Accept

3.8K 243 9
                                    

"...can you?"

"Hah?Err.."Iman menggaru telinga.Gina di hadapannya direnung.

"It's okay then."Gina menghela nafas sambil tersenyum kelat.Jus oren disedutnya.Hari ini,genap 2 bulan Iman meminta masa untuk lamaran Lay.Iman tahu dia mangambil masa yang lama tetapi dia masih bingung.Sudahnya,Gina mengajaknya berjumpa bagi pihak Lay.
Baru sebentar tadi,Gina menyatakan hasrat Lay untuk menuntut jawapannya.

"No.I will try to..."Iman diam,mencari kosa kata yang sesuai. "Give the answer..?"Ucap Iman bersama sebuah senyuman tipis.Ya,mungkin ini peluangnya untuk berterus-terang.

***

Sehelai kertas dikonyok Iman lalu dibung di hadapannya.

"Astaghfirullahalzim..."Ucap Iman perlahan.Meja belajarnya bersepah dengan kertas-kertas.Kepalanya terasa sedikit berdenyut.Ah!Fikirannya kusut memikirkan lamaran Lay.Sudahlah,esok dia perlu memghadirkan diri di tempat praktikalnya.

Iman seorang yang cemerlang di dalam pelajaran.Grednya di universiti selalu cemerlang.Namun,ini bukan membuktikan Iman seorang yang pandai.Ini bukti akan kesungguhannya menuntut ilmu.Ya,bagi Iman seorang muslim perlu mempunyai ilmu yang tinggi bagi menjaga dan melindungi agama dan bangsa.

Berpaksikan prinsipnya itu,terbit tasa gusar dalam hati Iman apabila melihat meja belajarnya yang bersepah. "No,Iman!You should balance this."Bisik Iman terhadap dirinya sendiri.Namun semakin lama helaian-helaian buku itu diselak,semakin berpinar pula matanya.

"Hah!"Iman meraup mukanya sebelum bangun,menuju ke dapur.Segelas cawan diambilnya lalu diisi dengan air.

"Woit,minum duduk kakak!"Iman berpaling.Terpamer wajah Aisya yang sedang memegang bakul baju.

"Ok.Lupa."Iman tersengih sebelum mencapai kerusi,melabuhkan duduk.Melihatkan itu,Aisya mencapai sebiji mug lalu dibancuhnya air coklat panas.Dia ikut duduk di sisi Iman.

"Macam mana praktikal?"Soal Aisya.

"Ok.Supervisor pun ok.Everything is ok." Balas Iman.

"Baguslah kalau macam tu.Sedih pulak aku bila fikir pasal ini."Aisya bersuara lagi membuatkan Iman mengangkat alis matanya. "Kenapa pula?"

"Yalah,bila kau dah praktikal,maksudnya tak lama lagi kita dah nak berpisah.Aku,kau dan Huda.Lama dah kita kawan beb."Aisya mengacau airnya.
"Alolo,kita dah berpisah ke tak,still boleh contact.Nanti kau nak kahwin,biar aku jadi pengapit!"Usik Iman walaupun hatinya turut mengiakan perkara tersebut.

"Oit,kau beranak 3 orang dulu,baru aku kahwin!"Balas Aisya diiringi gelak tawa Iman.

Senyap.

"Iman,cakap pasal benda ni...Sebenarnya aku ada sesuatu nak tanya pasal kau."Iman yang sedang meneguk air terus terbantut.Wajah Aisya direnungnya. "Pasal apa?"

"Mmm.."Aisya menggaru belakang telinga. "Kau..ada rahsiakan sesuatu ke?"Soalan Aisya menimbulkan kerutan di dahi Iman. "Lailahaillah..Rahsia apa?"Iman meletakkan cawannya di atas meja.Aisya hanya tersenyum tawar. "Tak..Maksud aku,ada apa-apa yang dah berlaku ke?Sebabnya,kebelakangan ni kau nampak macam kusut sangat."Soal Aisya lagi.

Iman terdiam,memang sejak akhir-akhir ini dia sangat kusut namun dia selalu cuba menyembunyikan kegusaran itu daripada rakan serumahnya.Seboleh-bolehnya Iman tidak mahu membebankan mereka dengan masalahnya.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu?Alhamdulillah,aku ok je ni."Balas Iman.

"See?You're hiding something.Aku minta maaf kalau kau rasa aku menyibuk tapi kalau kau ingat Iman...There's no secret between us..?Lagipun,aku dan Huda masih risau lagi tau keadaan kau lepas je kau balik hempas pintu hari tu."Iman buat sekian kalinya terdiam.Tidak disangkanya,sahabatnya masih ingat tentang pristiwa itu.

"It's just something..unpleasant?"

Iman tersengih,menduga reaksi Aisya. "Go on.No secret!"Jari telunjuk diangkat tanda amaran kepada Iman.Iman menghela nafas,mengalah.

Ya,seperti yang dijangka reaksi Aisya sangat terkejut. "Kahwinnn?Oh gosh!" Aisya ketawa,sarkastik.Iman hanya memuncung. "Aku tak bergurau.It's Lay!The one that i have my crush on."

"So,kalau kau pun dah ada crush dekat dia,what are you hesitating for?"Aisya menghirup sedikit minuman coklatnya. "It's not that easy."Iman menghela nafasnya sebelum matanya tepat merenung wajah Aisya,mengharapkan empati. "Okay,then what?"Aisya membalas.

"Aku tak berniat nak buka aib sesiapa tapi something..about..hmm?"Iman mengetap bibir. "Religion matters."Sambung Iman lagi membuatkan mata Aisya terbuntang.

"Gaya kau cakap tu seolah-olah dia tu tak seagama dengan kita.Tak baik!"Garang wajah Aisya. "No!I didn't meant it.You are the one who got it other way!"Iman turut tidak mengaku kalah. "No..Apa aku nak cakap..Aku nak seorang suami yang dapat bimbing aku di dunia dan di akhirat,faham?"Iman membulatkan matanya membuatkan Aisya menghela nafas.

"Iman..kita semua sebagai manusia semua tak sempurna..Selagi mana kita bergelar seorang manusia,we surely have our lacks.Itu sebabnya,kita perlu berpaut. Berpaut pada IMAN kita agar kita dapat menuju ke arah yang benar yakni redhaNya,hmm?"Halus bicara Aisya membuatkan Iman tersentak.

Ya,Iman seakan-akan terpukul dengan kata-kata Aisya.Terdetik di hatinya, 'Adakah aku terlalu angkuh?Merasa diri suci bak bidadari?Sehingga aku tega memandang yang lain hitam kotor walhal diri sendiri juga belum terjamin neraka,syurganya?'

"One more Iman..Perkara penting yang aku rasa kau sendiri pun tak sedar..?"Aisya mengangkat alis matanya sambil tersenyum sumbing. "Apa?"Iman bingung.Hilang sudah wataknya yang petah berhujah ketika ini.Iman kini ibarat anak kecil yang hanya menunggu arahan daripada seorang ibu.

"Kalau kau betul nak pertahankan hujah kau tadi,kenapa dari awal lagi kau tak reject je dia terus?"Senyuman Aisya semakin meleret.Mata Iman mula terkedip-kedip.Sesaat kemudian pipinya mula terasa bahang.Debaran mula dirasai di dada.Melihatkan reaksi Iman,Aisya menghamburkan tawa.

"Because you already developed your love inside there."Mendengar kata-kata Aisya,Iman pantas melekapkan tapak tangannya di dada.

"Whatever,istikharah still the best choice."

***
Lay menghela nafas.Sebuah fail diletakkan di atas meja disertai sebuah keluhan berat.Tali lehernya dilonggarkan.

"Hey,Haris.Would you want to join us?"Sapa Liza.Lay mendongak memerhatikan rakan sekerjanya yang sudah bersiap untuk makan malam bersama.Maklum sahaja,kerja yang bertimbun memaksa mereka semua untuk bekerja lebih masa.Lebih-lebih seorang pekerja baru sepertinya.

"No,thanks."Lay membalas dengan senyuman kelat.Liza mengangguk sebelum mengucapkan salam perpisahan lalu berjalan beriringan bersama rakan-rakannya yang lain.

Lay mula berjalan keluar daripada bangunan syarikatnya sambil menghela nafas keletihan.Kerjaya sebagai seorang jurutera memang bukan sesuatu yang mudah.Walau bagaimanapun Lay sedar bahawa tidak ada yang mudah di dunia ini.Oleh itu,dia perlu mengharungi semuanya dengan cekal.

Selepas menaiki LRT ke KL Sentral,Lay singgah sebentar di sebuah kedai makan.Usai membungkus makanan,dia berjalan kaki ke kondonya.Di rumah,seperti biasa.Hanya kesunyian yang menyambutnya.Pastinya,Encik Hafez sibuk dengan kerjayanya sementelah Gina lebih gemar bermalam di hostel universiti.Gina kerap juga pulang namun memandangkan dia sedang menghadapi peperikasaan,dia tidak lagi selalu pulang.

Usai membersihkan diri,dia mencapai sejadah.Secara jujurnya,dia baru merangkak belajar mengenal tuhan.Sebelum ini,hidupnya hanya untuk berfoya-foya.Namun,dia bertekad.Biarlah perit,dia akan cuba berubah.

Ting!

Lay yang baru membuka bungkusan nasi goreng Pattaya segera terbantut niatnya.Telefon pintarnya dicapai untuk diperiksa mesej yang masuk.

Uknown number.

Lay jadi malas membuka mesej tersebut.Namun,malas-malas dia membuka juga kotak mesej itu.Membaca mesej itu,Lay tersedak.Air segera dicapai.Mesej itu dibacanya sekali lagi.Matanya membulat.

'Saya terima'-Iman.





Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now