Hai,asslamualaikum.First of all,I'm sorry because I didn't update recently.Knowing that there are people who wait for the next chapter,I could not help but to smile like an idiot.I will appreciate it if you guys would like to comment or voice your opinion.
Anyway,enjoy!***
Iman membuka ketuhar dengan perlahan-lahan.Bau enak kek yang sudah masak meruap-ruap keluar dari ketuhar,membuatkan Iman tersenyum sendiri.
Iman mengeluarkan kek tersebut sebelum dipotongnya cermat lalu dibawa piring tersebut ke ruang tamu.
"Boy..?"Iman meliarkan matanya ke seluruh ruang tamu.Kelibat Lay tidak kelihatan di mana-mana memaksa Iman menapak ke dalam bilik mereka.Kelibat suaminya itu masih tidak kelihatan.Iman memuncung sendiri apabila dia baru sahaja teringat bahawa Lay ada menyapanya di dapur tadi.Katanya,dia perlu keluar sebentar.Iman melepaskan nafas sebelum dia berjalan mendekati meja kerja Lay.Laptop Lay yang masih terpasang menandakan bahawa dia keluar dalam keadaan tergesa-gesa.Iman menghela nafas lalu dia menatap skrin laptop Lay untuk memastikan tiada dokumen penting tidak tersimpan supaya Iman dapat mematikan laptopnya.
Selalunya apabila Iman tersedar pada lewat malam dan mendapati Lay meninggalkan laptop terpasang,itulah yang sering dilakukan Iman.Memandangkan Lay tidak menyatakan bantahan atas perbuatan Iman,Iman tidak kisah sekiranya Lay tidak memberi keizinan untuk menyentuh barang pribadinya.
Namun,baru sahaja Iman ingin berbuat demikian,matanya terancap di skrin laptop Lay."Tiket flight online?"Iman menyentuh alisnya.Dia pantas memeriksa lokasi tiket tersebut.Sekali lagi Iman menggaru lembut alisnya.Tiket itu berlokasi ke Kobe,Jepun.Sebuah tempat yang begitu sebati dengan Iman.Juga sebuah tempat di mana,Iman belajar memaknai kehidupan.Di situ,Iman belajar memghargai dan mencintai seorang insan.
Iman kembali ke dapur setelah Iman bercadang untuk tidak mengusik laptop Lay kali ini.Dia menghabiskan potongan kek yang dikeluarkan dari ketuhar sebentar tadi.Seketika Iman mendengar deringan telefonnya berbunyi.Pantas Iman mencapainya. Dia melihat gerangan empunya nama yang membuat panggilan.Boy.
"Hello?Assalamualaikum."Iman memulakan bicara. "Hah?"Iman mengerutkan dahinya.
***
Syad tersenyum apabila dia melihat kelibat Iman menatang dulang berisi minuman menghampiri. "Let me help you."Syad pantas berdiri mendekati Iman bagi mengambil dulang minuman.
Iman cuba mengelak sambil tersenyum. "No,it's okay.I can do it.".Syad tidak kelihatan seperti mempedulikan kata-kata Iman sebaliknya dia tetap mengambil dulang itu daripada Iman.Iman terpaksa mengalah.Perlahan-lahan Iman begerak ke sofa lalu duduk di sisi Lay.
Di hadapannya,terdapat dua jejaka yang tampan sedang merenung ke arahnya yang membuatkan Iman serba tidak keruan.Jejaka-jejaka itu merupakan Syad dan Ben,sahabat-sahabat baik Lay.
"So,how's life,bro?"Soal Ben memecah kesunyian.Dia mencapai gelas minuman di hadapannya. "Good."Balas Lay ringkas.Iman cuma menyimpul senyum.
"You make it?"Soal suatu lain yang datang daripada gadis yang duduk di hujung sekali di antara mereka sambil menunding jari ke arah piring kek.Ya,Iman perasan akan kehadirannya dan Iman masih ingat gerangan nama gadis itu,Lydia.Iman mengangguk, "Yeah,I just baked it just now."Balas Iman disambut tawa Syad. "Jadi kitaorang datang ni ontimelah!Lucky man,Lay!You have a good wife."Balas Syad menerima senyuman Iman.
"So,how come you guys are here?"Soal Lay mengembalikan tumpuan semua orang.Iman turut tertarik untuk mengetahui memandangkan dia menerima panggilan daripada Lay sebentar tadi yang menyatakan bahawa Lay sedang menuju ke lapangan terbang bagi menjemput rakan-rakannya.Melihat kepada raut wajah Ben,Iman yakin dia bukanlah orang tempatan.Melihat kepada kulitnya pula,Iman mengagak bahawa Ben berasal dari Australia.Lydia pula ialah wanita berbangsa cina yang berasal dari Malaysia.
YOU ARE READING
Can I love you,cousin?
Romance"Pissed off.Really,you know!" "Then should i kiss you?" "You!!" "Why?Healing function." Kata orang,tak enak kalau berkahwin dengan sepupu sendiri namun itulah yang terjadi.Mereka disatukan bukanlah atas kehendak keluarga namun atas kerelaan masing-m...