✺ 25 ❋

67 14 341
                                        

OLIVIA menyeberangi jalan setelah lampu isyarat bertukar hijau

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

OLIVIA menyeberangi jalan setelah lampu isyarat bertukar hijau. Bekas cawan dan makanan dibawa bersama sehingga dia menghampiri sebuah kereta yang terparkir tidak jauh dari situ. Wonwon dilihat sedang bersandar pada badan kenderaan tersebut. Wajahnya tertoleh ke tempat lain. Tangan diseluk ke dalam kedua belah poket.

Di kesempatan ini, Olivia mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil gambar tunangnya itu secara senyap. Lagak Wonwoo seperti model kereta mewah. Klik!

"I see that, sayang," sengih Wonwoo yang melirik. Olivia menurunkan telefon. Lidah digigit dan bahu terjongket. Malu perilakunya diketahui.

"Saya belikan makanan untuk awak. Pukul berapa perbentangan pelajar awak nanti?" tanya Olivia. Pintu dibuka Wonwoo buat dirinya.

"Pukul 11 pagi. Sempat kalau kita ke butik dulu," jawab Wonwoo. Olivia mengangguk kecil lalu melolos masuk ke dalam kereta. Pintu bahagian penumpang itu Wonwoo tutup dengan rapat.

Sebelum Wonwoo masuk ke tempat duduk pemandu, Wonwoo menoleh ke arah laluan yang diambil Olivia sebelum wanita itu datang menghampirinya tadi.

Terdapat kelibat lelaki yang mencurigakan pada pandangan Wonwoo. Lelaki berkenaan menurunkan hadapan topi sebaik sahaja perasan dirinya diperhati. Terus dia menyelinap masuk ke dalam sebuah kedai berhampiran.

"Sayang," panggil Wonwoo setelah menempatkan diri di sebelah Olivia. Tali pinggang keselamatan dipakai namun mata masih mencari lelaki tadi. Boleh jadi lelaki itu keluar semula dari kedai bagi meneruskan 'tugas' yang terbengkalai.

"Ya?" Olivia menanti Wonwoo membuka mulut. Lama-kelamaan Olivia tertarik untuk memandang ke arah yang sama. Entah apa saja yang dicari Wonwoo. Setakat penjalan kaki lain di luar sana, adalah.

"Awak tak rasa ada orang ikut awak ke?" tanya Wonwoo.

Olivia terdiam. Dia menggeleng kecil dan memandang semula ke luar. Ada orang mengekorinya? Olivia mula berdebar.

"Sebenarnya... Sebelum ni saya rasa benda yang sama tapi saya tak syak apa-apa yang pelik. Awak nampak siapa tadi? Macam mana rupa dia?" tanya Olivia ingin tahu.

"Lelaki tapi muka dia tak jelas. Nanti kita ke balai polis, ya? Risau saya kalau ada orang cuba ambil kesempatan dekat awak." Wonwoo menghidupkan enjin. Mereka beransur dari situ. Wonwon mendecit bimbang. Siapa lelaki tadi?

Pemikiran Olivia disinggahi pelbagai andaian. Entah kenapa dia memikirkan Yugyeom saat ini. Tidak mungkin bekas suaminya masih menyimpan dendam lalu mengupah orang bagi menakut-nakutkan dirinya.

Yugyeom jenis lelaki yang melangsaikan perkara tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Kalau betul rasa tidak puas hati kekal bersisa, Yugyeom akan datang berjumpa Olivia tanpa memerlukan orang tengah.

Kedua tangan Olivia bertaut menahan gementar. Alur tenangnya bagai diganggu penunggu. Jangan kata orang itu adalah lelaki jahanam yang menghancurkan maruahnya tujuh tahun lalu?

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang