Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
7 TAHUN SEBELUM
DUA orang lelaki berada dalam sebuah kenderaan, menuju ke sebuah rumah yang terletak tidak jauh dengan lokasi mereka saat ini. Kepekatan tirai malam dirempuh mereka dalam pemanduan perlahan.
"Okay, bro. Dah sampai. Penat aku jadi pemandu teksi korang malam ni. Tunggu apa lagi. Blah!" halau Joshua. Bertuah punya kawan! Datang ke restoran bagi meraikan kejayaan Christopher melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat tetapi masing-masing datang menaiki kenderaan awam. Alih-alih dia terpaksa menghantar seorang demi seorang pulang ke rumah.
Christopher tersengih. Kedengaran rentak tawa berada di hujung kemarahan Joshua. Kalau bukan kerana malam menjelang lewat, sudah lama dia meminta Jihyo menjemputnya di restoran.
"Thanks, bro." Christopher keluar dari kereta tetapi pintu tidak ditutup. Terselit nasihat yang belum terungap sebelum dia berlepas ke luar negara pada esok hari.
"Kau dan Emma tengok-tengokkan adik aku sementara aku dekat sana. Kau tahulah, kan? Mama dan papa aku sibuk sikit. Si Jihyo tu, tak habis-habis beritahu aku ada orang mengejek dia." Christopher sedikit risau kalau Jihyo kehilangan salah satu tempat mengadu. Joshua dan Emma sajalah harapan dia.
Pesanan itu Joshua raih endah tak endah. Naik kering air liurnya, menasihati Jihyo supaya mengubah gaya rambut afro kepada gaya yang lebih bersifat keperempuanan tetapi tikus belanda itu degil!
"Yalah... Kau jangan risau..." Joshua menyedapkan hati Christopher. Selebihnya dia serahkan kepada Emma kerana Emma lebih rapat dengan Jihyo. Setakat dia, apalah sangat
"... Kau tu yang aku risau. Jaga diri dekat sana. Belajar elok-elok. Kalau kau main-main, sepana hidup dah get ready, nak dilempar dekat kepala kau. Tak payah orang tua kau susah-susah nak tibai." Nasihat itu Joshua berikan agar Chistopher beringat.
Menjuih bibir Christopher menghadam kata-kata Joshua. Dia menutup pintu kereta. Sebelum sempat dia menghampiri pintu pagar, seorang perempuan muncul. Dirinya menanti di hadapan kediaman bersama segunung harapan agar dia dapat berjumpa dengan Christopher. Wajahnya sembam seperti baru lepas menangis.
Christopher menahan keluhan. Apa lagi yang Olivia mahu? Tidak jelaskan apa yang dikatakan sebelum ini? Hendak dia guna bahasa apa lagi agar Olivia mengerti?
"Chris. Boleh tak saya ikut awak ke sana?" rayu Olivia. Tapak tangan Christopher diraih dan digenggam kemas. Ketakutan yang menyelimuti diri disalurkan pada tubuh seterusnya hati lelaki itu. Dia benar-benar perlukan Christopher saat ini.
Tangannya direntap. "Olivia. Saya dah beritahu awak, kan? Saya tak percaya apa yang awak cerita dekat saya. Awak yang cari nahas, pergi ke tempat bukan-bukan. Konon-konon nak sambut hari jadi kawan awak. Bila dah jadi macam ni, awak datang dan merayu dekat saya. Awak ingat saya nak percaya? Entah-entah awak yang rela hati nak tidur dengan jantan tu!"