Angin berdesir,pohon kelapa melentok dibelai lembut bayu laut.Lay memejamkan matanya sambil menyandarkan kepala di batang pohon.
"Hey,kid.I want to go there.Want to join me?"Gina muncul dari belakang,sambil duduk bertinggung di sisi Lay.Tangannya diarahkan ke arah sekumpulan gadis.
Lebih tepat,sepupu-sepupu perempuannya.Lay menggeleng perlahan sambil tersenyum. "No,sis.I like it here."
Mendengar jawapan Lay,Gina mengangguk.Gadis bergaun batik berlengan pendek itu dilihatnya berjalan mendekati Qees.Lay sendiri tidak tahu sejak bila kakaknya rapat dan mesra bersama sepupu-sepupunya yang lain tetapi dia tahu perkara itu sepatutnya tidak dipersoal.Sebuah perkara positif.
Mata Lay yang menghantar batang tubuh Gina ke kawasan sana,mula dialihkan ke arah gadis-gadis itu.Janggal pula melihat perbezaan kakaknya dengan mereka.
Mereka semuanya bertudung litup manakala Gina pula bergaun menampakkan betis.'She's not there.'Bisik hati Lay perlahan.
Cahaya matahari yang galak menyinari memaksa Lay menurunkan kaca mata hitamnya.Dia kemudiannya bangkit dari tempat duduknya,menuju ke suatu arah yang lebih privasi.Sepanjang langkahnya, dia melintasi banyak pancong asing yang rata-ratanya berpakaian renang.Baik lelaki mahupun perempuan.Dia juga terpandangkan sekumpulan remaja yang sedang berseronok sesama sendiri.Lay mendengus perlahan,dia pernah menjadi salah seorang seperti mereka.
"Hye,handsome!"Seorang wanita berbikini menyapa.Lay hanya memandang sekilas sebelum terus maju melangkah,tidak menghiraukan wanita itu.
Sampai di kawasan yang agak sunyi dari kelibat manusia,Lay mengambil keputusan untuk berehat di sebuah gazebo.Bolehlah dia memeriksa emel dari pejabatnya sebentar.
Langkahnya Lay terbantut apabila matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis.Gadis itu sedang duduk di atas pasir pantai sambil memegang sebuah buku.Jemarinya yang bergerak menandakan dia sedang menulis.Mata Lay terpaku.
Iman.
"Pohon ampuhnya berdiri.."Suara kecil itu kedengaran seakan berbisik namun cukup didengari Lay.
"Butiran pasir asyik dibelai sang angin,
Lautan luas terbentang,
Langit gah memayungi,
Nikmat secebis alam,
Kurniaan Maha Agung..."Lay memasukkan tangannya ke dalam poket.Angin terus menampar wajah sekaligus menyelerakkan rambutnya.
"Namun sayang,
Manusia durjana membuat dusta,"Lay tersentak.
"Angkuhnya mereka,
Melanggar larangan Tuhan,
Berpesta hiburan,
Bergelumang dosa."Suara itu mulai serak.
"Bumi ini,
Turut menghiba,
Akan maksiat berleluasa,
Bertapak di dada..."Senyap.
"Betapa bumi ini merintih Ya Rabb,
Menangisi nasib,
Manusia-manusia berdosa
Kelak di neraka sana.."Beberapa minit berlalu,Iman berhenti bersuara.Kedengaran sebuah keluhan berat dilepaskan sebelum bukunya ditutup.Dia bangun,berpaling dengan niat ingin kembali mencari kakak-kakaknya setelah terpisah sebentar tadi.
Mata Iman terancap pada batang tubuh yang sedang leka memerhatikan ke arahnya.Timbul sedikit rasa terperanjat melihat wajah itu.Namun,melihatkan wajah tenang yang sedang merenungnya,
Iman turut diam."Nice."Tanpa sedar Lay bersuara.Spontan.
Iman menggaru rahangnya. "Apa?"Soal Iman kembali.Dia senyap-senyap memerhati keadaan sekeliling.Mahu memastikan bahawa mereka tidak berdua-duaan di situ.Terbit rasa lega apabila dia melibat kelibat manusia dari di situ.Meski sedikit jauh,sekurang-kurangnya ada.
"Your poem."Balas Lay.
Iman mengangkat keningnya. "Poem?"
Sebenarnya Iman sendiri tidak tahu apa yang dikarangnya sebentar tadi.Asalnya, dia bercadang untuk menulis puisi tetapi sekarang dia sendiri kurang pasti apabila mendengar Lay melabelkan puisi itu sebagai 'Poem'.Iman mula membuka langkah.Dia ingin segera mencari Qees.Dia tidak betah berlama-lama dengan Lay.Secara jujurnya,Iman malu apabila berhadapan dengan Lay kerana dia jarang sekali berbicara dengan mana-mana lelaki.
Iman juga diam-diam mengakui,dia merasakan degupan di pekung dada.Lay mengorak sebuah senyuman.Dia perasan,Iman sedikit kaget dengan keberadaan dirinya di situ.
Iman perasan,dia jarang melihat wajah Lay tersenyum.Kalau sekiranya jejaka itu tersenyum hanyalah sekadar adat apabila berhadapan sengan orang yang lebih tua.
Namun,di hadapannya Iman melihat lelaki itu sedang tersenyum manis, memperlihatkan keikhlasannya."Can I ask you something?"Lay bersuara lagi.Entah mengapa,apabila dia berdepan dengan Iman,terasa lancar lidahnya berbicara.
Iman berhenti melangkah.Dia berpaling sedikit sambil mengangkat tangannya, menghalang cahaya sang mentari daripada membataskan penglihatannya.
Lay hanya memerhatikan gerak-geri gadis itu.Terimbas beberapa hari yang lepas apabila dia menegur Iman.Teguran yang pertama kali yang ironinya berkisarkan perkahwinan.
"Could we have a talk...about the marriage?"
Di saat Lay menanyakan soalan itu,hanya Tuhan yang mengetahui betapa resah hati Lay menunggu reaksi Iman.Gadis itu dilihatnya hanya diam sambil merenung ke arahnya.Pandangannya tajam.
"Okay."Balas gadis itu ringkas sebelum berlalu pergi.Lay menghembus nafas, sekurang-sekurang Iman tidak menolak secara terus walaupun Lay tahu soalan itu cumalah langkah pertama yang belum memberi apa-apa jaminan.
Berbeza dengan hari ini,Lay menarik nafas seketika.Terselit rasa takut di dalam dirinya.
"Will you want to marry me?"
Mata Iman membulat.La...Lay sedang melamarnya?
***
"Seriuslahhh!!"Mulut Qees segera ditekup Iman.Dia meletakkan jari telunjuk di wajah memberi isyarat bahawa kakak-kakaknya sedang berada di bilik sebelah.
"Kenapa pulak?Kau yang nak kahwin,
mestilah kena heboh."Balas Qees.Imam menjegilkan matanya. "Mana ada.Aku belum buat keputusan lagi.Aku cuma minta masa,belum nak nikah lagi."
Sela Iman sambil menampar lembut bahu sepupunya itu."Yelah tu but still they have to know because they are your sisters.You know,
something stuffy like this."Balas Qees. "Disebabkan diorang tu kakak akulah,aku kena senyap dulu.Nanti habis dicanang sampai mama atau ayah.Dahlah 'orang' tu dekaaaat sangat!"Mimik wajah Iman memggambarkan betapa seriusnya keadaannya sekarang."Eee,tapi still tak sangka kan?Abang Haris ada hati dekat kau ea?"Qees mula menggedikkan bahunya.Iman terdiam. "Kalau kau pun cakap macam tu,aku ni?Lagilah terkejut!What the..?Entah-entah dia cuma nak kahwin je.Kitaorang cakap pon tak!"Balas Iman.
Qees berbaring sambil bermain-main dengan hujung rambutnya. "Tak payah fikir-fikir lama-lama sangatlah,Iman.Rugi tau.Abang Haris a.k.a Boy tu,hensem dia tahap bapak.Aku pun naik cemburu,tau!".Qees menampar bantal di sisinya dengan gaya gediknya.Iman menunduk lalu memeluk kedua lututnya,rapat ke dada.
"Entahlah,Qees.Aku ni dahlah biasa-biasa ja.Tak malu ke nak dijadikan isteri?"Mendatar suara Iman.Qees terus bangun dari pembaringannya.Kedua-dua pipi Iman dicubitnya. "Dengar sini,Iman. Kau tak payah merendah diri sangat boleh?Secara jujurnya,kau comel tahu tak!"Kata-kata Qees membuatkan Iman menjuih bibir. "Yalah tu."
"Tapikan..Qees..."
Iman senyap.Terasa berat untuk bertanya.
"Haris tu,solat dia ok ke?"
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...