✺ 33 ❋

54 14 234
                                    

TUJAHAN resah menemani sedang dia menunggu di luar sebuah wad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUJAHAN resah menemani sedang dia menunggu di luar sebuah wad. Bawah bibir digigit sehingga ulasnya memerah. Hujung dahi digaru entah ke berapa kali. Penantian itu sebuah penyeksaan tetapi kaki lebih suka terseksa bila ia menapak di petak lantai yang sama sejak sepuluh minit yang lalu.

Perlukah dia mengetuk terlebih dahulu? Bagaimana kalau dia dihalau, tidak diundang masuk?

"Ketuk jelah...." Biarlah kedatangannya dikatakan kehadiran yang tidak dialu-alukan. Dia hanya mahu memenuhi hati yang mendesak mata melihat keadaan seseorang di dalam.

Saat genggaman tangan sedia naik ke daun pintu, pintu tersebut dibuka dari dalam. Maka wajah yang terpacul diketuk Jeongin berkali-kali.

"Err... Kenapa Jeongin ketuk dahi abang?" tanya Christopher, mengebilkan mata yang juling ketika memandang tangan yang melekat di atas kepala.

Jeongin segera menyembunyikan tangan ke belakang. Jelas gugup menjalar melalui urat mukanya yang memutih pucat. Dia baru terserempak dengan Christopher, belum lagi Jihyo di dalam wad. Mulutnya berkerut saat menelan liur.

"Jeongin saja ketuk semua pintu wad dekat sini. Nak tengok pintu kayu hospital diperbuat daripada kayu apa. Hehehe. Err...." Jeongin melarikan muka apabila Christopher senyum penuh makna buat lelaki muda ini.

"Masuklah. Jihyo dan mama abang ada dekat dalam. Abang nak beransur kejap. Ada hal." Christopher menepuk belakang bahu Jeongin sebelum beredar meninggalkan anak muda tersebut di hadapan pintu wad yang terbuka.

Sepeninggalan Christopher, Jeongin menundukkan sedikit kepala lalu dia memandang keadaan di dalam. Dia sedikit terjungkit kerana diamati Chaerin dan Jihyo, seakan kehadirannya diketahui sedari tadi. Senyuman kerasnya terukir semasa lambaian Chaerin memanggilnya masuk ke dalam.

"Jeongin. Kamu dari mana, nak?" tanya Chaerin penuh ramah. Jeongin sejenak tunduk hormat sembilan puluh darjah sambil berjalan masuk.

"Saya dari wad abang. Saja keluar ambil angin kejap. Err... Ji-Jhyo macam mana?" Pertuturannya jauh berbeza berbanding semasa dia 'melamar' Jihyo di hadapan Eunkwang dan Christopher. Hendak diandaikan perubahan itu berlaku kerana dia berdepan dengan Chaerin, tidak juga.

Jihyo senyum sebaris, memberitahu dirinya baik-baik sahaja. Dia ditahan di wad atas nasihat doktor setelah mendapatinya terkesan dengan kejadian malam tadi. Tangannya juga terdapat calar akibat bergelut dengan seorang lelaki bersikap tidak berperikemanusiaan.

"Jihyo dah sihat. Sama ada petang ni atau esok pagi, Jihyo dah boleh keluar dari wad. Tengoklah macam mana," maklum Chaerin, mengusap kepala anaknya yang lebih senang mendiamkan diri.

Lega Jeongin mendengar berita tersebut. Dia angguk kecil dan menggaru tengkuk.

"Jeongin minta maaf sebab datang tiba-tiba, mak cik. Tak bawa buah tangan pula tu. Tadi Jeongin ada beli bunga untuk Jihyo tapi...." Jeongin kembali gugup. Otaknya umpama sebuah lalu lintas, dipenuhi kesesakan yang tidak reda walaupun terdapat polis trafik yang menjaga.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now