✺ 17 ❋

61 14 211
                                    

JARI runcing milik Jihyo meleret skrin telefon ke atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JARI runcing milik Jihyo meleret skrin telefon ke atas. Segala jadual dan agenda yang dihantar setiausahanya awal pagi tadi, dilihat dan dibaca dengan teliti. Tidak cukup dengan jadual padatnya sepanjang minggu ini, tugasnya ditambah dengan menyemak segala isi kandungan tindakan yang perlu diambil hasil dari mesyuarat yang berlangsung minggu lepas.

Jihyo menahan keluh. Hari isnin buat penolong pengarah sepertinya sedikit sebanyak meletihkan sedangkan waktu pagi baru saja menyapa diri.

Sebelum hidungnya disumbatkan dengan bau kertas dan fail, lebih baik dia menikmati pemandangan hijau yang berada di bahu jalan besar. Perjalanan memakan masa 10 minit ini akan berakhir dengan kepesatan pusat bandar.

Pemandangan flora yang disangkakan menjadi hidangan mata, bertukar seperti bayang hijau yang berlalu pantas. Jihyo kerut kening sebelum melihat meter kereta yang dipandu Christopher.

"Lebih dari kenal. Tujuh tahun lepas... Hahaha. Tak perlulah aku cerita perkara yang boleh menjatuhkan air muka Olivia, kan?"

Suara beracun itu menyakitkan cuping telinga lalu turun memedihkan hati. Christopher bermengkal. Sekalipun Yugyeom tidak memberitahu secara jelas apa yang berlaku, Christopher mengusung bengkak hatinya sehingga ke saat ini.

Pedal minyak dipijak sekuat hati. Jarum meter yang beralih ke kanan, tidak dipeduli.

"Abang dah gila ke?? 200km per jam. Laju-laju nak pergi mana? Syurga?" perli Jihyo. Badannya seakan melekat pada sandaran kerusi. Setiap kenderaan yang dipotong Christopher buat Jihyo menyesal kerana tidak memandu kenderaan sendiri ke pejabat.

Apa yang merasuk abangnya sekarang?

"Chris... Kalau mama jadi janda, siap kamu," tegur Eunkwang di belakang. Tangan menggaru leher. Lelapnya terganggu dek suara gelisah Jihyo. Sukarkah anak-anaknya membiarkan dia tidur lena sebelum tiba di pejabat?

Christopher menarik nafas dalam. Tiada guna jika marahnya berkesudahan padah buat diri dan keluarga. Tapak kasut diangkat dari pedal minyak secara perlahan-lahan.

"Fuh..." Jihyo jadi lega. Kalau terjadi apa-apa ke atas dirinya, jangan katakan kahwin. Bayang pelamin pun tidak sempat dilihat nanti.


SETIBANYA di hotel, tiga beranak itu berjalan memasuki ruang lobi. Para pekerja berhampiran memberikan tundukan hormat dan ucapan selamat pagi.

Nada suara para pekerja berbeza-beza. Jika Eunkwang dan Jihyo ditegur penuh tertib, manakala Christopher ditegur dengan lenggokan nada teruja.

"Sejak abang kerja sini, mood pekerja kita lain macam. Kalau staf perempuan, Jihyo tak kisah. Tapi yang jantan pun sama. Haishh... Ini yang aku panas ni," ngomel Jihyo. Mana-mana lelaki yang cuba mendekati abangnya, akan dicampak dari tingkat paling atas hotel.

"Jeongin!" laung Eunkwang. Langkahnya mati di tengah-tengah lobi. Secara spontan, kaki Jihyo dan Christopher juga terpacak tidak bergerak. Siapa pula yang ditegur bapa mereka?

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now