✺ 6 ❋

53 15 205
                                    

Tanpa segan silu, Jeongin memasuki bilik atau ruang yang menempatkan kumpulan penjahit manik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tanpa segan silu, Jeongin memasuki bilik atau ruang yang menempatkan kumpulan penjahit manik. Dia ingin mempromosikan butik milik Yugyeom, membawa pengikut meneroka kemahiran dan kredibiliti kumpulan itu.

"Selamat sejahtera kepada anda semua. Sepertimana yang anda semua tahu bahawa sekarang Jeongin bekerja di sebuah butik busana pengantin sebagai jurugambar-"

"Budak stor," sampuk Yugyeom ketika masuk ke dalam bilik berkenaan. Suara adiknya begitu lantang seperti mahu menyampaikan pidato. Boleh didengari dari kaunter butik.

Jeongin tayang muka bosan. 'Masa aku rakam muka dia, macam nak bergaduh sebab paksa dia bercakap. Bila tak disuruh, reti pula nak buka mulut.'

Pantas Jeongin memaniskan muka. Rasanya tiada siapa perasan atau dengar suara Yugyeom tadi. Kaki terus melangkah, mendekati salah seorang pekerja. Ditanya sedang buat apa, lalu dibalas dengan renungan hairan pekerja berkenaan.

CuteCatLee

Kau tanya lagi dia buat apa? Main gasing -_-

Hyjn_851

Aku yang tengah korek hidung pun tahu pekerja tu tengah jahit manik.

MissIguana

...

Dari tepi, Yugyeom mencondongkan bola mata dan membaca setiap komen yang muncul di skrin. Sejurus itu, dia menggeleng. Pasti Jeongin tidak bersedia dengan isi kandungan untuk menjadi intipati bual bicara dengan para pekerja. Untuk itu, keluhan halus Yugyeom terbitkan.

"Mana design manik bunga kekwa tu? Dah siap?" tanya Yugyeom pada salah seorang pekerja.

Jeongin dibiarkan merayap di ruangan itu. Setiap apa yang dikatakan Jeongin, menangkap masuk ke pendengaran Yugyeom. Selagi adiknya tidak merapu jauh, Yugyeom tidak akan menghentikan aktiviti.

"Ini dia, tuan," kata pekerja tadi lantas diserahkan lima rekaan kepada Yugyeom.

Setiap inci rekaan, susunan dan taburan manik ditilik Yugyeom. Pekerja di hadapan hanya menanti ulasan daripada majikannya itu. Dia antara pekerja senior yang sudah lama berkhidmat di butik ini.

Sedikit kagum menyelirat diri. Dari seorang anak muda yang tidak tahu apa-apa tentang selok-belok perniagaan, Yugyeom akhirnya mampu menjadi seorang ketua yang berwibawa walaupun tidak menonjolkan hubungan akrab dengan para pekerja.

"Jadi, apa kata pelanggan tu? Dia nak yang mana satu?" tanya Yugyeom.

"Pelanggan suka pattern taburan jarang ni, tuan. Seperkara lagi, dia nak tambah lagi satu baju baru. Saya belum bercakap dengan Ha Rin," jelas pekerja tersebut.

Yugyeom angguk seterusnya menyerahkan semula rekaan manik tersebut. Jeongin pula dipanggil. Ada tugas baru hendak diberikan buat adik yang tidak boleh diam itu.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang