Baby 2

2.3K 132 18
                                    

Hai,semua.Assalamualaikum.

Hehe.Late update.It sure have been a hectic week for me.I hope all of you stay healthy and alert on the current SOP.Be extra careful,
lovelies.

Anyway,enjoy!

***

Bunyi tangisan bayi memenuhi ruangan.

Kak Lang riuh memanggil Kak Ngah dan Kak Long.Kak Ngah kemudiannya datang sambil mengendong Haikal.Haikal kemudiannya diberikan kepada Ustaz Daniel sebelum dia datang mengambil bayi itu ke pangkuannya.

"Alala sayang...Mari umi kendong yaa."Kak Ngah mengusap kepala bayi lelaki itu penuh kasih,mengharapkan tangisannya surut.

Namun setelah beberapa ketika tangisannya masih belum reda.Kak Ngah cuba menggoncangkan sedikit tubuh kecil di dalam pangkuannya.

"Itulah Kak lang!Razeeq dah cakap jangan cakap pasal Acik bila Hud ada.Hud akan menangis non-stop!"Razeeq mencuit bahu Kak Lang.Kak Lang hanya menggigit bibir,rasa serba salah.Sebentar tadi dia terlampau teruja untuk bertemu dengan Hud buat pertama kali.

Hanya sahaja,dia tiba-tiba berasa sebak melihat Hud yang masih belum pernah berada dalam pangkuan ibunya.Mengenangkan itu,Kak Lang menitiskan air mata sambil menggumam nama Iman.Tidak disangkanya,Hud menangis teresak-esak seolah-olah memahami kata-katanya.Seolah Hud faham akan keadaan ibunya.

Tangisan Hud semakin nyaring.Kak Ngah terus menepuk-nepuk punggung Hud.

"He's crying?"Soal Lay yang tiba-tiba muncul bersama ibu bapa mertuanya daripada muka pintu.

Kak Ngah mendongak,memandang ke arah Lay.

"Aah,Alang ni haa..Sebut sangat pasal.."Kak Ngah membebel sendiri namun dia pantas menghentikan percakapannya apabila dia sedar bahawa dia tidak sepatutnya menyebut sesuatu yang hanya akan menambahkan garam di luka Lay.

Lay tersenyum segaris,memahami situasi.Dia mendekati Kak Ngah sebelum dia mengambil alih Hud ke pangkuannya.

Lay mengusap pipi Hud yang kemerah-merahan itu lembut dengan menggunakan jarinya.Wajah kecil itu direnungnya sebelum dia tunduk,mencium ubun-ubun Hud.

Hud seolah-olah memahami keberadaannya sekarang,di dalam pangkuan daddynya.Dia berasa selamat dan selesa lagi dengan belaian dan kehangatan orang yang yang dikenalinya.Tangisan Hud kembali reda.Hanya kedengaran rengekan kecil daripadanya.

Kak Lang dan Razeeq memandang antara satu sama lain,kagum melihat kebolehan Lay menenangkan Lay tanpa perlu mengeluarkan sebarang perkataan.

"Kak Ngah rasa dia laparla,Haris.Kak Ngah ambil Hud dulu eah?"Kak Ngah memandang ke arah Lay,memohon kebenaran.Lay mengangguk,dia menghulurkan Hud kepada Kak Ngah.Darina ataupun Kak Ngah,kemudiannya berkata sesuatu kepada Ustaz Daniel tentang Haikal sebelum dia beredar ke dalam bilik tetamu.Ustaz Daniel hanya tersenyum mengangguk.

Lay lalu meminta diri ke biliknya.Dia kemudiannya meletakkan barang-barang yang baru sahaja dibelinya berdekatan dengan almari.Lay kemudiannya berbaring di atas katil,melepaskan lelah.

Lay menjeling ke arah barang-barang kelengkapan Hud yang dibelinya sebentar tadi bersama Puan Wardah memandangkan dia tidak tahu bagaimana mahu membeli barangan bayi apatah lagi bayi yang baru dilahirkan jadi Puan Wardah membantunya memilih barangan.

Lay menghembuskan nafas.

Hingga ke tempoh ini,keluarga Iman banyak membantunya.Keluarga Iman datang ke rumahnya bagi membantunya menguruskan Hud.

Kak Long menawarkan diri untuk menemani Iman walaupun hospital swasta itu sudah menyediakan petugas rawatan rapi khusus untuk Iman seperti yang diminta Lay.Kak Ngah pula menawarkan untuk menyusukan Hud buat sementara waktu.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now