Iman menepuk-nepuk tilam,membetulkan letaknya.Kemudian,Iman memanjat perlahan katil.Perlahan pergerakannya kerana bimbang Lay terganggu.
Jantung Iman saat ini usah dikatakan lagi,sangat berdebar.Di dalam fikirannya terbayang pelbagai perkara mengenai malam pertama yang pernah dibaca Iman di dalam novel melayu ataupun ditonton di kaca tv.
Tatkala Iman meletakkan kepala di atas bantal,dia menjeling sebentar Lay yang masih di duduk di birai katil,membelakangi Iman.
"Haah.."Iman melepaskan keluh dalam diam.Matanya dipejam rapat lalu tanggannya diangkat,menutupi wajah.Biarlah.Biarlah semuanya berlalu dengan pantas.Iman tidak mahu situasi kekok menghantuinya yang sudah sedia kekok.
"Amazing,right?"
Lay bersuara,memeranjatkan Iman.Apabila Lay memberitahu bahawa dia tidak ke tandas,Lay perasan riak perubahan wajah Iman yang ketara.Barangkali malu,teka Lay di dalam hati sambil menyembunyikan senyuman.
Sewaktu Iman menanggalkan shawlnya tadi,Lay mengaku,dia leka memerhatikan gerak-geri Iman,tertarik untuk memerhati rupa Iman tanpa tudung yang menutupi kepala.
Comel.
Itu yang boleh Lay gambarkan apabila dia melihat rambut Iman mula yang berjuraian separas bahu dilepaskan.
Sesaat,dua saat,tiga saat,Lay memalingkan wajah.Lay mengusap belakang lehernya.Satu perasaan ganjil menjentik sanubarinya."A..bang..Boy."Lamunan Lay terbunuh.Dia memalingkan wajahnya ke arah Iman.Ini kali pertama dia bersua mata dengan jarak yang hampir dengan Iman.Wajah gadis terasa begitu hampir dengannya.
"Err.."Iman bagaikan sedar akan renungan Lay menunjukkan reaksi tidak selesanya.Kali ini,Lay membiarkan gadis itu sedemikian.Tidak dinafikan,Lay tertarik memerhatikan wajah Iman secara dekat.Wajah yang bersih tanpa sebarang calitan solekan.
"B..oy.."Iman melarikan wajah,melangkah setapak dua menjauhi Lay. "I meant,i will call you Lay."Spontan.Iman terlampau gelabah untuk memikirkan apa yang perlu diucapnya.Biarlah.Munasabah juga.
Lay hanya memerhatikan Iman tanpa sebarang respon sebelum dia berpaling menuju almari.
"Boy is okay though."
Bebola mata Iman menyoroti susuk tubuh Lay yang menjauh. "No.I think if I call you..".
"Boy,call me Boy."
Iman terdiam tidak berkutik apabila Lay memintas percakapannya.Muncul perasaan memberontak seketika. "Why?It's my.."
"I want it that way."
Lay bangun,menarik hujung selimut lalu membaringkan badannya perlahan.Sengaja dia duduk di birai katil sambil berpura-pura memeriksa telefonnya sehingga dia yakin Iman betul-betul tertidur.Berhati-hati Lay membetulkan posisi tidurnya agar Iman di sebelah tidak terganggu.Namun,Iman secara tiba-tiba bergerak,mengalihkan tangannya dari muka.
Lay tersenyum.Wajah itu bebas diperhatikannya.Iman,bukanlah seorang gadis yang mempunyai rupa yang digilai ramai jejaka.Seumur hidup Lay,dia pernah berjumpa dengan lebih ramai wanita yang berwajah jauh lebih menarik.Namun,hari ini nyata wajah polos Iman kelihatan lebih menarik di matanya.Kulitnya yang bersih tanpa sebarang masalah kulit dan apa yang paling menggamit perhatian Lay ialah mata Iman.Mata yang cantik. Pandangannya kemudian jatuh ke bibir...
***
Iman meletakkan pinggan di dalam sinki.Kemudian dia membuka pili paip lalu pinggan itu dibasuh.Selesai sahaja mencuci segala isi sinki itu,Iman menuju ke ruang tamu.Kelibat Kak Long dan suaminya di sofa mencuri perhatian Iman.Abang Sufian sedang berhati-hati memotong memotong buah epal untuk isteri kesayangannya.Iman cuma tersenyum melihat keprihatinan Abang Sufian terhadap Kak Long yang kian sarat hamil.Maklum sahaja,bakal menimang zuriat permata hati.
Alhamdulillah,bahagia Iman melihat mereka."Amboi..Makan buah tak ajak..!"Sergah Iman mencuri perhatian seisi ruang tamu.Abang Sufian tertawa kecil sambil dia mengangkat sepiring buah epal yang telah dipotong lalu dihulurkan kepada Iman. "Makan buah ni,Iman."Ujarnya.
Iman melabuhkan duduk,berhadapan Kak Long. "Tak apalah,Iman gurau je.Along tu,makan banyak-banyak.Biar kuat baby menendang mak dia nak bagitahu dia sihat sangat kat dalam tu."Kata Iman disambut tawa halus Kak Long.
Abang Sufian kemudiannya meletakkan pisau dengan cermat.Sepotong buah diambil lalu disuapnya ke dalam Kak Long. "Nah,buka mulut sayang.."Katanya sebelum Iman lihat Kak Long menggigit potongan buah itu. "Thanks abang...."Ujar Kak Long kembali.
Iman yang memerhati cuba mengawal reaksinya.Terasa bulu roma badannya meremang seketika.Geli!
"Mama,tengok Kak Long ni!"Teriak Iman kepada Puan Wardah yang kebetulan memasuki ruang tamu.Puan Wardah yang bingung dengan situsi sebenar hanya mengangkat kening.Dia baru sahaja selesai menyiram pokok sebelum dia masuk ke rumah. "Ni apasal pula,anak dara menjerit-jerit ni!Kena serkup dengan kain buruk baru tahu!"Balas Puan Wardah dengan wajah bersahaja.
"Alah,mama ni garanglah!Cuba senyum sikit,kasi rileks sikit seluruh urat badan.."Iman tersengih. "Kak Long ni,mama.Panjang benar 'abang' dia tadi,seram sejuk Iman!"Imam tidak lupa menyalahkan Kak Long.Kak Long hanya mencebik.
"Loorh,nak dimarahkan apa,biasalah...kalau dah pregnant,dengan suami jelah nak dilayan.Nak pelik pasepa?"Tanya Puan Wardah sambil mengambil tempat duduk.Kak Long menjelir lidah ke arah Iman.Eehh dia ni?
"Hang tu pun acik,bukannya tak bersuami.Kalau nak dilayan macam along,silalah mengandung cepat-cepat ya?"Kak Long meletakkan tapak tangan di sisi muka,gaya seperti berbisik walhal seluruh ruang tamu dapat mendengar suaranya. "Eee,Alongg!That's sound veryy pervy.."Iman berteriak lagi sebelum sebuah tamparan hinggap di pahanya oleh mama. "Hah,tengoklah tu.Menjerit lagi!"Iman menyeringai, "Sakkiittlah ma!".
Abang Sufian memnita diri ke dapur apabila dia menghidu persidangan wanita-wanita telah dibuka.
"Eee,mama tengok along ni..!Orang baru nikah sehari dua,dah suruh orang beranak pulakk!Totally out of mind!"
Lengan mama Iman capai lalu dipeluk manja. "Oiitt,sedap mengutuk kita!Panggil suami dia mama,suruh kurung je dalam bilik tu!"Kak Long ketawa berdekah,lucu dengan ayat sendiri.Mama tidak ketinggalan turut ketawa."Alonggg!"Iman memuncung.Mukanya mula terasa membahang. "Haris!Where are you.Please get your wife!"Kak Long masih berterusan mengusik.
"Haris!"Lagi.
Iman bangun,menerpa Kak Long.Lengan kakak sulungya itu dicapai erat. "Along,,stop this!Oh my god!".Kali ini Kak Long berhenti tetapi ditemani dengan tawa yang masih berpanjangan.Dia berasa geli hati dengan wajah Iman yang sudah berona merah.
"Why are you blushing so hard?Have you done it yet?"Kak Long bertanya dengan selamba membuatkan mata Iman membulat sebesar-besarnya.
"Eee,pervert!Mama tengoklah anak sulung mama ni,sejak bilalah jadi miang sangat,gatal-gatal dah badan Iman!"Sela Iman sebelum dia bangun menuju ke bilik,malas sudah berbual dengan Kak Long.Iman terserempak dengan Lay yang sedang berdiri berdekatan ruang tamu.Oh,tidak!Pasti Lay dengar semua perbualan mereka.Kenapalah Lay selalu muncul secara senyap?
Iman cuba mengawal reaksi dengan memberikan senyuman terhadap Lay.Senyuman segaris.Lay dilihatnya berjalan mendekati Iman,memegang bahu Iman rapat.Iman mula tidak keruan. "Should we?"Soal Lay tiba-tiba. "Apa?"Iman bingung. "
"Do 'it'?"Senyuman Lay meleret sebelum Iman membuka langkah besar,menuju ke bilik.Tidak,bilik Kak Lang!Ya,lebih selamat.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...