Teacher

3.7K 203 0
                                    

Dedaun pintu ditolak.Dengan berhati-hati Iman melangkah masuk.Dilihatnya seorang wanita berkaca mata mungkin dalam separa usia sedang duduk,membetulkan kaca matanya.

"Assalamualaikum...Puan?"Tutur Iman sambil tersenyum.Wanita itu membalas senyumannya sebelum menjemput Iman duduk.

***

"We got very bad signal at the area B.I think some of the cables may be stolen."Lay meletakkan sebuah fail di hadapan Mike sebelum dia duduk,mencapai sebuah dokumen lain.

"You're right.David,the guard there already called me.He confirmed that some cables have been cut."Ujar Mike membuatkan Lay menghela nafas.Beberapa minit kemudian,Liza muncul dari bilik Encik Yusuf bersama beberapa kertas draf.

"Hey,team.We have more works to do..."Liza berjalan ke arah Mike lalu menepuk bahunya.Mike mengerutkan dahi, "Check up?"Soal Mike menghamburkan tawa Liza. "Oh my.It's not a medical check up anyway.But,as usual..You need to go to the site.Please check if anything wrong there."Liza kemudiannya berjalan ke arah Lay. "And..you,go with that asshole."Kata-kata Liza menerima sergahan Mike.Bengang pemuda cina itu dengan Liza yang selalu memberi semacam gelaran kepadanya.Lay hanya mengangguk.

Tiba-tiba dia merasakan ada jari jemari yang bermain di belakangnya.Segera Lay menahan tangan Liza yang masih berdiri rapat dengannya lalu bangun.

"Please show some respect."Keras suara Lay.

"Let's go,Mike."Lay berlalu tanpa menoleh.Liza hanya memerhatikan dua jejaka itu hilang dari pandangannya.Sejujurnya,dia tidak sengaja menyentuh Lay.Itu cuma kebiasaan cara pergaulannya.Tidak disangkanya Lay akan menunjukkan reaksi sebegitu rupa.Tidak dinafikan juga Liza tertarik dengan perwatakan Lay.Very cold and mysterious.

"Gosh,how can he be that handsome?"Liza tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepalanya.Yeah,what a pity,he's married.

***

Iman tersenyum lebar.Dia berjalan dengan senang ke arah lif sebelum menekan butang aras kondonya.Masih terngiang-ngiang kata-kata Puan Mariam kepadanya.

"Awak boleh mula lapor diri esok.Sebagai seorang guru,pastikan awak memenuhi etika pemakaian yang betul."

"Insya Allah,puan."Balas Iman.

"Tapi,saya nak ingatkan cik..Iman?"Puan Mariam mengangkat kening.Iman laju mengangguk. "Menjadi seorang guru ini perlukan persediaan mental dan fizikal.Saya berbesar hati cik sudi nak gantikan Cikgu Zahara sempena cuti bersalin.Sepanjang tempoh ini,saya harap Cik Iman sentiasa fokus dan cekal dalam mendidik anak-anak didik kami."

Ya,Iman akan bekerja sebagai seorang guru.Guru sementara.Biarlah,itu pun sudah cukup membuatkan Iman melompat kegembiraan.Sementara dia menuggu masa untuk meyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai impiannya,lebih baik dia menggunakan masa ini untuk menambah pengalamannya.

'Oh,should I tell Boy?'Iman mula berfikir.Telefonnya dikeluarkan.Talian disambungkan.Belum sempat Iman menunggu lama,talian dimatikan.Iman terpaku sebentar.Sebuah keluhan dilepaskan.

"He may be busy right now."Iman akur.Kata laluan dimasukkan sebelum dia mematikan telefonnya.Namun belum sempat dia berbuat demikian,sebuah notis muncul.Melihat notis itu,Iman tersenyum girang.

Beberapa gambar yang dihantar oleh Dr Farra yang memaparkan dirinya dan Orman sepanjang percutian mereka di London.Iman mencongak sebentar hari percutian mereka.Ya,masuk hari genap seminggu mereka di sana.

'I realllyyy miss both of you...<3' Iman meninggalkan komennya sebelum dia menerima balasan daripada Dr Farra.

'We wish you are here but there you go..beside your beloved hubby.😍'

Iman tertawa membaca balasan itu.Sejujurnya Iman begitu merindui mereka.Sejak dia sudah tamat pelajarannya,dia jarang sekali ke rumah Dr Farra.

Iman tersenyum lalu menerobos masuk ke dalam rumah.

Setelah menukar pakaiannya,Iman ke dapur.Dia mengeluarkan sebesen ikan mentah.Sempena meraikan kejayaannya mendapatkan pekerjaan,Iman ingin memasak masakan yang lebih istimewa berbanding kebiasaan.

Sambil menyanyi riang,Iman menyiang ikan.Dia mengerling ke arah jam.Iman mula berkira-kira untuk memastikan masakannya sempat siap sebelum Lay pulang.

1 minit.

2 minit.

Iman meletakkan pisau.Senyumannya mati.Dia menunduk lalu perlahan-lahan dia duduk.Dia terimbau akan sesuatu.

"Boy,are you home?"

Lay mengangguk.Dia melonggarkan tali lehernya lalu memboloskan diri ke dalam bilik.Iman segera ke dapur,memanaskan lauk.Dengan cermat,dia menghidangkan makanan di atas meja.Secara jujurnya,untuk dirinya juga memandangkan dia memang sengaja tidak menjamah sebarang makanan lagi.Dia mahu menemani Lay makan.Namun,tidak disangkanya Lay pulang sebegini lewat.

Iman memulas tombol pintu bagi memanggil Lay untuk makan.Kelibat Lay tidak kelihatan.Fikir Iman,pasti Lay sedang membersihkan diri di bilik air.Namun semakin Iman menapak masuk,dia dapat lihat susuk tubuh Lay di atas katil.Lay sudah terjelepok di dalam tidurnya.Pasti kelihatan yang amat.Walaupun terbit perasaan hampa,Iman mengerti.

Iman mendongak.Dia kembali ke realiti.Perlahan-lahan Iman bangun.Mencapai pisau bagi menyambung tugasannya.

Bahan-bahan mentah itu ditenungnya.Bukan sekali.Malah hampir setiap hari sejak kebelakangan ini Lay tidak lagi menjamah masakannya.Dengan perwatakan Lay yang jarang sekali bersuara itu,Iman akui dia buntu.Tidak keterlaluan Iman katakan,dia sedikit ragu dengan perubahan sikap Lay.

Sungguh.Iman kesunyian.
***
"Assalamualaikum,murid-murid!"Iman tersenyum lebar sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kelas.Semua pandangan mata para pelajar terancap padanya.

"Hari ni,cikgu akan gantikan Cikgu Zahara sepanjang tempoh beliau bercuti bersalin.Jadi cikgu perkenalkan diri,nama cikgu Nur Iman Hadini.Boleh panggil cikgu,Cikgu Iman!"Iman masih tersenyum lebar.

Tok!

Bunyi sesuatu menarik perhatian seisi kelas termasuk Iman.Iman mengecilkan matanya bagi melihat punca bunyi itu kedengaran.

"Tak cukup besar ke spek tu cikgu,nak tenung bagai?"

Iman berpaling ke arah seorang pelajar lelaki.Pelajar itu sedang duduk bersilang kaki sambil tersengih.

Tok!

Bunyi itu kedengaran lagi dan kali ini Iman dapat apakah punca bunyi itu terhasil.Sebatang kapur!

Dan...kapur itu sedang dibaling...

Ke arah Iman!

Seisi kelas mula riuh.Pelajar-pelajar semakin sakan membaling kapur.Iman cuba mengelak.Iman benar-benar terlopong!

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now