✺ 2 ❋

70 18 148
                                    

SEGALA alatan rakaman seperti lampu dan komputer riba diletakkan di luar rumah, berhampiran pintu utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEGALA alatan rakaman seperti lampu dan komputer riba diletakkan di luar rumah, berhampiran pintu utama. Jeongin tidak sempat menghalang tindakan Yugyeom dan hanya mampu melihat giliran bagasinya pula ditarik keluar. Sungguh, kedatangannya tidak dialu-alukan.

"Abang, Jeongin baru sampai. Tak kan abang terus nak halau Jeongin?" rayu Jeongin. Wajah mencebik tidak dipandang Yugyeom. Sebaliknya lelaki tinggi lampai itu mencari-cari jika masih ada barang milik Jeongin di dalam rumah.

Belakang kepala digaru. Begitu mudah seorang abang menghambatnya keluar tanpa teragak-agak. Setidak-tidaknya, pelawalah dia minum atau makan sepertimana layaknya seorang tetamu menerima layanan.

"Untung abang halau kau keluar dari rumah. Kalau halau dari hidup abang?" Yugyeom menepuk tangan seperti ingin hilangkan debu. Kini dia berada di muka pintu, memerhatikan Jeongin dan menunggu adiknya itu bakal beransur pergi.

Jeongin mencebik memandang Yugyeom, tidak berputus asa dalam meraih simpati.

"Bagilah Jeongin duduk sini... Jeongin boleh kerja dengan abang," pinta Jeongin bersungguh-sungguh.

"Harap maaf. Permohonan anda tidak diterima," balas Yugyeom bersahaja tanpa mahu menyelami tujuan sebenar Jeongin.

Cemberut dihadiahkan. Apa salahnya Yugyeom memberi peluang pekerjaan kepada adik yang separa menganggur ini?

"Tak payah tayang muka seposen kau dekat abang. Pergi kerja dekat ladang ayah," tegas Yugyeom, tidak mahu menurut permintaan Jeongin. Sebelum ini Jeongin membantu ayah mereka di sebuah ladang lembu. Gaji diterima sama seperti pekerja lain mengikut peranan. Apa lagi yang tidak kena?

"Ayah garanglah. Kadang-kadang Jeongin tak tahan nak tadah telinga bila dia bising...," sambung Jeongin. Bagasi dipandang kosong. Penat dia lari dari rumah tanpa pengetahuan ayahnya semata-mata mahu dapatkan 'perlindungan' dari Yugyeom.

"Biar abang teka. Ayah jadikan kau sebagai pembantu pengurus, tapi ayah bising sebab kau pergi buat review dekat ladang dia, kan?" duga Yugyeom lalu sebelah tubir naik berbentuk senyuman sinis.

Walaupun sudah lama tidak bersemuka, tidak menghalang Yugyeom untuk tahu aktiviti harian adiknya ini. Dia sendiri pernah menonton Jeongin di Instagram secara langsung.

"Jeongin dah tak buat kerja-kerja macam tu dekat ladang ayah. Bila Jeongin on kamera je, lembu-lembu datang dekat. Sibuk nak menyelit sekali..." Setianya Jeongin berdiri di hadapan Yugyeom semasa mempertahankan alasan yang tidak seberapa.

"Oh? Korang tangkap gambar keluarga ke?" giat Yugyeom.

Jeongin mengeluh kecil.

"Jeongin tak kisah kalau abang bagi Jeongin kerja dekat stor. Erm... Kalau abang nak, Jeongin boleh perkenalkan tempat abang dekat orang luar walaupun perniagaan abang sudah sedia maju. Jeongin boleh buat review dan paling best, Jeongin boleh jadi jurukamera. Ha... Abang mesti tengah cari-"

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now