"Oh My..."Iman memuncung.
Kad akses masuk rumahnya yang terjatuh di lantai lif itu direnungnya dengan pandangan sayu.
Iman membongkokkan badannya bagi mencapai kad akses masuk rumahnya namun hampa usahanya sia-sia.Perutnya yang memboyot membataskan pergerakannya.
Fokus Iman teralih daripada kad itu apabila pintu lif terbuka.
Sebuah senyuman terukir di wajah Iman apabila dia melihat gerangan gadis yang baru memasuki perut lif itu.
Gadis itu kelihatan sedikit terkejut apabila matanya bertembung dengan wajah Iman yang sedang tersenyum.
"What a concidience."Ujar Iman sambil memandang ke arah Bella.
Bella mengangkat keningnya sambil melangkah masuk.Pandangannya jatuh ke arah lantai lif.Memahami keadaan Iman,Bella membongkok bagi mencapai kad itu sebelum dihulurkan kepada Iman.
"Terima kasih."Iman menyambutnya huluran itu dengan wajah yang mesra.
Apabila lif kembali bergerak,mereka berdua kembali diam tanpa sebarang reaksi.Suasana yang kekok menghantui.
Pipi Bella tiba-tiba terasa membahang apabila perca-perca memori terakhirnya bertemu dengan Iman kembali singgah di ingatannya.Saat dia menangis teresak-esak di taman mini kondo mereka gara-gara tidak mahu Livio perasan akan keadaannya jika dia menangis di dalam rumah.Saat Bella bertempik terhadap Iman lalu bertanyakan soalan yang bukan-bukan.
Bella lantas mengangkat tangannya cuba menutupi wajah.
Iman yang perasan akan tindak-tanduk Bella tertawa kecil.
"You dont need to feel shy about the last time.I do understand."Iman berkata separa berbisik sebelum dia mengenyitkan matanya.
"Who said I am?!"Bella menjeling sebelum dia melihat Iman tersengih lagi.
Perlahan-lahan Bella menurunkan tangannya daripada terus menutupi wajahnya.Dia melirikkan matanya ke arah Iman.Iman direnungnya dari atas sehingga bawah.Iman kelihatan lebih sarat daripada kali terakhir mereka bertemu.
Bella berdehem.
"Your looks very much loaded.How months already?"Soal Bella sambil memandang ke arah siling lif.
Iman tersenyum.
"Alhamdulillah,about...8?"Iman cuba untuk memghitung secara rawak.
Bella mengangguk kecil.
"Where are you going?"Soal Bella lagi.Iman memandang ke arah Bella yang masih kelihatan teragak-agak memandang ke arahnya.
"Supermarket?You know,just a routine outing to a jobless person like me."Iman mengangkat bahu.
Bella perasan senyuman Iman sedikit mengendur apabila Iman bertutur mengenai hal ini.
"Apparently you are not alone."Ujar Bella sebelum dia memandang ke arah Iman sambil tersenyum sumbing.Memori buruknya ketika pergi ke temu duga buat pertama kalinya tiba-tiba menjengah mindanya.
Iman dan Bella memandang ke hadapan,merenung pintu lif yang akan terbuka.Tanpa disedari,mereka berdua melepaskan keluh.Serentak.
Sunyi.
"Hey."Bella dan Iman berkata sambil melihat ke arah satu sama lain.Serentak.
Mereka kemudiannya tertawa kecil.
"Hey,wanna grab a coffe?"Bella mengangkat pelipisnya sambil tersenyum senget.
"Sounds tempting."Balas Iman.Senyumannya kembali lebar.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...