✺ 23 ❋

58 14 332
                                    

MINHYUK termenung ke luar jendela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MINHYUK termenung ke luar jendela. Kebun kecil di belakang rumah dipandang dengan senyuman. Dahulu, mendiang isterinya rajin bercucuk tanam segala jenis sayuran buat hidangan harian. Di kebun kecil itulah mendiang isterinya meluangkan masa setiap pagi bersama tanaman kesayangan.

Kebun tersebut kini diredup sunyi tanpa susuk kebiasaan yang Minhyuk lihat dari dapur. Baik Emma mahupun Joshua, jika mereka berdua mengusahakan kebun mini tersebut, ia tidak membawa pemandangan yang sama.

Sejak kematian isterinya, dunia Minhyuk seakan terhenti apabila peluang isterinya hidup lebih lama di samping keluarga, tidak dapat diteruskan dan terhenti. Salah satu penyeri hati Minhyuk pergi tidak kembali.

Kehidupan perlu juga diteruskan walaupun diterangi cahaya suram. Minhyuk berusaha membesarkan Joshua dan Emma. Ketika itu, anaknya masing-masing berumur 16 dan 13 tahun. Mereka berdua ternyata terkesan dengan pemergian si ibu, tetapi demi seorang ayah yang gagah menahan air mata daripada tumpas, Joshua dan Emma berperanan menjadi pendorong semangat buat si ayah.

Kehidupan itu tidak akan berakhir dengan kehilangan. Sebaliknya ia menjadi permulaan bagi mereka yang ingin terus berjalan mengejar kebahagiaan.

"Ayah?" tegur Joshua dari belakang.

Minhyuk terkejut dalam diam. Cepat-cepat dia menanggalkan apron yang terikat pada badan. Joshua dan Seonghwa yang baru pulang dari pasar, meletakkan barang di atas meja untuk disusun.

"Termenung jauh nampak. Hati sudah dimiliki ke?" gurau Seong Hwa. Dia ketawa mengekek setiap kali mengenangkan cerita Joshua semalam.

"Sesedap rasa kamu mengusik pak cik. Ini mesti Joshua yang membawang dengan kamu." Minhyuk menyeringai. Dua beg kertas sebesar pemeluk dibuka kasar. Anak terunanya sempat dijeling tajam.

"Ala... Saya bukan mengata pak cik. Saya hanya kagum. Pak cik masih hot sampai sekarang. Kami, pekerja bengkel perlu contohi pak cik, tau?" Seong Hwa angguk, menyokong kata-kata sendiri. Keropok yang dibeli semasa menemani dan membantu Joshua membeli barang, dikunyah bersungguh.

Minhyuk sengih basa-basi. Contohilah sangat!

"Mana ikan kembung yang ayah pesan, Joshua? Kamu lupa beli?" Minhyuk tercari-cari dalam beg kertas.

Seong Hwa memanjangkan leher. Adakah Joshua lupa? Senarai pembelian berada di tangan Joshua sepanjang mereka berdua berada di pasar.

"Ikan dah habis, ayah. Persatuan mak cik-mak cik serang tempat ikan macam tak pernah jumpa habitat air tu. Joshua tak sanggup nak rempuh. Silap-silap penyek kena pijak," ujar Joshua selamba.

Itulah hakikatnya. Terpulang sama ada Minhyuk terima atau tidak. Dia sendiri tahu betapa gilanya pembeli di pasar yang terletak tidak jauh dari taman perumahan mereka.

"Kalau macam tu, ayah masak ayamlah." Minhyuk menuju ke peti ais dan mengeluarkan potongan ayam dari simpanan sejuk beku.

"Pak cik datang tak perlumbaan tu nanti?" soal Seong Hwa sebelum keluar untuk menyambung kerja di bengkel.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now