mengalihkan perhatian Hud daripada mengocak air.Yang akan basahnya dia.Tindakan Iman berjaya mengalihkan perhatian Hud namun bukan sebagai sesuatu yang dinikmatinya.Wajah Hud berkerut memandang Iman.Dia seakan-akan menyuruh Iman untuk berhenti bernyanyi.Suara mommynya itu boleh dikira dalan kategori sumbang.
Ting!
Sedang leka Iman memandikan Hud,kedengaran bunyi loceng pintu berbunyi.
"Hmm?Boy dah balik kot."Iman mengangkat alisnya.Dia segera mencapai tuala,membungkus Hud ala kadar sebelum dia segera mencapai pintu.Mujur dia memang jenis yang suka bertudung walaupun berada di dalam rumah.Yalah,ini rumah Encik Hafez.Ruang privasi dia dan Lay hanya di dalam bilik mereka walaupun dia yang mengurus rumah ini.
"Boy...lam...bat..nya?"Suara Iman terhenti apabila dia memulas tombil pintu.Dia terdiam.
Figura di hadapannya diperhatikan Iman.Iman memandang ke sebelah orang itu dan melihat beberapa bagasi besar turut berada di situ.
"Gina?Dr..Farah?"
***
Lay menutup skrin telefonnya.Dia bersandar sebentar pada dinding balai ketibaan itu.Perlahan-lahan dia melepaskan keluh.
Encik Hafez menghubunginya sebentar tadi.Meminta Lay untuk menjemputnya di lapangan terbang.Kali ini dia pulang dari Indonesia,menguruskan urusan kerjanya di sana yang Lay yakin mempunyai kaitan dengan syarikat bapa saudaranya yang menetap di sana.Keluarga Qees.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Roman d'amour"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...