Iman mengalihkan selimutnya.Perlahan- Iman turun daripada katil lalu melangkah perlahan ke sofa.Iman memandang sekilas ke arah jam pada dinding.Jam 3 pagi.
Bunyi helaan nafas kedengaran perlahan daripada ruang bilik air.Iman mengetap bibirnya sebelum dia mengambil tempat di sofa.Agak lama,Iman hanya merenung ke arah pintu bilik air di hadapannya.Iman mula berkira-kira untuk masuk ke dalam bilik air,mendapatkan Lay.Membantunya bertenang.
Namun,Iman juga tahu Lay akan menghilang sekiranya Iman berbuat demikian.Di kondo mereka,Lay keluar daripada rumah setelah Iman muncul dalam keadaannya begitu.Di resort ini juga,semalaman Lay tidak tidur di sampingnya malah langsung tidak berkomunikasi antara satu sama lain sejak Iman mengungkit mengenai hal itu.
"Lailahailallah.."Iman memejam matanya,cuba melapangkan dadanya mengenai keadaan Lay dengan membasahi lidahnya dengan kalimah tauhid.
***
"Iman ni.Pregnant bukannya nak bagitahu.Malu ea..?Maklumlah..pengantin baru..."Riak muka Iman berubah apabila mendengar usikan Kak Long.Wajahnya sudah memerah dek bahang malu.
"Kalau part nak mengusik orang,ada sajalah along ni.Bukannya baru sangat pun Iman kahwin."Iman mencebik melihat Kak Ngah turut menyertai Kak Long untuk ketawa apabila melihat reaksinya.
"Ehh,long..Pernah dengar tak satu pantun popular ni?"Secara tiba-tiba Iman menyoal bersama senyuman sumbing,mengejek. "Pantun apa?Make sure bukan yang kau petik dari cerita Upin Ipin tu.."Kak Long memerhatikan ke arah Iman dengan pandangan toya.
Iman tersengih, "Dont worry.Acik bukan perosak bahasa.Bunyinya macam ni..
Paku dulang,paku serpih,
Mengata orang,dia yang lebih. "Kali ini Iman mengambil kesempatan untuk mentertawakan kakak sulungnya dengan ketawanya yang panjang.Kak Long memuncung,mula terasa pedas dek sendiri termakan cili.Kak Ngah yang kelihatan mula menangkap lawak hambar Iman,mula mencongak-congak sesuatu.
"Iyalah,Khayla lahir at least after 12 months you got married.WIN lah kau,long."Kak Long berpura-pura untuk tidak mendengar kenyataan yang dikeluarkan Kak Ngah.Dia lantas bangun,menuju ke arah suaminya yang sedang mendukung Khayla,meninggalkan Kak Ngah dan Iman.
Kak Ngah tersenyum melihat telatah Kak Long sebelum dia mengalihkan pandangannya terhadap Iman yang sudah pun menghabiskan sisa tawanya.
"So..Iman..Macam mana married life,ok?"Kak Ngah tersenyum,menampakkan lesung pipitnya yang dahulunya menjadi bahan ejekan Iman terhadapnya apabila mereka bergaduh.Iman membalas senyuman Kak Ngah.
"Alhamdulillah.Ok..."Kak Ngah merenung ke arah wajah Iman.Nada suaranya tidak seiring dengan kalimahnya.
"Iman,sebenarnya Angah nak cakap something pasal Lay."
***
Iman terus membasahi bibirnya dengan zikir.Rasa sebal mula menyelebunginya apabila Iman terimbau perbualan dia bersama Kak Ngah siang tadi.Iman rasa bersalah kerana dia sebagai seorang isteri,tidak berfikir sejauh itu tentang kondisi Lay.
"Malam tadi,Abang Daniel dengar bunyi pintu bilik Iman terbuka."
Iman menjongketkan keningnya. "Yeah.Semalaman Haria keluar.Tadi dia datang ke kafe dengan Abang Daniel kan?"Iman menegakkan posisi duduknya.
Kak Ngah tersenyum tipis.
"Iya.Abang Daniel memang dah perasan something wrong dengan dia sejak dekat rumah mama.Iman mesti tahukan,waktu malam...dia nampak macam resah?"Kak Ngah memegang lembut lengan Iman.Terbit rasa simpatinya terhadap Iman yang pastinya masih dalam tempoh penyesuaian diri terhadap kehamilannya dan terpaksa menghadapi masalah seperti ini.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...