TINTA PENULIS

53 14 43
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para pembaca hasil karya Ruby. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan buat Ruby dalam menulis kisah DANDELION: LAST LOVE daripada rangka sehingga ke penamatnya.

Terima kasih buat para pembaca yang tetap menyokong dari awal kisah sehingga ke pengakhiran cerita. Ruby hargai segala sokongan, dorongan, teguran mahupun komen yang membina dan meniber 😂😂

Terima kasih buat dua orang sahabat Ruby yang membantu Ruby mengetahui serba sedikit tentang kanser tulang baik dari segi penerangan umum, jenis kanser dan rawatan. Segala yang disampaikan, Ruby tulis mengikut kesesuaian cerita. Sekiranya terdapat kesalahan, semua itu datang daripada kekhilafan Ruby sendiri.

Sekalung penghargaan buat dua orang adik yang Ruby kasihi. Kepada Emma dan Ha Rin, terima kasih kerana memberi keizinan kepada Ruby menggunakan nama samaran kalian berdua dalam cerita ini. Terutamanya Emma sebagai watak utama. Ruby tak tahu kenapa Ruby ketawa sekarang ni. Hahahaha! Maaf 😅😂

Sejujurnya, cerita Dandelion: Last Love begitu mencabar emosi kerana Ruby selalu selitkan komedi di mana-mana fiksyen peminat yang pernah ditulis sebelum ini. Ruby minta maaf di atas segala kekurangan, tangisan dan air mata kalian 😅😂

Dengan ini, maka berakhirlah cerita yang menggunakan nama ahli kumpulan GOT7 sebagai watak utama. Ruby akan merindui setiap seorang daripada mereka. Jika ada rezeki, nama mereka akan digunakan lagi di mana-mana karya Ruby yang seterusnya (Bukan boleh percaya sangat aku ni 😂😂).

(Next: You wanna come in?)

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now