Emel

1.6K 114 14
                                    


Hai,semua!

How are you guys?I hope you're doing great.Pejam celik,dah 2022 kan?2021 pun telah melabuhkan tirainya.It must means a lot to all of us.

Let's perform better this year.Semoga semua azam,cita-cita dan impian kita tercapai untuk tahun ini!Insha Allah. And,Thank you so much sebab sudi tunggu update lambat macam siput ni,hehe.

Edit: I'm so sad for what is happening in Malaysia.Floods.May Allah ease Malaysians and make us stronger.


Anyway,enjoy !

***

Beberapa tahun yang lalu.

Kobe,Jepun.

Iman berlari anak.

"Wait!"Jerit Iman.Langkahnya diatur laju.Beberapa orang peserta lain yang sedang berjalan beriringan turut berpaling ke arah Iman.Iman yang sedang berlari anak mendekati mereka dengan tangannya yang penuh dengan buku-buku kelihatan termengah.

Iman berhenti berlari apabila dia berjaya mengejar kumpulan peserta tersebut.Ah,salahnya terlalu ralit memerhati manusia sekeliling sehingga tidak perasan bahawa rakan-rakan pesertanya yang lain telah jalan jauh meninggalkannya.

"Iman! Allahlah budak ni.Kat mana-mana pun mesti lambat."Anis yang berada di dalam kumpulan pelajar itu mencuit Iman.Iman sekadar tersengih.
Mereka kembali berjalan beramai-ramai setelah Iman menyertai mereka.

Teruja.

Itulah yang dirasakan Iman.Dia terlalu teruja memerhati sekeliling.Mana tidaknya,ini kali pertama dia menjejakkan kaki di negara berteknologi canggih ini,Jepun.Segala-segala kelihatan menarik dan tidak terasa nyata.

Baik dari pemandangan kota yang canggih dan bersih,orang-orangnya yang tertib dan segala yang dapat dilihat Iman.Dia teruja sekali!Mungkin orang lain menganggap dia sangat jakun namun Iman tidak kisah kerana memang itu adalah perkataan yang tepat dengan keterujaannya sekarang.

Iman jarang berpeluang melancong ke negara-negara luar yang jauh.Jadi,kesempatan kali ini akan sangat dihargai Iman.

"Nis,kita nak pergi mana ni?"Iman menyoal Anis perlahan.

Anis menggeleng kecil.Baru sebentar tadi mereka diberi taklimat mengenai jadual mereka sepanjang program pertukaran pelajar ini berlangsung.Nampak sangat Iman tidak fokus dek terlalu teruja.

"Haih,mujur aku join juga program ni.Kalau tak ada aku,nayalah kau."Iman tersengih mendengar Anis menjeling ke arahnya.Program kali ini hanya disertai oleh Iman dan Anis bersama pelajar-pelajar terpilih lain.

Memandangkan Aisya mengambil kursus kejururawatan dan Huda pula mengambil kursus kejuruteraan,
mereka tidak berpeluang untuk mengikuti program pertukaran pelajar ini yang dikhususkan untuk pelajar jurusan Sejarah seperti Anis.Iman sebagai pelajar jurusan perundangan dapat menumpang sekaki apabila terdapat kekosongan memandangkan kurus perundangan juga berada di bawah fakulti sastera.

"Kita akan check-in hotel dulu untuk malam ni.Esok,kita akan ada program perkenalan dengan keluarga angkat.Ingat!"Anis memberitahu dibalas anggukan Iman.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now