So Gut & Wed

3.9K 251 8
                                    

Hai,semua!

Lama author tak update kecuali latley ni.Biasalah kalau namanya student.Kat mana-mana sama je,busy tetap busy.

Hmm,malulah nak cakap.Sebenarnya,kalau rasa ada yang tak kena ke,tak best ke,komen ok?Kalau rasa best,share!Amacam?Haha,sorry banyak pula membebel.

Anyway,enjoy!

***

"Aku terima nikahnya Nur Iman Hadini Binti Faisal dengan mas kahwinnya 3 ribu ringgit tunai.."

Bacaan doa dialunkan lalu diamin secara berjemaah.

Sesi pembatalan air sembahyang memaksa Iman mencapai tangan lelaki di hadapannya yang kini bergelar suami yang sah.Ketika Lay menghulur tangan,Iman teragak-agak menyentuhnya.Seumur hidupnya,inilah pertama kali dia menyentuh tangan lelaki bukan mahram yang kini merupakan seorang suami.

"Looh acik,cium tangan suami tuh!"Usik Kak Lang mencetuskan tawa di kalangan tetamu.Iman mengetap bibir sebelum dia tunduk,mencium tangan Lay.Hanya tuhan yang tahu betapa berdebarnya jantungnya di saat bibir Lay menyentuh lembut dahinya.Bukan sahaja berdebar malah seram sejuk!

Pengantin kemudian diapit ke meja persandingan.Huda sebagai pengapit yang comel setia di sisi Iman sambil sekali-sekala tersenyum meleret terhadap Iman.Mengusik.

Atas permintaan Encik Hafez,majlis perkahwinan diadakan di hotel.Dia merupakan seorang ahli karporat,pastilah ingin menjaga imej.Keluarga Iman pula hanya akur,tidak kisah.Maklum sahaja,hendak bertekak pun,ayah saudara sendiri juga.Abang Encik Faisal sendiri.Janggal pula kedengaran.

Iman ingat lagi reaksi mama dan ayah ketika Lay datang bertemu bagi merisik anak dara mereka.Sudah pastilah terkejut.Sangat terkejut sehingga mama mencurigai yang bukan-bukan terhadap Iman.Katanya,adakah Iman dan Lay mempunyai hubungan secara sulit.Hampir menangis dibuatnya Iman apabila dituduh sebegitu.Mujurlah Aisya muncul,menerangkan situasi sebenar sekaligus menenangkan keadaan.

Kakak-kakaknya?Becok sangatlah.Kata Kak Ngah, "Aku pun tak nikah lagi!".Haih..memang memeningkan bila situasi seperti ini terjadi.Iman pernah terlintas, 'adakah keputusan aku merupakan keputusan yang salah?'.Namun memikirkan kesungguhan Lay berurusan dengan orang tuanya,Iman cuba juga cekalkan hati.Akhirnya,medan perbincangan dibuka,keputusan muktamad dinoktahkan.

Iman hanya akan berkahwin selepas tamat belajar seperti yang Iman pinta dan sepanjang tempoh Iman masih bujang,Kak Ngah akan melangsungkan perkahwinannya dahulu.Kak Ngah yang berkerjaya sebagai guru memang tidak ada masalah mengenai hal ini bersama tunangnya,Ustaz Daniel.Genap 2 bulan Kak Ngah bernikah,Iman akhirnya selamat diijab kabulkan hari ini.Kak Lang pula lebih selesa bergerak solo lagi.Rumit sekali,bukan?

"Iman!"Sergahan Huda mematikan lamunan Iman. "Ya Allah,mak cik.Hari nikah pun sedap termenung..ya?"Usik Huda lagi,mengembalikan Iman ke realiti.Lay yang berdiri di sebelah hanya tersenyum simpul.

Selesai menjamu selera,Iman bergerak sendirian,menuju ke suatu sudut.

"Ya Allah,Imann!Rindunya!"Seorang gadis berbaju kebaya meluru ke arah Iman lantas mendakapnya erat.Iman membalas pelukan sahabatnya itu,Anis.

"Wooit,anis!Aku pun rindu sangat-sangat dekat kau!Muaahh?"Usik Iman sambil tersengih.Anis pantas mengelak. "Eee,tolonglah.Eh,tu cerita dulu okay.Sekarang pergilah muahh suami kau,puas-puas!"Muka pantas berona merah,malu mendengar usikan sahabatnya itu.

"Woit,nenek!Sedap kau mengusik aku,kau tu,amacam?"Balas Iman sambil mencuit bahu Anis. "Aku?Rileks dululah..Enjoy!"Kata Anis mengingatkan dirinya pada dirinya yang dahulu.Sejak sekolah menengah,dia selalu memandang enteng orang yang bernikah pada usia muda,kononnya suka tapi masih belia!Sebab itu,Iman bertekad untuk bernikah lewat-lewat.Biar dia belajar dan menikmati masa bujang dahulu.Pegangan ini dikongsi bersama rakan baiknya tetapi sayangnya Iman menjadi orang pertama melanggar pegangan ini.Sekurang-kurangnya usia Iman sudah cukup matang sekarang dan Lay juga tidak keberatan sekiranya Iman meneruskan pengajian.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now