A Sign,postcard

3.8K 223 5
                                    

Lay membetulkan tali lehernya.Dia mencuri pandang ke arah Iman yang masih terbaring di atas katil seusai sahaja Iman membaca Al-quran selepas subuh tadi.Iman kelihatan tidak begitu bersemangat seperti hari-hari lain.Selalunya,waktu sebegini,Iman sudah siap untuk ke sekolah.

Sebenarnya Lay sendiri hairan melihat perilaku Iman sejak 2,3 hari lalu.Iman yang sentiasa ceria berubah senyap.Dia hanya akan tersenyum apabila bertentang mata dengan Lay.Tiada lagi celotehnya yang berbagai-bagai.

"Are you sick?"Soal Lay perlahan sambil berjalan mendekati sisi katil.Iman yang memejamkan mata,mencelik dengan malas.Sebuah gelengan lemah diberi sebagai respon.

"Are not you going to school?"Soal Lay lagi.

Kali ini,Iman tidak membalas.Dia kembali memejamkan matanya sebelum dia mengubah posisi baringnya sekali gus memalingkan wajahnya daripada Lay.

"Dah habis."Kedengaran suara Iman antara kedengaran atau tidak di sebalik selimut tebalnya.Lay mengangkat alisnya.Dia menjeling sebentar skrin teefonnya bagi mencongak tarikh.Ya,hari ini sudah genap 2 bulan Iman bergelar guru yang juga bermakna sudah tamatnya waktu Iman bertugas sebagai guru ganti.

"Then,I will be going."Lay mencapai beg kerjanya.Dia melihat semula ke arah Iman yang masih tidak menunjukkan sebarang respon.Lay terus menapak keluar dari kondonya.Dalam diam,terbit rasa yang meganggu ketenangan Lay.Dan Lay masih sahaja Lay,dia bingung mentafsir keadaannya sekarang lalu memilih untuk tidak mempedulikannya.

***

Iman bangun dengan malas,menuju ke dapur.Dia membuka peti sejuk sebelum dia menuangkan segelas susu untuk diminum.Secara jujurnya,Iman tidak gemar akan susu namun dia masih sahaja meneguk susu itu untuk kesihatan yang baik.Semuanya akibat pengaruh Lay yang memang mementingkan etika pemakanan.

Sesudah menghabiskan minumannya,Iman mula berkira-kira untuk membasuh pakaian memandangkan hari kelihatan sangat cerah.Beranda kondo yang mempunyai ruang kecil untuk menjemur pakaian itu menjadi tempat kegemaran Iman untuk mrngambil angin setiap kali dia ingin menjemur pakaian.

Namun,disebabkan rumah ini dilengkapi dengan mesin pengering,jarang sekali Iman berpeluang berbuat demikian.
Namun,Iman kadang- kadang sengaja tidak menggunakan kemudahan tersebut semata-mata ingin berada di beranda itu lama-lama.Tambahan pula,Iman sememangnya dididik tidak bermewah.Dari kecil,dia yang selalu menolong mama menguruskan kain baju biarpun kerap kali bergaduh dengan adik-beradiknya kerana seorang daripada mereka tidak menghulurkan bantuan sewajarnya.

Baru sahaja Iman melangkah ingin ke dobi,kedengaran bunyi telefon pintarnya memanggil.Iman kembali ke bilik bagi mendapatkannya.Mama.

"Assalamualaikum,mama..."Iman memulakan bicara.Sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan Puan Wardah.Rindu pula Iman terhadap orang tuanya.

"Acik balik tak cuti raya haji ni?Mama nak tempah ketupat banyaklah sikit kalau acik balik."Soal Mama.

"Oh..Hmm,macam mana nak cakap,ea? Acik pun tak tau lagilah.Kena tanya Haris dulu.Rasanya,Insya Allah..kalau tak ada aral.Mama tempah jelah banyak-banyak..Acik akan balik punya!Lagipun, perut Lang dengan Razeeq tu jngan buat main,ha!"Balas Iman mengundang tawa Puan Wardah.

"Ha,yalah!Teringat pulak perut diorang..Kak Long  dan Angah pun balik dengan anak-anak diorang..Ha,acik macam mana?Dah pregnant ke?"Soalan Puan Wardah nyata membuatkan Iman terkebil-kebil.

"Padulah,ma.Directnya soalan.Mama ni cliche lah mak-mak dalam cerita Melayu.Sikit-sikit tanya pasal cucu."Iman memuncung.

"Hey,kalau nak ikut drama cliche kau tu,mama dah lama kata...Teringin mama nak merasa timang cucu..Mama ni dah tua,acik..
Sorrylah,acik.Mama dah ada 2 orang cucu.You're a little bit late."Gurau Puan Wardah dibalas dengan tawa Iman.Selepas beberapa ketika bergurau,Iman memberhentikan perbualan.Puan Wardah sendiri sudah mahu berangkat keluar dari rumah.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now