Hai,salam dari author.Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca buku ni,silalah bersabar ya?Buat permulaan memangla hambar sikit.Sorry!
***
Lay bangun dari pembaringannya.
Perlahan-lahan langkah diatur ke arah langsir biliknya.Cahaya galak menembusi biliknya sebaik sahaja langsir ditarik.Terpampang luas pemandangan kota Kuala Lumpur di hadapannya.Kondonya yang terletak di tengah-tengah kota itu membolehkan Lay merenung ke arah menara berkembar kebanggaan rakyat Malaysia itu.Rasa sejuk yang mencengkam susuk tubuhnya membuatkan Lay menuju ke arah almarinya.Sehelai kemeja putih dicapai lalu disarung ke tubuhnya.Dia menapak keluar dari bilik menuju ke dapur.Segelas air susu dituang lalu diteguknya.
"Morning."
Suara garau menyapanya.Lay sekadar mengangkat kening sambil menjeling sekilas ke arah ayahnya.Encik Hafez dilihat sedang membutangkan lengan baju kemejanya. "Where are you going?"Soal Lay sambil meletakkan gelas kosong ke atas meja.Jarang sekali dia melihat ayahnya ke mana-mana pada hari minggu.Lebih-lebih lagi dengan lengkap berpakaian sut.
"Attend my friend's wedding.."
Jawapan Encik Hafez membantutkan pergerakan Lay.Dia merenung ke arah ayahnya. "I am about to get a grandchild while he's busy with a wedding.It's funny,right?"Lelaki separa umur itu kelihatan berpura-pura tidak perasan akan renungan Lay yang sukar dimaknai.
Lay menghela nafas.
"Don't go if you don't want to."Encik Hafez tersenyum nipis.
"Why?Are you afraid that I'm going to get myself a girlfriend?"Lawak yang dibuat ayahnya membuatkan Lay menghentak sedikit gelasnya.
Spontan.
Lay juga tidak tahu mengapa mindanya seakan berhenti berputar buat seketika.Jawapan Encik Hafez tidak kedengaran lucu namun telah berjaya menambahkan retak di lubuk hatinya.
"Hey,bud."Tegur Encik Hafez.Dia sama sekali tidak menyangka Lay akan memberikan respon sedemikian.
Lay melepaskan nafas.Berat.
Sungguh.Sesaat kemudian dia berpaling ke arah ayahnya dengan wajah bersahaja.Dia tidak mahu memperlihat kelemahannya.Tidak lagi.Cukuplah dia tersiksa sewaktu konflik Encik Hafez dan ibunya dahulu membadai.
"Just go then."Katanya sebelum melangkah masuk ke biliknya.
Lay mendengar bunyi hentakan pintu yang memberi maksud ayahnya sudah pergi.Tidak lagi di rumah, meninggalkan Lay keseorangan.
Sambil berbaring,Lay merenung syiling biliknya.Syiling putih itu seakan berputar membuatkan kepala Lay terasa sedikit berdenyut.Dia bangun menuju je arah balkoni.Angin kota lembut menyapa wajahnya.
Arrghhhhhhh!
Mata Lay membulat.Dia berpaling ke ke belakangnya,mencari arah dari mana datangnya suara itu. Serentak,kedengaran pula bunyi titisan cecair meleleh.Cecair bewarna merah pekat.Setitis demi titis jatuh menghiasi lantai.Lay berundur beberapa tapak.
Jantungnya mula berdegup kencang,sebelum nafasnya turun naik.Badannya mula basah dek peluh yang membasahi.Matanya meliar mencari dari mana arah puncanya datang darah itu.Namun,yang dilihatnya cuma darah yang semakin mengalir,membasahi lantai balkoni.Kepala Lay terasa berpinar membuatkan Lay jatuh terduduk. Jeritan mula kedengaran nyaring seakan-akan si empunya suara itu melaung di tepi telinganya.
"Aaaaahhhhhh!"Lay menekup telinganya.Titisan darah mula merebak,mengalir hingga ke tempat Lay terduduk.Kelam,dunia Lay semakin kelam.
***
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...