Senyum

4K 255 1
                                    

Hai,,sebelum author update..satu je yang nak dipesan,sesiapa yang berminat dengan cerita ini,sila bersabar ok?Sebabnya,chapter mendatang,pasti akan lebih menarik.

Ok?

***

"Mari."

Encik Hafez tersenyum.Iman yang berada di belakang segera menuruti. Dengan berhati-hati,dia melangkah menuruni papan bot.Dia sedaya upaya cuba mengimbangi badannya. Apabila Encik Hafez menghulurkan tangan ingin membantu,dia menolak lembut.Encik Hafez merupakan bapa saudara Iman,mestilah dia perlu menjaga perasaannya.

Bukanlah Iman bermaksud hendak berlagak tetapi dia lebih selesa malakukannya sendiri.Lagipun,masa yang berlalu dan jarak yang jauh antara mereka menjadikan Iman tumbuh janggal bersama bapa saudaranya sendiri.

Menjejakkan sahaja kakinya ke tanah berpasir itu,Iman berpaling semula ke arah laut terbentang di belakangnya.
Angin pantai yang menampar lembut wajahnya dinikmati sambil Iman memejamkan mata buat beberapa ketika. 'Subhanallah..'Kalimah zikir meniti di bibir Iman.

Firman tuhan di dalam kitab sucinya yang bermaksud,

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
-Kahfi (109) -

Katakanlah, "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."

"Acik,Cepatlah!"Laung Darina dari jauh.Iman segera belari anak menuju ke arah kak ngahnya.

Hari ini,Pak Ngah mengajak mereka bersiar-siar memandangkan dia sudah lama tidak pulang ke Pulau Pinang.Pada asalnya mereka hendak Georgtown.Namun disebabkan musim cuti yang berlangsung,jalan raya sangat sesak.Jadi mereka mengubah rancangan.Mereka menuju ke Tanjung Dawai.Nak ke sini,perlu menaiki bot dari Pantai Merdeka.

Haaa,inilah syurga buat para peminat mi udang.Iman tidaklah terlalu meminati hidangan ini tetapi kalau sudah lapar apa nak dikata?

"Menu istimewa di sini,Nasi Goreng Udang,Mi Goreng udang dan Mi Kuah Udang.Kalau nak lagi best order semua."Beritahu pekerja lelaki warung itu sambil membetulkan topinya dengan ramah.

"Adik manis ni,mau order?"Tegur pelayan itu terhadap Iman.Iman hanya tersenyum sumbing,biasalah pekerja kalau mahu mengambil hati pelanggan.Iman memesan semangkuk mi kuah.Yang lain itu,biarlah dia 'cubit-cubit' daripada pinggan kakak-kakaknya sahaja.

Sedang semua ahli keluarganya menunggu pesanan sambil berbual-bual,Iman melontarkan pandangan ke luar warung.Warung ini merupakan kedai makan yang paling 'lagend' di kawasan ini.Ha,jangan main-main walaupun sekadar warung.

"Tanjung Dawai..."Bisik Iman perlahan.Nama daerah yang terletak di negeri Kedah ini sangat unik bagi Iman.Dari Pulau Pinang,mereka melalui kawasan Penaga untuk sampai ke sini.

Heh,Penaga,sebuah kawasan bersejarah yang dilupai.Malah disisih,terhapus sudah dari sumber sejarah.Walhal bersumberkan banyak kajian swasta ataupun beberapa institusi pendidikan,tempat ini nyata merupakan sumbu kekuatan masyarakat Melayu.Tempat di mana wujudnya markas manusia-manusia gagah mempertahankan watan tercinta.Mungkin,di mata sejarah umum,orang kita kalah pada tangan penjajah,namun sebuah hakikat yang pasti,telah banyak darah dan keris yang dihunus demi watan ini.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now