Iman tersenyum sambil menyeka air hangat yang mengalir dari tubir matanya.Bacaan doa yang dibaca pengantin lelaki diaminkan.
"Tahniah!"Iman menyeringai sambil bangun,meluru ke arah Kak Long.Kak Long yang kelihatan anggun berbusana serba putih mendepa tangan,menyambut pelukan Iman.
"Huu,long.Hang dah jadi isteri orang..."Bisik Iman sambil menayangkan mimik mukanya yang pastinya sangat sayu kelihatan menerima sekehan Kak Long. "Hey,janganlah menangis!"Sergah Kak Long waima hati sendiri sudah terbit rasa sayu.
"Hey,acik!Jangan nak drama sangatlah,tetamu dok tengok tuh!"Kak Lang menampar lembut bahu Iman membuatkan gadis itu akur,
merungkaikan pelukannya terhadap Kak Long.Kak Long dengan ayu berjalan mendekati pengantin lelaki yang sekarang sudah menjadi abang iparnya,Abang Sufian.Terkejut bukan?Tiba-tiba sahaja kak long hendak kahwin.Bila disoal,katanya,
"Dah orang masuk meminang.Calonnya pula dah ok,kita terima sahajalah."
Iman mencebik apabila mendengar jawapan ini.Konon,padahal Abang Sufian itu merupakan senior kak long di universiti.Jodoh katakan,bertemu pula di tempat kerja.Mereka tidaklah bercinta, Abang Sufian lebih strategik.Dia terus masuk meminang selepas berkenalan sebagai seorang rakan sekerja.
Kan,senang kalau serius?Iman terus berginjak ke dapur.Di sana,kelihatan ramai sanak-saudara sedang duduk bersantai sambil menjamu selera.Maklum sahaja,perkhidmatan makanan hanya ditempah jadi tidak perlulah mereka bersusah-payah memasak.
"Iman,mari makan sekali!"Panggil Mak Cik Yah yang sedang menjamu selera bersama anak perempuannya,Ikha.Ikha malu-malu menghadiahkan senyuman ke arah Iman.Iman membalas senyuman gadis itu.Mereka merupakan jiran keluarga Iman.
"Tak apa,mak cik makanlah dulu.Iman nak ke luar sekejap.Tambahlah lagi lauk, mak cik.Jangan malu-malu."
Iman sempat memerhatikan sekilas wajah Ikha.Gadis itu memang pemalu.
Sepanjang berjiran,jarang rasanya mereka berintreaksi.Namun,Iman suka melihat tingkah laku Ikha.Raut wajahnya pula sangat lembut.Cantik.Kalau sahaja Iman mempunyai abang,pastinya dikenalkan mereka.Harapkan Razeeq yang tidak matang itu,huh.Di ruang tamu,Iman terserempak dengan mama. "Acik,tolong panggilkan Razeeq.Mama nak suruh dia angkatkan tray ni."Iman mengangguk sambil melihat ke arah dulang berisi kuih-muih itu.
"Iman!"Panggil Qees sebaik sahaja Iman menapak keluar.Disebabkan suara Qees yang agak nyaring,beberapa orang tetamu turut berpaling ke arah Iman. "Suara kau tu,tak boleh kuat lagi ke?"Sela Iman sambil menampar lembut lengan Qees.Qees hanya menyeringai.
"Jomlah makan sekali,aku lapar."Ajak Qees.Iman mengangguk. "Yalah tapi tunggu sekejap.Aku nak panggil Razeeq."Kata Iman sambil matanya tak lepas daripada mencari kelibat Razeeq.Maklum sahaja,kenduri kahwin pastilah ramai tetamu.Sempat juga Iman menjeling melihat Kak Long yang malu-malu mengekor suaminya bertemu rakan-rakan yang lain.
"Alah..Lepas ni aku nak melantak ramen dengan siapa?Ketua kawasan tak ada..."
Bisik Iman,perlahan.Dia tahu dia sepatutnya bergembira di atas pernikahan kakak sulungnya itu.Namun, naluri seorang adik berat mengatakannya.Kelibat Razeeq ditangkap kornea Iman.
Agak lama juga Iman mengambil masa untuk mencari jejaka ini.Rupa-rupanya ada di belakang rumah.Membantu pekerja-pekerja katering mengganti pinggan.Haila..adik siapalah rajin sangat ini?"Raz..eee....q!"
Plak!
Bergoyang meja yang tersusun pinggan di atasnya.Iman yang berpaut pada meja itu, hanya mampu menarik nafas lalu menghelanya.Lega.
"Ah,macam manalah boleh tersalah langkah?"Rungut Iman sambil menggosok kawasan buku lalinya yang terlanggar dengan meja.Namun belum sempat dia berbuat demikian,terasa ada tangan yang menahannya.Perlahan-lahan Iman menoleh.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...