Bicara cinta tidak terungkap dengan kata-kata. Lebih indah jika digambarkan melalui ketulusan sang hati. Dua insan ditakdirkan bertemu dalam lingkaran teka-teki perasaan. Cantuman cinta disusun hingga tiada cebisan yang tertinggal.
Namun, menjan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
RAMBUT paras pinggang disikat rapi. Kepala meneleng kiri dan kanan setiap kali hujung sikat melurut lembut pada helaian rambut ikal warna merah kehitaman itu. Setelah memastikan penampilan diri siap sepenuhnya, tas tangan dicapai dan dibawa keluar bersama.
Seorang lelaki berdiri di hadapan rumah sambil mata menjamah pemandangan pelbagai warna yang menghiasi segenap laman. Dirinya ralit melayani perasaan tenang tanpa menyedari seseorang sedang mendekati dari belakang.
"Hah!" sergah Olivia.
Terinjut kedua belah bahu bidang milik Wonwoo. Dia tercengang lantaran Olivia membongkok di sisi kanannya. Senyuman wanita itu terlihat nakal sebelum Wonwoo balas dengan senyuman lega.
"Awak ni. Tak habis-habis nak usik saya macam tu," ujar Wonwoo. Pipi Olivia dicubit manja dan dilepaskan setelah tunangnya merengek kecil.
"Sakitlah," cebik Olivia, mengusap pipi dengan rasa membungkam. Wonwoo tersengih lalu menarik tangan Olivia menuju ke kereta.
"Ala... Cubit sikit je. Mengada!" Gelengan kecil ditayang Wonwoo. Olivia menutup mulut bagi menahan suara tawa kecilnya dari kedengaran.
"... Hari ni awak nak tengok cincin dulu, kan?" soal Wonwoo. Pintu bahagian penumpang depan dibuka. Olivia mengiyakan lantas masuk ke dalam kereta.
"Kelmarin, saya dah tengok cincin dekat website kedai tu. Harga sepasang cincin kahwin boleh tahan mahal, tapi cantik! Kita pergi tengok dulu sebelum decide nak beli atau tak," ujar Olivia penuh minat.
Wonwoo mengangguk sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.
"Kita uruskan hal cincin. Selepas tu, dewan pula. Ibu ayah saya cadang kita buat dekat hotel je," kata Wonwoo. Wajah cantik Olivia dipandang sejenak. Tunangnya itu tersenyum lebar, seakan bersetuju dengan rancangan tersebut tanpa perlu berfikir panjang.
"Kalau awak tak kisah, nanti saya carikan hotel yang sesuai untuk buat majlis kahwin tu," ujar Wonwoo. Hatinya senang apabila wanita seperti Olivia tidak banyak ragam atau cerewet dalam menguruskan hal perkahwinan mereka yang akan diadakan kelak.
"Apa kata kita buat di Kingdom Hotel?" Olivia bertanyakan pendapat Wonwoo.
Terangkat kening lelaki itu apabila hotel tersebut menjadi pilihan Olivia. Dalam fikirannya sudah membayangkan pakej harga bagi tempahan lokasi. Lama-kelamaan Wonwoon bersetuju.
"Nice choice. Nanti saya uruskan," jawab Wonwoo, menawarkan diri bagi mempermudahkan persiapan mereka.
"Tak apa. Biar saya uruskan. Awak kan sibuk sejak kebelakangan ni? Jadi, jangan risau. Saya akan tanya dulu pihak hotel tentang dewan termasuk pakej katering. Apa-apa nanti, saya beritahu awak balik. Okay, dear?" kata Olivia seakan memujuk.
"Thank you sebab memahami saya and sorry sebab susahkan awak." Wonwoo garu hujung dahi. Serba salah pula rasanya membiarkan Olivia menguruskan banyak perkara sejak akhir-akhir ini dek kesibukannya sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.