Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SATU TAHUN KEMUDIAN
Beberapa bungkusan plastik berisi bahan makanan kering dan basah, didekatkan ke pengesan kod bar. Harga bagi setiap satu barang tersebut dilihat melalui skrin mesin menyimpanan duit. Ianya semakin bertambah sehinggalah barang terakhir dikira.
"Semuanya 16,000 won." Juruwang menyatukan plastik makanan tersebut ke dalam dua buah beg kertas sebelum menerima kad debit daripada Minhyuk.
Joshua di sebelah bertindak memeluk kedua beg tersebut dan berjalan melepasi kaunter. Ayahnya di belakang mengekori perlahan setelah menerima ucapan terima kasih daripada juruwang.
"Lepas ni, ayah nak singgah ke mana?" Joshua meletakkan barang dalam bonet belakang. Minhyuk mengeluarkan senarai lantas mulut terkumat-kamit membaca. Tangan yang memegang pen, berjalan di atas sekeping kertas. Barang yang telah dibeli, siap ditanda.
"Semua barang ayah dah dapat. So, kita boleh terus balik ke rumah," kata Minhyuk, menepuk belakang bahu Joshua lalu menutup bonet.
Sejak fajar menyising jingga kemerahan di langit timur, dua beranak tersebut meninggalkan rumah menuju ke pasar untuk membeli keperluan dapur agar kekal berasap. Untung pasar berkenaan tidak dikunjungi ramai pelanggan. Minhyuk tidak mahu membuka langkah seni bela diri bila berhadapan dengan wanita yang selalu berebut membeli ikan di situ.
"Adik kamu dah bangun ke belum, ya?" Minhyuk mengajukan soalan kepada Joshua, termasuk dirinya sendiri. Dia ingin membuat panggilan. Janganlah anak daranya itu terus membuta sehingga tersasar lewat ke tempat kerja.
"Joshua sempat bangunkan dia sebelum kita keluar, tapi tak tahulah kalau dia tidur balik. Joshua boleh minta pekerja bengkel jerit 'Api!' dekat depan rumah. Biar dia cuak," seloroh Joshua sambil memandu.
"Ayah jerit depan pintu bilik dia pun, dia liat nak bangun. Inikan lagi pekerja kamu. Sejak akhir-akhir ni, Emma sibuk dengan kerja di butik. Ramai orang nak kahwin agaknya...," balas Minhyuk lalu telefon ditekap ke telinga.
Di persimpangan sebatang jalan, terdapat seorang wanita berdiri secara bersandar di badan kereta. Kepulan asap putih samar-samar naik ke permukaan. Joshua berkehendak berhenti di tepi bagi melihat situasi sebenar.
"Ayah tunggu dalam kereta dulu. Joshua pergi tengok kereta perempuan tu kejap." Joshua keluar setelah memberhentikan kereta. Minhyuk endah tidak endah kerana sedang berhubung dengan Emma. Anak lelakinya yang berjalan mendekati sebuah kenderaan di belakang, sekadar dilihat melalui cermin sisi.
"Selamat pagi. Ada masalah apa ni, cik?" sapa Joshua, ramah dengan senyuman. Mungkin wanita bermata sepet ini bakal menjadi pelanggannya.
Wanita itu tersentak sebelum berdiri tegak memandang Joshua. Dia jelas kebuntuan dan bimbang akan keadaan keretanya yang berasap secara tiba-tiba. Sudahlah dia mengejar masa untuk ke tempat kerja.
"Saya tak pasti kenapa dengan kereta ni. Saya cuba telefon beberapa buah bengkel tapi tak berangkat. Kedai tak buka lagi agaknya...," beritahu wanita itu. Log telefon dilihat sekilas. Tiga buah bengkel dihubungi tetapi dia memperoleh jawapan hampa.