Confess

2.7K 134 26
                                    

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?Hehe,thank for waiting.I have a small request.Kalau tak keberatan,author minta pembaca sekalian menghadiahkan Al-Fatihah untuk atuk author yang baru kembali ke rahmatullah.

Selain itu,terima kasih sekali lagi kerana menunggu.Kisah Iman dan Lay sudah mencapai fasa yang terkahir tetapi tidak bermakna ianya akan tamat tidak lama lagi.Hehe.

Anyway,enjoy!

***

Tangisan Hud memenuhi ruang.Iman yang kaget,pantas menepuk-nepuk punggung Hud lembut.

"Sayang,mommy ada dekat sini ok?Shhh..."Iman cuba untuk memujuk.Tangannya masih menepuk lembut punggung Hud.Iman mengerling jam pada dinding.Sudah masuk jam tengahari.Hud pasti sudah lapar setelah tidur dengan lama sedari pagi tadi.

"Imann,angkat anak tu!"Kedengaran suara Puan Wardah dari arah dapur melaung.Iman pantas membawa Hud ke dalam dakapannya.Bukannya dia tidak mahu mengendong Hud sedari awal lagi namun,dia berasa sedikit sakit di bahagian dadanya yang membuatkan dia terganggu.

Puan Wardah kemudiannya muncul dari dapur dengan botol susu di tangan.

"Ha,nah check suam ke tak."Puan Wardah menghulurkan botol susu itu kepada Iman.Iman mengambilnya sebelum dia menuang beberapa titik air susu di atas tangannya.Setelah dipastikan suhu susu yang sesuai,Iman memasukkan puting susu itu ke dalam mulut Hud.Hud pantas menghisapnya.Dengan itu,tangisannya reda.

Iman menggoyangkan sedikit tubuh Hud bagi mendodoi anak lelakinya itu.Hud kelihatan terbuai sebelum matanya kembali kuyu.

"Hahh.."Tanpa sedar Iman melepaskan sebuah keluhan halus.

Puan Wardah yang perasan melihat ke arah Iman hairan. "Haihh,mama dah tolong ni pun letih lagi?"Soal Puan Wardah tidak mahu Iman bermuram sendiri.

Iman diam sambil memandang ke arah wajah ibunya itu.

"Iman nak susukan Hud,mama."Iman bersuara sayu.Puan Wardah sedikit tersentak.Dia memandang wajah sayu Iman yang leka menatap Hud yang sedang asyik menghisap puting botol susu.

Tanpa sedar,Puan Wardah melepaskan nafas.

"Iman dah try dah apa yang doktor nasihat?"Soal Puan Wardah.Dia berasa simpati dengan anaknya itu.Dia faham perasaan seorang ibu yang mahu menyusukan anak mereka sendiri,satu anugerah bagi mengikat kasih antara ibu dan anak.

Puan Wardah datang menjenguk Iman pada hujung minggu setelah Iman dibenarkan keluar dari hospital.Namun,setelah keadaan Iman semakin pulih dia hanya datang sekali-sekala seperti sekarang,
menemani Iman sewaktu Lay ditugaskan untuk bekerja lewat malam.Maklum sahaja,dia sudah lama bercuti.

Iman memandang Puan Wardah.Dia kemudiannya memandang ke arah laci mejanya yang terletak di suatu sudut ruang tamu.

Di dalam laci itu,terdapat pam susu yang digunakan Iman setiap hari.Iman cuba mempraktiskan kaedah bagi mengeluarkan susu badan.

"Iman pam sehari 9-12 kali sehari."Ujar Iman.Puan Wardah mengangguk faham."Cuba urutan pula."Puan Wardah menyarankan sambil tersenyum nipis,cuba memberi galakan terhadap Iman.Dia dapat melihat Iman melepaskan nafas sebelum dia tersenyum kelat.

***

Lay berjalan mendekati bar kaunter lobi.

"Encik Haris,ini dia tempahan makanan untuk Encik Yusof."Pekerja yang bertugas tersenyum.Tangannya menghulurkan sebungkus beg kertas berisi makanan kepada Lay.Lay mengangguk sebelum dia mengucapkan terima kasih.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now