Talk

3.2K 248 5
                                    

Iman melangkah laju.Nafasnya tercungap-cungap.Sesekali,dia menoleh ke belakang.

"Imaann!"Laung seseorang mengundang tawa Iman.Dilihatnya Qees turut nenahan nafas,tercungap-cungap.Beberapa ketika Qess kembali berlari ke arahnya sebelum sebuah cubitan menyengat tepat hinggap di lengannya.

"Awww..Sakitlah,mak cik!"Aduh Iman perlahan.Dia cuba mengawal suaranya daripada menjadi perhatian di ruang lobi resort itu.Tidak manis pula dilihat nanti.

Qees menjeling Iman sambil mencebik. "Padan muka.Ada hati nak usik aku dengan tukang sapu bangla itu!"Mendengar kata-kata Qees,Iman ketawa lagi. "Kau kan cantik.
Apa salahnya si bangla tu kerling dekat kau."Usik Iman lagi walhal jika berada di tempat Qees,pasti sahaja dia mengamuk apabila dikerling bersama senyuman miang oleh si bangla itu.Bukan sahaja bangla tadi,malah mana-mana lelaki yang mencari pasal.

Iman berjalan beriringan dengan Qees,
menuju ke ruang makan resort bagi bersarapan.Kedengaran bunyi sudu berlaga apabila mereka menapak masuk.

"Acik,Qees,lambat sampai."Tegur Kak long.Iman tersengih sementara Qees menjeling ke arahnya. "Iman ni,kak long! Ada ke patut dia suruh Qees melayan bangla miang mana entah!"Adu Qees.

"Iman tak suruh..Iman cadang je.Mana tahulah,Qees boleh sangkutkan?"Kata-kata Iman mengundang tawa bukan sahaja kak long tetapi juga Gina yang berada di meja bersebelahan mereka.

Melihat sahaja figura Gina,Iman senyap.
Dia kemudiannya menunduk.Sejak mereka berjumpa secara 'rahsia' tempoh hari,Iman sememangnya lebih memilih untuk mengelak daripada Gina.

"So,where are we going today?"Soal Gina sambil tersenyum,mencuri semua
tumpuan ahli keluarga.Encik Faisal mengangkat kening, "Pak Usu dengan ayah kamu dah bincang tadi.Kita pergi naik Skycab hari ini,boleh?"Balas Encik Faisal menerima anggukan semua orang.

Sebenarnya terselit sedikit rasa janggal dalam diri Iman apabila melihat Gina yang agak ramah.Maklum sahaja,Gina sebelum ini tidak banyak bersuara.
Lagipun,jika difikirkan semula,Iman lebih gemar bercuti dengan keluarganya sahaja.Tidak perlu dia tersepit di dalam kejanggalan dengan sepupunya itu.
Ya,sepupunya,Lay.

Selepas mereka siap bersarapan,Iman terus berlari mendapatkan kereta kak long. "Yang ni apasal lari-lari?Dah kena kejar dengan siapa?"Soal kak lang.Iman sekadar tersengih walhal dia hendak memastikan dirinya tidak perlu menumpang kereta Pak Ngah Hafez.

Merasai angin segar dari kawasan pergunungan bukit Machinchang ini cukup untuk membahagiakan Iman.
Angin sejuk yang lembut menampar mukanya jelas dinikmati penuh syukur.
Segala puji bagiMu,tuhan pencipta sekalian alam.Sempat juga Iman berfoto sakan dengan Qees dan kakak-kakaknya.

Turun sahaja dari Skycab,Qees mengajak Iman menemaninya bagi mencari cenderahati buat rakan-rakannya.Iman hanya mengekor memandangkan dia tidak bercadang hendak membeli-belah di kawasan tersebut kerana harganya nyata jauh lebih tinggi berbanding tempat lain.Maklum sahaja,kawasan pelancongan utama.

"Comel tak?"Tanya Qees sambil menayangkan sebuah mug yang terukir tulisan 'Langkawi'.Iman mengangguk.
Sebelum sempat dia memberi sebarang komen,kedengaran bunyi nyaring dari dalam beg sandangnya.

"Helo,assalamualaikum.."Iman memulakan bicara sejurus dia menerima panggilan tersebut.

"Oh my god,this is Ormy who is calling me right now."Tawa halus Iman kedengaran.

"Hey,I'm sorry.This is me,Livio.Remember me?"Suara di hujung talian membalas serta-merta menghilangkan tawa Iman.

"Livio?Why are you calli...!!!"Iman yang sedang berjalan santai tanpa sengaja melanggar sebuah bekas seramik.Bekas itu bergoyang kuat sebelum jatuh daripada paranya.Iman cuba menangkap namun ada tangan yang terlebih dahulu menyambutnya.

Iman menarik nafas lega sebelum dia memalingkan wajahnya,memerhati gerangan manusia yang sudi membantu dirinya menyambut bekas seramik tersebut.

"Abang Haris?"

Beberapa saat,mata lelaki itu terancap di wajah polos Iman.

"Iman?Are you alright?"Suara Livio kedengaran dari telefon
pintarnya.Serentak Lay memalingkan wajah,berjalan bertentangan dengan Iman.

"Oh,ya!I'm okay.Just a little problem."
Iman membetulkan kedudukan telefonnya.Namun,matanya tidak lepas memerhatikan bayang Lay yang mula menjauhi.

"I'm sorry again for calling you so sudden."Livio berbicara lagi. "Yeah,it's okay but can you tell me why are you calling?Did something happen?".Riak wajah Iman mula gusar.

"Oh,no.It's Orman,he got a fever and he want to talk with you."

Wajah gusar Iman kian berkerut.

"Sister?"Comel sekali suara itu memanggil. "Yes,baby.You got a fever,
hmm?"

"Sister,please come..Uncle did burn my bread just now.Also,I dont want to eat such plain pasta again..."Mata Iman mengecil,dia menahan rasa geli hati dalam dirinya. "Oh my god.Poor my baby.
Don't worry,I will come later okay?Just remember to eat well."Sekali lagi Iman menahan tawanya apabila kedengaran suara tidak puas hati Livio yang cuba menarik telefon dari tangan Orman.

Setelah menamatkan panggilan,mata Iman meliar mencari kelibat Qees.Melihat kelibat Qees yang tidak dapat dikenal pasti,Iman mengalihkan pula pandangannya kepada Lay.Lay dilihatnya sedang berjalan berseorangan berdekatan dengan Gina.

Iman mula membuka langkah mendekati Lay.Ya,dia mahu berterima kasih atas pertolongan lelaki itu tadi.

"Err..Abang Hari..s."Ucapan Iman terhenti sejurus lelaki itu secara tiba-tiba berpaling,bertentangan dengan Iman.
Wajah jejaka itu juga kelihatan sedikit terkejut,mungkin tidak sedar akan kehadiran Iman di belakangnya.

"Ermm,saya nak cakap terima kasih tolong sambut bekas kaca tadi.Kalau tak habislah duit saya,nak bayar ganti rugi bagai."Iman mengukir sebuah senyuman.

Lay kaku.Dia ingin bersuara namun entah kenapa,hatinya tidak bertindak seiring akalnya.Dia hanya memerhatikan wajah gadis itu.

Imam berdecit di dalam hati. 'Ni apa kes tenung-tenung aku?'Timbul rasa tidak enak di dalam hati Iman. "Err,saya pergi cari mama..Err Razeeq dulu!"Iman mula mencari alasan untuk beredar.Tidak betah di situ lama-lama.

Sedang Iman berjalan,menjauhi Lay,dia ternampak kelibat Qees yang sedang melambai ke arahnya.Iman mempercepatkan langkahnya.

"Wait.."

Langkah Iman mati.

"Could we have a talk about...the marriage?"

Iman berpaling,mencari wajah Lay.Wajah itu sedang memandangnya,penuh mengharap.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now