First Date

4.2K 216 3
                                    

"Oh gosh!I'm really sorry..."Gina menunduk,mengutip segala barangnya yang berterabur di atas lantai akibat dilanggar.

Setelah memastikan semua barangnya sudah selamat berada di tangan dengan hasil bantuan orang yang melanggarnya itu,Gina meluruskan posisi berdirinya,melihat gerangan gadis yang melanggarnya.

Di hadapannya,seorang gadis berambut separa ikal sedang berdiri dengan wajah yang kelihatan serba salah.Wajah yang dioles dengan solekan tipis itu
menampakkan gadis itu kelihatan sangat cantik.

Apabila gadis itu mendongak,memerhati ke arah Gina,dia tersentak.Beberapa saat berlalu sebelum Gina mematikan kesepian di antara mereka.Keningnya diangkat.

"Bella?"

***

Iman membetulkan tudungnya yang sedikit sebanyak berubah daripada kedudukan asalnya apabila angin yang sepoi-sepoi menyapa.

"Macam mana,cik adik?Boleh ka?"

Iman senyap tidak terus membalas. "Boleh tu memanglah boleh tapi banyak mahallah,abang!"Iman menjuihkan sedikit bibirnya.Tangannya masih bermain di atas permukaan permaidani yang dipilihnya sebentar tadi.

"Aiyo,adik manis.Ini,abang sudah kasi banyak diskaunlah...Lama-lama kasi turun,bankruplah abang.."

Iman masih senyap sebelum dia mendongak,memerhatikan tuan kedai karpet yang sedang tersengih memandangnya.Iman mula berasa tidak selesa apabila pekerja itu masih tersenyum meleret sambil memandang ke arah Iman.Iman cuba berdehem sambil menjauhkan sedikit jarak mereka.

"Banyaklah diskaun,toke!Dari tadi lagi saya minta,kurang seringgit dua sahaja.Kalau macam tu,tak kira diskaunlah!"Iman cuba berintereaksi lagi.Dia sudah tawar hati untuk tawar-menawar dengan si Pakistan ini tetapi hatinya cukup tertawan dengan keindahan seni permaidani itu.

"Alah,adik cantik..Karpet ini memang betul-betul yang istimewa,sesuailah dengan adik..Sama-sama cantik!"Si Pakistan itu memujuk lagi sambil dia mengenyit mata.

Iman yang melihat segera menjarakkan lagi dirinya dengan lelaki itu.Meremang bulu roma dibuatnya.Kalau nak berniaga sekali pun,tak perlu rasanya nak kenyit-kenyit.

Lay yang sedari tadi berdiri di penjuru kedai mula berasa tidak senang duduk apabila dia dapat melihat bahasa tubuh Iman yang nyata tidak selesa.Dia sememangnya sengaja membiarkan Iman membuat pilihan memandangkan dia juga tertarik untuk melihat gaya Iman membeli-belah.Sejujurnya dia kagum dengan kebolehan berintreaksi Iman.Mungkin juga kerana,ini kali pertama mereka keluar bersama dan mungkin juga kerana sebelum ini dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat sebegini.Yang selalu dikunjunginya dahulu cumalah tempat-tempat eksklusif bagi mengelak sebarang kesesakan kerana dia tidak selesa dengan keadaan demikian.

Jujur,Lay baru mengetahui apa itu tawar-menawar apabila Iman melakukannya selama ini. Iman sememangnya tidak akan kalah dalam tawar-menawar.Diam-diam Lay tersenyum geli hati melihat isterinya yang begitu bersungguh dalam mendapatkan harga yang berpatutan baginya.

"Tak apalah,pak cik.Saya gerak dululah,mahal sangat.Saya cari kedai lain sebelah sahajalah.Maaflah ya."Iman mula bergerak dari tempat tempat tersebut.

"Ai,adik manis.Janganlah merajuk.Oklah,abang bagi harga khas untuk awak.Istimewa.....ehem..no telefon juga."Iman memberhentikan langkahnya sambil merenung tepat ke arah lelaki Pakistan itu.

Lay mula perasan akan pekerja itu yang mengenyit mata kepada Iman dan bercakap sesuatu kepada Iman.Walaupun dia tidak begitu jelas mendengarnya,dia dapat mengagak perkara itu merupakan sesuatu yang membuatkan Iman tidak selesa.Dia mula berasa tidak keruan.Sesuatu di dalam dirinya berasa serba tidak kena.Lay bingung untuk mentafsir keadaannya.Yang Lay tahu sekarang,dia perlu bergerak mendapatkan Iman.Namun, belum sempat Lay berbuat demikian,dia melihat Iman terlebih dahulu bersuara.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now