✺ 26 ❋

68 14 335
                                    

CERMIN diturunkan Yugyeom bila diperhatikan Emma mendekatkan wajah di tingkap yang tertutup rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CERMIN diturunkan Yugyeom bila diperhatikan Emma mendekatkan wajah di tingkap yang tertutup rapat. Angin menerpa dalam kereta lalu Emma mensisir rambut sebelah kiri. Bau daun dari tumbuhan flora, menusuk rongga pernafasan. Menghirup udara segara dan menikmati keindahan alam cukup membuatkan Emma dipupuk hening.

Sepanjang perjalanan mereka, pemandangan kiri kanan membentangkan sawah padi, tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Emma terkenangkan Minhyuk. Pasti ayahnya suka jika dibawa ke sini.

Yugyeom yang memandu perlahan, membiarkan Emma melayan perasaan sendiri. Lagak wanita itu seperti kanak-kanak dibawa berjalan. Kalau kepala dapat melepasi tingkap tanpa sebarang bahaya, pasti Emma melakukan hal demikian. Dilambai semua petani yang ada.

"Awak sekeluarga tinggal dekat kawasan pertanian?" Emma bertanya teruja. Fikirannya membayangkan struktur rumah Yugyeom yang klasik dan elegan.

Yugyeom di sebelah sesekali melirik mata, membaca tulisan Emma. "Ermm... Tak juga. Tempat yang saya nak bawa awak ni adalah rumah kedua keluarga petama saya yang didiami keluarga kedua saya. Haa... Faham tak ni? Nak minitkan dalam buku tak? Hehehehe!"

Ketawa basa-basi Yugyeom menjengkelkan Emma. Emma dapat rasakan Yugyeom sedang berguru kasar tentang destinasi mereka dan kekurangan Emma. 'Kejap kau carikan hati aku, kejap kau sakitkan.'

"Siapa keluarga kedua awak?"

"MOOO...."

Emma mengecilkan mata dan menghambarkan senyuman. 'Siapa' yang ditanya, rupa-rupanya 'apa' yang menunggu dan menyambut kedatangan mereka. Bunyi menguak menyapa telinga sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta.

Reaksi bosan Emma buat Yugyeom tercuit. Pemakaiannya langsung tidak kena dengan tempat yang mereka lawati. Ladang lembu bukanlah lokasi yang sesuai buat pasangan meluangkan masa bersama.

"Selamat datang Emma, ke ladang White Farm. Perkenalkan, ini keluarga kedua saya. Setiap daripada lembu-lembu ni ada tag nama masing-masing. Bolehlah kalau nak tukar khabar," beritahu Yugyeom, selamba mengusap muka lembu yang jinak.

Emma sengih muncul tak muncul. Sepuluh ekor lembu pelbagai saiz berada di kawasan parkir kenderaan. Masing-masing menguak bila dipanggil Yugyeom. Entah apa yang disembangkan Yugyeom dengan lembu-lembu itu.

Rindu sangat agaknya!

'Selama ni Yugyeom tak betul ke?' Emma risau. Satu lagi sisi Yugyeom tertayang di pandangan hairan Emma. Lelaki itu berkomunikasi dengan lembu melebihi kesopanan ketika melayan Jeongin.

"Emma, jom. Ikut saya lawat ladang," ajak Yugyeom. Emma menurut. Sesekali dia tergerak ke kiri dan kanan bagi mengelak lembu berdekatan.

"Awak biarkan diorang dekat situ? Tak terlepas ke tempat lain ke nanti?" Emma menoleh semula. Lembu-lembu itu mengelilingi kereta Yugyeom seperti pengawal menjaga kereta majikan. Pelik betul perangai lembu itu.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now