Hi readers sekalian!
It have been a while,right?I hope you guys in a good health always.
I think I should state some things about my writing.Firstly,terdapat banyak kesalahan dari segi ejaan dan mungkin grammar.Author mohon maaf atas kesilapan-kesilapan tersebut.I'm typing fast so sometimes I overlooked it.
Second,sebenarnya karya Author,Can I Love You,Cousin ini author mula tanpa perancangan dan penelitian rapi kerana author sendiri tak sangka ramai yang berminat dengan kisah ini.Jadi,author berusaha mencapai standard karya yang baik.Walaupun tanpa rangka dan pelan yang rapi,sebenarnya kisah ini sangat berkait dari mula hingga akhir.Mungkin ada yang tidak perasan tetapi sekecil-kecil maklumat dari chapter awal ada perkaitannya hingga akhir.Maaf author terpaksa maklumkan kerana terdapat banyak persoalan tentang watak-watak yang muncul.
Akhir sekali,Author mengucapkan terima kasih kepada kalian yang berminat dan suka dengan karya author ini.Terima kasih kerana menyokong author yang masih mentah dalam penulisan ini.
Anyway,enjoy!
***
Puan Wardah menghela nafas.Dia kemudiannya duduk di atas sofa ruang tamu bagi melepaskan lelah.
"Haih,War.Rajin pula mengemas bagai siang-siang bagai ni.Apa cerita?"Encik Faisal yang baru menapak masuk dari luar rumah melihat sekilas ke arah Puan Wardah yang sedang melepaskan lelah di ruang tamu dengan penyapu masih di tangan.
"Suka hati sayalah nak mengemas ke apa.Ha,masa orang tak buat dia kata malas,dah rajin pun ada masalah jugak ka?"Puan Wardah menjeling ke arah suaminya.Encik Faisal kemudian tertawa kecil.
"Amboih.Kita tanya ja.Tak kata pun salah."Encik Faisal hanya tersenyum melihat ke arah Puan Wardah yang masih mencerlungkan mata ke arahnya.
"Yalah,selalu budak-budak tu nak balik,barulah awak nak kemas.Itu yang saya tanya.Kotlah,diorang nak balik?"Encik Faisal cuba memberi logik soalannya.Dilihatnya raut wajah Puan Wardah sedikit reda mendengar itu.
"Hmm,bukan musim raya,manalah nak balik budak-budak ni.Tapi tak tahulah,Along kata kalau dia tak sibuk,dia balik hujung minggu ni."Jawab Puan Wardah menerima anggukan Encik Faisal.
"Acik?"Soalnya lagi.
Puan Wardah yang baru ingin kembali menyambung aktivitinya terhenti seketika.
"Iman,tak tahulah War.Haih..Risau jugak War fikirkan dia.Last War pergi rumah,dia tu banyak sangat fikir.Tak boleh susukan anak,dah merambu air mata.Si Haris tu pula overtime memanjang."Puan Wardah mengerutkan dahinya sambil tangannya ligat mencapai penyapu.Lantai rumah kemudian disapunya.
"Awak ni.Apa cakap macam tu.Mestilah Haris sibuk,dia cuti berapa lama.Kalau abang ada dekat tempat dia,abang pun tak boleh bayang.Waktu Iman sakit,dialah yang uruskan rumah,anak baru lahir.Awak ingat orang lelaki ni senang ke nak terbiasa dengan bab-bab ni?"Bebel Encik Faisal menyebabkan Puan Wardah terdiam,mengakui kesalahannya dalam bertutur.
Benar,Lay bekerja keras di saat Iman memerlukan.Puan Wardah akui pengorbanan dan usaha Lay sewaktu Iman tidak sedarkan diri.Dia sendiri menyaksikan bagaimana Lay mengabaikan dirinya demi menguruskan Hud,Iman dan kerja pejabatnya.Puan Wardah diam-diam mengagumi perbuatan menantunya itu.
Pak.
Sesuatu yang jatuh dari almari bersebelahan dengan tempat yang disapunya mematikan lamunan Puan Wardah.Puan Wardah membongkok bagi mencapai objek yang terjatuh itu.
Sebuah bingkai gambar.
"Apa yang jatuh,War?Awak ni,ada je nak jatuhkan benda."Encik Faisal datang menapak mendekati Puan Wardah yang sedang membelek bingkai itu bagi memeriksa sekiranya terdapat kerosakan.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
عاطفية"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...