✺ 19 ❋

59 14 277
                                    

GINCU dicalit selepas pelembab disapukan ke bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GINCU dicalit selepas pelembab disapukan ke bibir. Sesekali pinggir mulut diketap dan bertaup bagi meratakan bahan alat solek warna merah pucat. Penutup botol minyak wangi dicabut dan disembur air bauan bunga ros pada leher dan pergelangan tangan.

Chaerin senyum di hadapan cermin sambil menilik penampilannya hari ini. Sebagai seorang pengetua, mengenakan solekan tebal adalah tidak wajar. Sekadar bedak asas dan gincu dikenakan bagi menaikkan seri wajah walaupun kian dimakan usia.

Senyuman diragut setelah lima saat dia memperlihat bayangnya. Orang di sebelah menyelit bagi memenuhi figura dalam biasan cermin. Tingkahnya seperti Chaerin, memperkemaskan diri sebelum ke tempat kerja.

"Kenapa dengan awak ni?" Chaerin terpaksa beralih ke tepi demi memberi ruang kepada Eunkwang. Di tangan lelaki itu terdapat seutas getah rambut bewarna biru gelap.

"Dah lama saya tak ikat rambut. Getah ni pun saya pinjam dari Jihyo. Hurm... Kalau saya buat sanggul, okay kan?" Eunkwang bersungguh meminta pendapat daripada seorang wanita yang lebih arif tentang penggayaan harian.

Chaerin menyeringai. Dua alisnya berkerut. "Kalau awak ikat sanggul, orang akan fikir awak Jihyo pakai baju kot. Tak payahlah. Selama ni elok je awak lepaskan rambut awak. Kenapa sekarang baru nak ikat?"

"Sebab hari ni saya teringin nak pergi kerja bawa motorbike. Jadi saya kena ikat kemas-kemas supaya kepala saya muat masuk topi keledar." Eunkwang menilik rambut yang disikat dan dicengkam sebelah tangan. Kelakuannya diperhatikan Chaerin melalui cermin.

"Abang, awak tu dah tua... Badan pun sekeping. Kalau awak naik motor, badan awak boleh tertolak ke belakang disebabkan angin. Tertolak sampai melengkung serupa tanda soal. Alih-alih yang sampai hotel dulu, motor bukannya awak. Sudah! Tak payah mengada!" tegah Chaerin.

Banyak pula kerenah Eunkwang. Mula-mula sanggul, selepas itu motor. Motor berkuasa tinggi milik Christopher bukannya ringan tetapi berat! Eunkwang boleh terjatuh dalam jarak sepuluh meter dari rumah.

"Yalah, yalah... Tapi saya nak ikat rambut. Awak tolong saya, ya? Ikat stail messy bun." Getah rambut diserahkan kepada Chaerin. Chaerin menahan sabar. Rambut Eunkwang tidak perlu diikat stail messy bun sebab sudah terserlah serabainya.

Chaerin duduk melutut di atas katil manakala Eunkwang bersila di atas lantai berhampiran birai. Dalam pada hati panasnya, Chaerin tetap menunaikan kemahuan suami. Getah rambut dikemam hujung bibir sementara rambut Eunkwang disikat sekemas yang boleh. Terkadang kepala Eunkwang terangkat sedikit apabila rambutnya ditarik lembut.

"Saya nak buat makan-makan dekat rumah kita, untuk anak kita Jihyo," beritahu Eunkwang rambutnya mula didandan si isteri.

Chaerin mengebilkan mata berkali-kali dalam satu masa. Eunkwang turut berbincang dengan Chansung? "Awak dah maklumkan kepada pihak lelaki?"

"Saya ada beritahu dan bincang dengan diorang. Tengoklah macam mana. Kalau masing-masing setuju, kahwinlah anak kita tu... Tapi kita tak boleh berharap sangat. Jihyo pun sama...," pesan Eunkwang agar Chaerin mengambil peduli tentang apa yang bakal dan boleh terjadi.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now