AMARAN! ITU JE RUBY BOLEH CAKAP.
OLIVIA menutup panggilan. Puas hatinya lantaran mendengar api kemarahan Yugyeom yang meluap-luap. Namun, ia belum cukup buat memenuhi kesumat yang menuntut pembalasan. Apa yang dirancangkan tidak akan berakhir dengan perang mulut. Dia akan pastikan terdapat nyawa yang terseksa atau melayang malam ini.
Jihyo yang tidak sedarkan diri akibat kesan kloroform telah siap diikat pada bahagian tangan. Adik Christopher diletakkan di satu sudut di salah sebuah bilik dalam kilang terbiar tersebut. Olivia mendatangi sisi tubuh terlentang itu lalu dia duduk mencangkung.
"Seronoklah kau... Abang kau akan datang sebab nak selamatkan kau. Sedangkan aku, percaya pun Chris tak mahu. Abang kau siap tinggalkan aku lagi. Adil ke macam tu?" Lebaran kisah percintaan terputus di pertengahan jalan, dilayari Olivia seorang diri. Kesedihan dan kecewa terbawa-bawa sehingga Jihyo terjerumus dalam kancah perbuatan yang Olivia persembahkan buat mereka yang tidak bersalah.
Seorang lelaki bersandar pada dinding dan memerhati sejak tadi, tidak ambil pusing atau memahami setiap perkataan yang keluar dari mulut Olivia. Apa yang dia tahu, kerjanya hampir selesai dan dia akan memperoleh upah seperti yang dijanjikan wanita itu sebelum ini.
"San...," sebut Olivia.
Lelaki upahan yang dipanggil sebagai San tidak menjawab, hanya menunggu sambungan kata arahan daripada Olivia. Wanita itu bangun dan mendekati lelaki tinggi lampai.
"Ambil ni. Duit upah kau." Sampul berwarna coklat diserahkan kepada San.
Isi di dalam diperiksa sebelah mata. Duit berkepuk-kepuk meeujudkan senyuman lebar di mulut nipisnya. San yang lebih banyak mendiamkan diri, tidak mengucapkan terima kasih. Duit itu terus disimpan ke dalam jaket kulitnya.
"Aku nak tengok bekas ibu mertua aku kejap...." Olivia memulas tombol pintu yang tertutup rapat. Sebelum dia keluar dari bilik tersebut, dia berhenti sejenak. Firasat gelapnya memberitahu, mereka tidak perlu menunggu sehingga pihak polis datang. Alangkah baiknya ugutannya tadi direalisasikan sebelum Christopher tiba.
"San... Budak perempuan habuan terakhir kau. Buatlah apa yang kau suka," bisik Olivia, bibirnya begitu rapat dengan telinga San. Lelaki sempat menjeling.
"Kau nak aku bunuh dia?" tanya San, hujung pisau ditunding ke arah Jihyo.
Soalan itu menaikkan ledakan tawa daripada Olivia. Sakit perutnya dek fikiran lurus San. Selama lelaki itu berkhidmat dengannya, ini kali pertama San seakan bingung dalam menerima arahan. Ditepuk-tepuk bahu tegap itu.
San menepis tangan lembut Olivia lalu dia tersenyum manis. "Aku faham maksud kau... Kau nak aku selesaikan macam mana?"
Olivia terpegun dan merengus dalam satu masa. Rupa-rupanya San mengerti. Kalau namanya lelaki berhati hitam, otak cepat benar menyimpang. "Pastikan Chris jumpa tanpa ada seurat benang yang tutup badan budak perempuan tu. Have fun, okay? Tutup pintu rapat-rapat, San. Aku tak nak dengar apa-apa bunyi."
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞
FanfictionBicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal. Namun, menjan...