Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERGERAKAN Chansung dibantu Krystal dan Jeongin setelah mereka tiba di ladang penternakan lembu White Farm. Kedatangan mereka disambut para pekerja. Rata-rata mengucapkan selamat kembali kepada Chansung dan sempat memanjatkan rasa syukur atas kesihatannya yang bertambah baik.
Namun, terdapat seseorang yang tidak senang dengan ucapan tersebut. Bukan niatnya mendoakan Chansung agar ditimpa perkara buruk, dia sekadar mahu mengelak sesuatu daripada terjadi.
"Abang tak payah sihat cepat-cepat, ya?" pinta Krystal. Tangan suami dipaut erat sehingga mereka melangkah masuk ke pejabat lelaki itu.
"Aik? Sayang nak abang sakit sampai bila-bila ke? Jenuh sayang nak jaga nanti." Chansung memandang kegusaran yang bermain di wajah isterinya. Ini kali pertama Krystal menyatakan hasrat di luar kotak pemikiran Chansung.
Jeongin di sebelah hanya mendengar. Beg milik ayahnya diletakkan di atas meja. Komputer riba ditarik keluar lalu dihidupkan siap-siap.
"Makin cepat abang sihat, makin cepat Yugyeom balik rumah dia. Sayang belum puas bersembang, tengok muka dia hari-hari, makan semeja... Abang apa tahu? Tahu nak ketatkan muka je. Sayang ni ibu yang melahirkan dia, yang jaga dia-"
"Ya, ya... Nanti abang cakaplah dengan dia supaya duduk lama sikit dekat rumah kita. Tak payahlah sayang doakan abang lambat sihat semua tu," rengus Chansung, kurang mengerti perangai Krystal. Orang lain pun punyai masalah keluarga tetapi tidaklah sampai meminta yang bukan-bukan.
Senyum menampakkan dua baris gigi menunjukkan perasaan gembira yang lahir dari hati. Krystal tidak percaya dengan apa didengari.
"Betul ni, abang? Abang pujuk Yugyeom, ya?" Krystal meminta kepastian daripada lelaki kesayangannya. Dia kurang pasti bagaimana mukadimah bicara Chansung nanti, tapi yang pasti ini merupakan perubahan positif suaminya.
Jeongin pula menahan sedak. Chansung akan bercakap dengan Yugyeom? Itulah kejaiban dunia ke-lapan. Dua manusia yang lagaknya seperti patung pakaian di pusat membeli-belah, akan bercakap perihal yang membawa kebaikan buat keluarga.
"Iya, sayang abang oi... Sudah, pergi balik," tegas Chansung yang kian sarat dengan timbunan kerja. Sehari dua meninggalkan ladang, mengundang kesibukan buat seorang pemilik.
"Nope. Sayang akan teman abang sampai tamat waktu kerja. Lagipun, sayang dah lama tak jalan-jalan sekitar ladang ni. Jeongin, kamu pergi kerja dengan abang kamu. Jangan bagi dia tunggu lama-lama dekat parking tu. Kejap lagi, dia tinggalkan kamu-"
Berdesup Jeongin keluar dari bilik tersebut. Jika Yugyeom mendapati waktunya dibazirkan sesaat oleh Jeongin, lelaki itu tidak teragak-agak memaksa Jeongin menunggang seekor lembu jantan untuk ke butik.
"Mampus aku kalau abang tinggalkan aku." Jeongin berlari tanpa membalas sapaan lembu-lembu yang merindui kamera telefonnya.