✺ 13 ❋

54 13 199
                                    


DINGIN angin di pagi hari seharusnya melayani kesan lena buat mereka yang baru saja celik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DINGIN angin di pagi hari seharusnya melayani kesan lena buat mereka yang baru saja celik. Tidak bagi tiga orang jejaka yang sedang duduk mencangkung sambil merenung sesuatu dengan khusyuk.

Seutas saluran berada di atas lantai simen sejak tiga minit yang lalu. Akal memutarkan pelbagai kebarangkalian berkenaan salah satu komponen utama brek kereta.

"Tengok pun tahu. Ada orang cuba putuskan hos brek ni," ujar Seong Hwa, memecah kesunyian yang sedari tadi menyekat perbincangan mereka.

"Siapa yang putuskan hos brek kau? Kau ada musuh ke apa?" duga Joshua tanpa memandang wajah pelanggan atau sahabatnya di sebelah.

"Siapa pula nak jadi musuh aku? Aku baru balik dari study, takkan terus dapat musuh kot," nafi Christopher, cuba menutup andaian Joshua walaupun hatinya terdetik untuk bersetuju dengan tekaan sahabatnya. Mulalah dia tidak senang duduk.

"Balik study ke, balik rumah ke... Orang kalau dah dengki, semua idea jahat dia pakai," sampuk seseorang dari belakang mereka bertiga.

"Betul tu. Pak cik setuju," sokong seorang lelaki.

Joshua, Christopher dan Seong Hwa berpaling dan mendapati Jihyo dan Minhyuk berdiri di belakang mereka di samping menilik benda yang sama.

"Jihyo, kan abang cakap. Pergi jumpa Emma. Tak payah sibuk dekat sini. Ini perbincangan orang laki-laki. Dah, dah. Shushh!" Christopher tidak suka adiknya menyelit dalam kalangan mereka tanpa sebab. Cukuplah Jihyo menghentak kaki seperti askar pencen semasa memujuk Christopher agar dirinya dibawa sekali ke bengkel ini. Christopher rimas!

Perbincangan orang lelaki? Jihyo tarik muka dan menjuihkan bibir. "Kalau bukan sebab Jihyo yang check kereta abang semalam, tak ada maknanya kita bernafas hari ni. Silap-silap dah lingkup atas katil hospital. Abang bukan tahu pasal kereta pun! Tahu nak modified je..."

"... Abang Joshua bangga dengan Jihyo tak?" soal Jihyo tersipu-sipu. Inilah hasil bila selalu datang ke bengkel Joshua. Sedikit sebanyak dia tahu tentang kereta.

"Err... Ya, bangga." Joshua sengih seperti kambing kekurangan zat.

Hilang sudah geramnya tadi. Jihyo berbesar hati. Pujian Joshua berjaya membuatkan abangnya terdiam dan tergamam.

"Sudahlah, Jihyo. Abang kamu bergurau je tu... Ini, pak cik ada buatkan gimbap. Ajak abang kamu makan. Joshua, Seong Hwa. Ajak pekerja lain makan sekali. Awal lagi kalau nak tunggu pelanggan lain datang. Pergi alas perut dulu," ajak Minhyuk bersungguh-sungguuh.

Mendengar perkataan 'pekerja lain' dari mulut Minhyuk, terus Jihyo mencapai seketul dua gimbap lalu melangkah menuju ke perkarangan sebuah rumah. Naik meremang bulu romanya jika pekerja Joshua mula berkerumun di satu tempat. Dia seorang sahaja berjantinakan perempuan di situ!

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now