Malu

3.6K 196 5
                                    

Livio memulas tombol pintu.
Perlahan-lahan dia mengintai ke ruang tamu.Dia menghela nafas lalu berjalan ke arah pintu bilik kakaknya yang sebentar tadi dihempas kuat.

Livio mengetuk perlahan. "Bell,are you alright?"Soal Livio.Beberapa kali dia mencuba untuk memanggil Bella,masih tiada jawapan kedengaran.

"I guess you want to be alone.Come to me when you feel better ok?"Kata Livio lagi.Apabila dia benar-benar yakin Bella ingin bersendirian,Livio menapak ke balkoni.Dia menghirup udara sebelum melepaskannya berat.

Sejak kebelakangan ini,Bella telah banyak berubah baginya.Bella bukan lagi gadis periang yang dikenalinya.
Semuanya gara-gara mencintai seorang lelaki.Tanpa sedar Livio memicit kepalanya.Mengikut perkiraannya,Bella akan 'move on' apabila perkara ini telah lama berlalu.Ya,pristiwa yang melibatkan kisah cinta Bella sebenarnya telah lama berlalu dan Bella juga dilihatnya semakin kembali normal.
Namun,melihatkan keadaan Bella sebentar tadi,Livio yakin pasti sesuatu telah terjadi yang berkaitan dengan hal yang sama.

Sedang Livio merenung ke arah langit biru,dia tersenyum.Fikirannya singgah kepada Iman.Dia benar-benar tersentuh dengan ayat terakhir Iman semasa mereka bertemu di pasar raya tempoh hari.

"Allah know the best for her."

***

Lay menoleh ke arah Iman.Iman kelihatan nyenyak di dalam pelukannya.Perlahan-lahan,Lay menarik tangannya daripada tubuh Iman.Dia bangun,menuju ke bilik air.Lay kemudiannya membilas wajahnya.Dia meraup mukanya kasar sebelum merenung ke arah cermin.

Tap.Tap.

Lay mendengus.Di belakangnya,dia dapat melihat melalui biasan cermin,tompokan darah yang mengalir.Lay memandang kelam ke arah biasan dirinya melalui cermin.Pandangannya lesu.

Lay fikir,dengan selalu menyiapkan kerjanya pada lewat malam semuanya akan berkurang.Semuanya akan berakhir.Namun,jangkaan Lay salah. 'Benda' itu hadir lagi.

"Ahhhhh...aahh..."Terasa seperti ada bisikan di tengkuknya yang membuatkan Lay pantas menekup telinganya.Suara itu kemudiannya kembali ketawa,mengekek.

Iman menyelak rambutnya ke belakang telinga.Dia cuba untuk bangun walaupun masih dalam keadaan mamai.Iman memandang sekeliling.Rasa sejuk pendingin hawa masih mencengkam tubuhnya.
Perlahan-lahan Iman menarik telefonnya,melihat jam.

3 pagi.

Dan,perkara yang mendorong Iman untuk bangun lagi ialah Lay tiada di sisi.

"Tskk..Tskk.."

Iman terkedu.Dia mendengar bunyi tangisan.Tangisan yang mendayu.Iman kenal tangisan ini.Tangisan yang didengarinya pertama kali dia berintreaksi dengan Lay dahulu.

Perlahan-lahan,Iman turun dari katil,menuju ke arah suara tangisan tersebut.Iman menolak dedaun pintu bilik air sedikit,mengelakkan daripada kedengaran bunyi.Dari situ,Iman melihat figura Lay sedang terduduk sambil membenamkan wajahnya di lutut.Telinga Lay yang merah menandakan Lay sedang menangis.Iman mengetap bibir sambil memandang kelibat suaminya itu dengan rasa simpati.

Bohong.

Bohong sekiranya Iman menyatakan bahawa sepanjang perkahwinannya dengan Lay,dia tidak perasan tentang keadaan Lay.Keadaan Lay yang selalu tidak keruan dan menangis sendiri pada malam hari.Iman tahu,Lay sedang menghadapi sesuatu.Melalui gerak-geri Lay,Iman mengagak Lay diganggu oleh makhluk halus.Iman tidak tahu apakah puncanya memandangkan Lay tidak pernah memberitahunya mengenai hal ini.Iman yakin Lay pasti mempunyai sebab yang tidak ingin dikongsinya bersama Iman.Sewaktu Iman berjumpa dengan Gina tanpa pengetahuan Lay,Gina juga ada menyatakan tentang masalah ini terhadap Iman. Namun,melihatkan keadaan Lay yang masih berterusan begini,membuatkan Iman terdorong untuk membantu.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now