Meeting 2

3K 150 25
                                    

Hi,semua!

Haha,author janji nak update 2 chapter semalam kan?Sorryy..I tertidur.So,I update hari ini,ok?

Anyway,enjoy!

***

"Papa!"Gina yang sedari tadi melihat segera berlari,mendapatkan kakaknya yang terduduk,tercengang dengan tamparan bapanya itu.

Dr Farah masih lagi memegang pipinya yang masih terasa ngilu.Ya,dia yang meminta ini dan dia layak mendapatkannya.

Seorang gadis berusia 19 tahun,membuat keputusan untuk lari dari rumah,mengikuti kemahuan seorang lelaki yang kononnya adalah segalanya untuknya.Lelaki yang akan berada di sampingnya tatkala dia senang dan susah.Lelaki yang berjanji akan sentiasa berada di sampingnya,mencintainya dengan setulus jiwa.

Dia mentah.Masih terlalu mentah untuk menerima kenyataan bahawa dia dan adik-adiknya ditinggalkan ibunya.Kata ibunya,dia melakukan itu untuk kebaikan mereka sebelum dia menghilang.Namun,sehingga sekarang dia masih bingung,kebaikan apa yang dimaksudkan ibunya itu,meninggalkan dia dan adik-adiknya yang masih kecil.

Saban hari dia mendengar ayah dan ibunya bertengkar,sakan menyalahkan antara satu sama lain.Dia mendengar semua itu.Berbanding dengan adik-adiknya yang masih kecil,dia yang paling terkesan kerana dia sudah memahami segalanya.Sewaktu ibunya pergi,dia baru menginjak ke alam remaja. Tanpa adanya bimbingan seorang ayah di sisi asbab terlalu sibuk membina empayar perniagaan,Farah cuba mencari ketenangannya di luar.Dia cuba untuk mengikut rentak dunia para remaja yang bergelumang dengan keseronokan.

Di situ,dia bertemu dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hati dan seluruh perasaannya.Farah tenggelam dalam kasih sayang yang diberikan yang juga ditagihnya di tempat yang salah.Lelaki itu,yang dari latar belakang orang berada,berjanji untuk setia di sampingnya hingga ke hujung nyawanya.Mereka ingin membina bahtera kebahagiaan bersama.

Farah kabur,mengikuti lelaki yang hanya dikenalinya dalam tempoh beberapa bulan itu. Oleh kerana mereka ingin bersama selamanya dengan hidup yang baharu,Farah meminta untuk diperisterikan.Kerana sejahil-jahil dia,dia tahu dia tidak boleh tinggal dengan seorang lelaki tanpa sebarang hubungan yang sah walaupun hakikatnya dia telah banyak melakukan dosa yang lain.

Lelaki itu akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Farah walaupun dia tidak kelihatan begitu sennag dengan keputusan itu.Namun,siapa sangka sikap lelaki itu berubah setelah mereka berkahwin?

Untung sahaja Farah tetap mengejar cita-citanya walaupun dia terpaksa menghadap segala sikap panas baran lelaki itu.Setidak-tidaknya dia boleh berada di mana dia berada sekarang.

Fikirnya penderitaan yang dia alami selama bergelar seorang isteri kepada lelaki itu berakhir apabila lelaki itu pergi,meninggalkan dunia ini dalam suatu kemalangan.Namun, kandungannya yang mencecah 4 bulan ketika itu membataskan hari-harinya sebagai seorang pelajar.Dan tuhan berterusan mengujinya apabila dia disahkan menghidap komplikasi jantung.Dia berusaha untuk tidak mengalah dan terus berusaha demi anaknya,agar mereka dapat hidup dengan selesa.Dia meneruskan pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah.

Di situ dia berjumpa dengan Iman,saat Orman masih bayi.Iman yang hadir dalam hidupnya tanpa disengajakan membantunya untuk terus melangkah sebagai seorang ibu tunggal.Iman membantunya untuk mengenali Tuhan.Lebih tepat kembali kepada agama.Dia belajar bertudung,belajar mengamalkan Islam di dalam kehidupannya.

Iman yang ketika itu merupakan seorang pelajar universiti tempatan di ibu kota yang mendorongnya untuk mencuba nasib dalam bidang kerjaya seorang tenaga pengajar.Dia berjaya mendapat tempat sebagai tenaga pengajar di universiti yang sama dengan Iman belajar.Semua itu telah dikecapinya dengan bersusah payah.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now