A meeting

3K 168 4
                                    

Dear readers,I would like to inform you guys that i just edited chapter one and two.Enjoy it,yeah!

Love,

author.

***

Bella melihat sekilas cermin di hadapannya.Dia tersenyum puas dengan hasil solekannya.Setelah mencapai beg tangan Longchamp kegemarannya,dia melangkah ke ruang tamu.

"Where are you going?"

Bella berpaling untuk melihat ke arah Livio yang sedang bersantai di sofa bersama sebungkus snek di tangannya.

"Somewhere.."Balas Bella acuh tidak acuh.Livio mendengus perlahan. "Everywhere can be somewhere,girl.Tell me the exact."Ujar Livio sambil menaikkan bebola matanya.

"Can you stop playing mother?I'm not going to kill myself anyway."Bella menuju ke rak kasut,mencapai kasut bertumitnya. "I'm not playing any mother since we dont even have one.Just tell me.You know that i dont want anything to happen to you,right?"Mendengar balasan Livio membuatkan Bella mengetap bibir. "Fine.I'm meeting my friends.At Buster Cafe.We promised at two.I probably take two hours.Enough,then?"Bella menjeling ke arah Livio sebelum mencapai tombol pintu.

"He dont need to bring out about mother anyway.What an idiot."Bella bergumam sendiri sambil menekan butang lif.Sebaik pintu lif terbuka,Bella terus menerjah masuk.

Lif yang dinaiki Bella kembali sunyi apabila Bella berhenti mengomel.Namun,tangannya masih ligat menghayun beg tangan bagi menceriakan kembali dirinya.Beberapa ketika lif itu terbuka,menandakan kemasukan manusia yang lain.

"Ouch.."

Bella memerhati ke arah seorang gadis yang baru memasuki perut lif.Melihat wajahnya yang sedikit berkerut,sedarlah Bella hayunan begnya tanpa sengaja melanggar gadis itu.Bella memerhati sejenak gadis bertudung litup itu.Wajah polosnya yang berkerut lantas bertukar kepada senyuman apabila mata mereka bertentangan.Bella tergumam sebentar melihat senyuman gadis itu.Lagi-lagi apabila dia sepatutnya dimarahi.

Gadis itu kelihatan sangat polos.Walaupun Bella tidak mengesan sebarang solekan tebal pada wajahnya.Comel.

"Hati-hati."Gadis itu bersuara sambil tersenyum tipis ke arah Bella.Bella berdehem sebentar sambil membetulkan postur berdirinya.Bimbang sekiranya dilabel pelik akibat merenung seseorang yang tidak dikenali.Dia juga tidak betah berpandangan lama-lama dengan orang yang tidak dikenalinya.

"Sorry."

Bella membalas pendek tanpa memandang ke arah gadis itu..Dia mengeluarkan telefonnya bagi memeriksa mesej dari rakannya.Tiba-tiba Bella menangkap bait muzik lagu I Don't Care melantun,memenuhi ruang lif.Bella menjeling ke arah gadis di sebelahnya yang kelihatan sedikit terkesima lalu terkocoh-kocoh mencapai telefonnya. 'Huh,never thought she had great taste in music.'Bisik Bella di dalam hati.

Iman mencapai telefonnya.Diam-diam dia berdecit kegeraman memikirkan Lay yang sengaja menukar ringtone telefonnya.Lay pasti ingin membalas dendam disebabkan Iman mengalihkan buku-buku Lay daripada mejanya malam tadi.

"Hello.Assalamualai..."Wajah Iman berkerut apabila percakapannya dipintas.

Bella yang sedari tadi berdiam diri,mencuri dengar.Sekiranya dia tidak ingin mencuri dengar sekali pun,dia tetap akan mendengar bait patah perkataan perempuan di sebelahnya memandangkan hanya mereka berdua berada di dalam lif sekarang.

"Iya,Iman dah keluar rumah.Give me 15 minutes."Iman sedikit memuncung. "Listen,boy.Iman dah keluar pun dari rumah.Nanti Iman call lagi sekali,ok?"Timbul rasa geram dalm hati Iman dengan soalan Lay yang bertalu-talu. "Ok then..I will wait for a while.Good boy. Waalaikumussalam.."Iman mematikan telefonnya dan serentak lif terbuka yang menjemput Iman untuk menapak keluar,menuju ke lobi kondonya.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now